Adakah anda pernah mengunjungi tempat menarik di Sungai Petani? Bagi anda yang baru pertama kali berkunjung ke sana, ini mungkin boleh jadi panduan terbaik untuk anda.
Sungai Petani adalah sebuah bandar di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia. Sungai Petani adalah bandar terbesar di Kedah. Ia terletak kira-kira 55 km di selatan Alor Setar, ibu kota Kedah, dan 33 km timur laut Georgetown, ibu negeri Pulau Pinang.
Sungai Petani mungkin tidak begitu popular dan terhad tidak seperti bandar-bandar lain di Malaysia, tetapi ia masih mempunyai tarikan yang tersendiri. Mungkin ada lagi beberapa tempat yang sebelum ini anda tidak pernah tahu langsung.
Justeru, sekiranya anda mempunyai rancangan untuk berkunjung ke sana, teruskan membaca. Kami kongsikan beberapa tempat menarik yang anda boleh melawat di Sungai Petani, Kedah.
1. Menara Jam Besar Sungai Petani
Rugi sekiranya anda tidak bergambar berlatarbelakangkan menara jam gergasi antik dan klasik ini!
Ini kerana, jam gergasi ini adalah hadiah yang disumbangkan oleh seorang tauke berbangsa Cina, Lim Lean Teng kepada penduduk di Kawasan setempat sempena meraikan sambutan Jubli Perak King George V dan Queen Mary.
Masih utuh dan berfungsi dengan baik, serta tetap mengekalkan keaslian reka bentuk dan warnanya. Ia juga menjadi ikon buat para pengunjung yang singgah di Sungai Petani.
Di sebelah Menara Jam, terdapat bangunan HSBC batu bata merah yang ikonik sejak tahun 1923 lagi dan dindingnya diwarnakan cat putih dengan kubah reka bentuk Moor.
Lagi cantik jika anda singgah pada waktu malam kerana jam ini mempunyai cahaya lampu yang indah dan memukau. Anda pasti terpegun!
2. Pantai Merdeka
Pantai Merdeka adalah satu-satunya pantai berpasir di Sungai Petani. Ia juga merupakan tarikan utama bagi pengunjung pantai yang datang dari seluruh utara Pulau Pinang dan Kedah.
Pelbagai penginapan disediakan untuk disewa sambil menikmati keindahan pantai yang semula jadi. Selain itu, disini turut terdapat tarikan lain seperti pelbagai makanan laut di Kampung Tepi Sungai, Kota Kuala Muda, Pantai Merdeka dan Pulau Sayak.
Disini juga anda boleh melakukan aktiviti seperti bermain layang-layang, berkayak, berkhemah, memancing dan banyak lagi. Suasananya yang nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan fikiran anda tenang ketika berada disini.
3. Amanjaya Mall
Pusat membeli-belah ini mempunyai hampir semuanya, termasuk beberapa kedai makanan, kedai telco, kedai komputer, tukang gunting rambut, kedai buku, kedai elektronik, kedai cermin mata, kedai hadiah, farmasi, kedai kamera, hiasan rumah, pakaian, pasar raya dan lain-lain.
Produk yang ditawarkan adalah biasa produk penggunaan seharian. Tidak ada barang atau butik berjenama. Ini lebih merupakan pusat membeli-belah keluarga.
Tempat parkingnya banyak, tidak seperti kebanyakan pusat membeli-belah. Kawasan sekitar mall ini juga terdapat kedai-kedai lain, termasuk kedai elektrik dan bilik pameran kenderaan.
4. Riverfront City
Berita baik, sekiranya anda seorang yang sukakan window shopping dan hiburan, anda perlu singgah di Riverfront City. Riverfront City yang terletak di di Pekan Baru ini menempatkan lebih daripada 70 lot kedai di sekitar kawasan ini. Selain itu, terdapat juga restoran, bar, kafe, teater pawagam yang paling terbesar di Sungai Petani, Kedah. Secara keseluruhan, ini bukan sahaja tempat baru untuk dikunjungi malah merupakan tarikan baru di Sungai Petani, Kedah.
5. The Carnivall Waterpark
Anda bercuti dengan keluarga tersayang dan ingin membawa anak-anak bercuti ke taman tema yang menarik?
Jangan tunggu lagi, terus sahaja pergi ke The Carnivall Waterpark, Sungai Petani.Lokasinya terletak di Cinta Sayang Golf and Country Resort, taman tema yang berkeluasan 7 hektar ini lengkap dengan pelbagai aktiviti dan tarikan menarik seperti 4 Water Coasters, Wall Climbing, Kids Area Play dan Lazy River.
Tempat itu tidak terlalu besar tetapi cukup baik untuk bersenang-senang. Ia tempat yang menarik untuk keluarga dengan anak-anak kerana boleh bermain dengan air. Bukan sekadar mandi-manda sahaja tau. Anda juga boleh menunggang kuda ketika berada disini.
Terdapat sebuah kedai makan yang berdekatan dengan mana anda boleh membeli pelbagai jenis makanan dengan harga yang berpatutan. Dibuka setiap hari, dengan harga tiket sangat berpatutan tetapi sebaiknya anda pergi pada cuti biasa kerana harga tiket agak mahal pada hujung minggu, cuti umum dan semasa cuti sekolah.
6. Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok
Jika anda ingin melihat Sungai Petani dari perspektif yang berbeza, anda boleh singgah di Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Merbok. Disini anda akan memperlihatkan pelbagai spesies flora dan fauna.
Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan perkhidmatan bot-bot untuk disewa kepada pengunjung yang ingin menyusuri Sungai Merbok. Berhadapan dengan kompleks ini, terdapat satu binaan yang unik yang dah jarang ditemui iaitu Gok Arang.
Ia menjadi tempat pemprosesan pokok kayu bakau untuk dijadikan kayu arang sebagai tunggul api. Jangan terlepas peluang untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.
Namun begitu, kuantiti pelancong yang boleh singgah disini adalah terhad kerana faktor jetinya yang kecil dan pastikan anda makan terlebih dahulu sebelum singgah disini kerana ia tidak banyak menawarkan tempat makan. Â
7. Masjid Sultan Muzaffar Shah
Masjid tempatan ini menarik untuk dikunjungi dan singgah sebentar untuk solat. Masjid yang indah ini terletak cukup dekat dengan pusat bandar iaitu di Jalan Sungai Layar yang memudahkan sesiapa sahaja yang ingin menunaikan solat atau sebagai  lawatan terbuka untuk orang ramai.
Ia sangat bersih dan dijaga dengan baik, sesuai untuk anda dan keluarga anda untuk beribadah dengan selesa dan khusyuk.
Inilah antara tempat menarik di Sungai Petani, Kedah. Sekarang, adakah anda telah memasukkan kesemua tempat di atas ini di dalam senarai pendek anda?
Sumber:
https://www.triphobo.com/places/sungai-petani-malaysia/things-to-do
https://www.thingstodopost.org/the-10-best-things-to-do-in-sungai-petani-malaysia-129653