Now Reading
7 Pencuci muka tanpa bahan kimia yang anda boleh cuba sekarang!

7 Pencuci muka tanpa bahan kimia yang anda boleh cuba sekarang!

pencuci muka tanpa bahan kimia

Keperluan mencuci muka dengan bersih adalah sangat penting untuk mengelakkan bahan kotoran berkumpul dan menyebabkan jerawat dan banyak masalah lain. Tapi, kadangkala ada pencuci muka yang mempunyai bahan kimia membahayakan hingga menghakis lapisan kulit anda sedikit demi sedikit.

https://www.youtube.com/watch?v=k3AIfGXTtUE

Justeru itu, ianya adalah sangat penting untuk memeriksa bahan dalam setiap produk termasuklah pencuci muka anda. Ada segelintir bahan kimia boleh merengsakan muka dan meninggalkan kesan parut berpanjangan yang memerlukan masa untuk dirawat.

Jadi, apa kata anda cuba pencuci muka tanpa bahan kimia agar anda boleh bebas daripada semua masalah di atas? Jom kita lihat beberapa produk yang anda boleh dapatkan di pasaran.

.

KORA Organics Gentle Cleanser

RM122.64

Produk Kora adalah antara produk pencuci muka organik yang terkenal di Malaysia. Jika anda mengenali model terkenal Miranda Kerr, inilah produk yang dia gunakan. Ia mempunyai tekstur yang berkrim dan sangat lembut apabila digunakan pada wajah. Dengan bahan semula jadi seperti minyak avokado, chamomile dan banyak lagi, ia pastinya memberi kesan memuaskan pada kulit anda.

The Soap Cellar Tea Tree Organic Foaming Facial Wash

RM40.00

Produk teh hijau ini sememangnya berguna jika anda mahukan pencuci muka tanpa bahan kimia yang boleh merengsakan kulit. Dikenali dengan sifat anti-bakterianya, ia ternyata boleh menghalang pembentukan jerawat pada wajah serta merawat masalahnya dengan baik. Di samping itu, ia juga melembapkan kulit serta mempercepat proses pemulihan kulit disebabkan masalah jerawat dan parut pada muka.

 Drunk Elephant Beste™ No.9 Jelly Cleanser

RM138.00

Walaupun produk ini adalah antara pencuci muka tanpa bahan kimia yang paling mahal dalam senarai ini, namun adakah anda tahu bahawa ia boleh membersihkan solekan serta kotoran pada wajah anda dengan baik? Dengan hanya satu kali penggunaan, anda akan merasakan wajah anda bertambah lembut dan lebih bersih. Malah, ia juga sesuai untuk semua jenis kulit jadi apa tunggu lagi, dapatkannya sekarang!

dr. Organic Manuka Honey Gentle Fash Wash

RM54.00

Madu manuka sememangnya diketahui bermanfaat kerana sifat antivirus dan antibakteria. Jadi, apabila anda menggunakan produk ini, wajah anda kekal segar dan lembap buat tempoh yang lama. Malah, tanda seperti keradangan juga boleh dielakkan terutama jika anda mempunyai kulit sensitif kerana madu yang digunakan boleh mencegah semua itu dengan berkesan.

Kiehl’s Calendula Deep Cleasing Foaming Fash Wash

RM132.00

Ini juga adalah antara produk yang agak mahal tapi berkualiti. Ia sudah banyak memenangi anugerah atas keberkesanannya dalam membersihkan muka dengan baik. Malah, ia juga sangat lembut untuk digunakan dan selamat digunakan walaupun bagi kulit sensitif. Dengan penggunaan yang konsisten, kulit anda pasti terasa lebih halus, segar dan bersih daripada sebelumnya..

Herbivore Bamboo Charcoal Cleasing Bar Soap

RM54.00

Berdasarkan namanya, anda boleh tahu bahawa ia hanya menggunakan produk berasaskan herba atau tumbuhan. Tidak seperti produk lain, produk ini didatangkan dalam bentuk pepejal iaitu seperti sabun buku biasa. Dan, salah satu kelebihannya adalah ia bukan sahaja boleh digunakan pada muka, tapi pada bahagian badan lain juga. Jadi, dengan satu harga, anda boleh menjaga kebersihan satu badan!

Essano Certified Organic Moisturizing Creme Cleanser

RM59.90

Produk dari New Zealand ini membersihkan wajah dan mencuci segala solekan daripada wajah anda dengan bersih. Malah, ia juga membantu menyihatkan kulit agar kulit anda terlihat lebih halus dan cerah. Dengan kandungan ‘roseship’, aloe vera dan ‘beeswax’ dalam produk ini, kulit anda pasti lebih lembut dan kekal hidrat dengan pengurangan tanda penuaan seperti jeragat dan garisan halus.

SUMBER

https://www.ohfesyen.com/5-pencuci-muka-organik-yang-bagus-bebas-bahan-kimia/

https://beautyinsider.my/top-organic-facial-cleansers-in-malaysia/

error: Content is protected !!