Now Reading
7 Tempat Makan Menarik dari Pagi Hingga ke Malam di Gombak

7 Tempat Makan Menarik dari Pagi Hingga ke Malam di Gombak

gombak

Tak perlu sampai keluar dari Gombak untuk cari makanan yang sedap-sedap dan puaskan rasa mengidam tu, walaupun anda seorang peminat makanan.

“Jom” kata orang Malaysia. Perkataan tersebut biasanya akan diikuti dengan perjalanan di Ipoh dan Penang yang berada di utara, takpun pencarian makanan sedap di Melaka yang terletak di selatan.

Tempat-tempat ini dikenali sebagai tempat terkenal yang membawa pelbagai jenis makanan. Senarai tempat makan di Gombak ini akan buat anda rasa nak “jalan-jalan cari makan” sekitar bandar, penuhkan perut sepanjang hari.

Sarapan pagi, makan tengahari, malam siap dengan kunyah-kunyah lagi!

Jom kita lihat tempat makan pagi, tengah hari, dan malam yang sedap dan boleh anda kunjungi di sekitar Gombak!

1. Vegetarian @ Sangeetha Restaurant

sangeetha restaurant gombak

Hanya 15 minit perjalanan dari Batu Caves ke Sangeetha, tapi perjalanan yang berbaloi untuk kenyangkan perut. Sangeetha menyediakan juadah dari India Utara dan Selatan di bawah satu bumbung, pengunjung suka akan kepedasan yang ada pada juadah-juadah di sini.

Set thali, tosai dengan cutni kelapa dan beriyani vegetarian yang anda wajib cuba. Jangan lupa singgah di seksyen manisan, ada kulfi dengan gulab janum.

Alamat: 65, Leboh Ampang, City Sentre, 50100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu beroperasi: Setiap hari 8am – 11pm

Hubungi: +60 3 2032 3333

2. Durian Cendol @ Mel’s Corner Batu Caves

durian cendol mel's corner gombak

Seronok kalau singgah ke Mel’s Corner pada musim durian, hati peminat durian pastinya tertambat dengan cendol sejuk yang dihiasi dengan isi durian yang berlemak, dan berharga RM20 saja untuk satu mangkuk besar!

Dengan rasa manis klasik dari sirap gula Melaka, santan, kacang merah dan sudah tentu cendol yang lembut dan kenyal, manisan ini ada dua ulas durian tembaga dan aiskrim. Walaupun saiznya sesuai untuk dikongsi, tapi anda mesti rasa nak habiskan sorang-sorang!

Alamat: Kampung Gombak Indah, 68100 Batu Caves

Waktu beroperasi: Setiap hari 11am – 1am

Hubungi: +6019 617 4272

3. Daily Burger @ Taman Seri Gombak

daily burger gombak

Kalau boleh kan, hari-hari anda nak makan burger Ramly kan. Mungkin ada yang dengar permintaan anda, sebab dekat Gombak dah ada Daily Burger! Pengunjung akan bersiap sedia tunggu depan 7-11 sebelum gerai burger ini sampai.

Dari daging rusa hinggalah daging arnab, mereka ada pilihan daging yang unik. Daily Burger menyediakan burger yang comot dan paling berjus yang dijamin sedap tidak terkata, ditambah pula dengan kepingan nanas sebagai penambah rasa membuatkan anda tertanya “ada ke burger yang lagi sedap dari ini?”

Alamat: 3, Jalan SG 1/11, Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

Waktu beroperasi: Selasa hingga Ahad 3pm – 3am

Hubungi: +6016 710 4334

4. Wira Seafood Gombak

wira seafood gombak

Wira telahpun memulakan perniagaannya sejak tahun 1980, membawa pelanggan baru sambil mengekalkan rasa puashati pelanggan setia dengan membawa bekalan ikan segar daripada pasar berhampiran! Sebahagian dari juadah utamanya ialah ikan bakar, nasi lemak dan nasi kerabu.

Kesemuanya dijual pada harga mesra pelanggan. Ikan bakar di sini disediakan bersama sos cili dituang di atas ikan, di mana ia mempunyai rasa pedas dan rasa arang yang kuat yang membuatkan ia lebih sedap dari pesaingnya.

Ikan tersebut akan dibakar di atas daun pisang untuk mengelakkan hangit dan penyerapan rasa dari daun tadi membuatkan ikan bakar ini lembut dan cair di dalam mulut!

Alamat: Lot 1403, Batu 7 1/2, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.

Waktu beroperasi: Setiap hari 4pm – 3am

Hubungi: +6012 644 9996

5. House of Nasi Kerabu

house of nasi kerabu gombak

Berita baik buat para penggemar masakan pantai tidur lebih-lebh lagi nasi kerabu. Nasi kerabu yang disediakan di sini antara yang terbaik dan masakannya boleh kata setanding dengan apa yang dijual di Kelantan.

Kalau anda nak datang singgah, anda disyorkan untuk mencuba nasi kerabu tumis dan nasi kerabu Nara didatangkan dengan lauk macam lamb chop, ayam/daging bakar atau ayam percik.

Sambal dia pula ada rasa pedas dan manis yang cukup, memang betul lah ini makanan utama di sini.

Alamat: Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

Waktu beroperasi: Setiap hari 11am – 11pm

Hubungi: +60 3 6188 2426

6. Lepaking Gombak

lepaking gombak

Di Lepaking mereka membawakan konsep medan selera hipster, menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman. Tenpat ini sangat selesa dengan pelbagai kemudahan yang ada macam tandas dan surau yang bersih serta luas.

Untuk menu pula, ramai pelanggan yang mencadangkan juadah ala western; lamb chop, pasta, chicken chop yang sedap dan makanan panas yang murah seperti sizzling, nasi ayam penyet dan nasi dagang.

Alamat: 3, Lot 8099 Jalan Gombak, Kampung Sungai Merali, 5300 Kuala Lumpur.

Waktu beroperasi: Isnin hingga Khamis 6pm – 3am, Jumaat hingga Ahad 5pm – 3am

Hubungi: +6018 977 8679

7. Code: Black Espresso Gombak

Selangkah masuk ke kafe ini, aroma kopi dan pastri pasti memikat hati anda. Suasana di Code: Black Espresso sangat elegan dan moden, bertemakan hitam dan kelabu yang memberi anda ketenangan dan juga tempat merehatkan diri dari kesibukan kota.

Sambil berehat tu, cuba lah kopi yang dibancuh dari bijinya, ataupun mungkin anda lebih suka meminum teh atau jus yang sudah menjadi kepakaran pekerja di kafe ini. Minuman utama di sini mestilah Espresso dan Latte yang kuat dan asli.

Alamat: B-G-9, Emerald Avenue, Jalan PS 11, Selayang – Kepong Highways, Prima Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

Waktu beroperasi: temporarily closed

Hubungi: +6016 692 9019

Gombak menjanjikan kepelbagaian tempat makan dan minum yang anda patut kunjungi untuk memenuhi citarasa dan selera anda yang dah lama teperam tu. Rancang kunjungan anda supaya anda tidak terlepas peluang untuk rasa makanan-makanan yang sedap ini.

Sumber:

https://thesmartlocal.com/read/good-local-food-kl/

https://klfoodie.com/best-food-to-eat-near-batu-caves/

https://www.maisinggah.com/tempat-makan-menarik-di-gombak/

error: Content is protected !!