Now Reading
7 Tips yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pergi Ke Vietnam Untuk Bercuti

7 Tips yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pergi Ke Vietnam Untuk Bercuti

Vietnam

Anda sudah merancang untuk membuat Trip ke Vietnam? Ingin jalan-jalan dan shopping atau cari makan di Vietnam tapi tidak mempunyai plan atau tidak mempunyai pengalaman ke Vietnam? Tidak apa kali ini kami akan kongsikan 7 Tips Trip ke Vietnam.

1. Teksi

Taxi in Vietnam - Vietnam Taxi - Mai Linh Taxi
  • Bila sampai ke airport, anda pasti melihat ada banyak sangat syarikat teksi. Hanya  2 syarikat sahaja yang boleh dipercayai iaitu Mai Linh dan Vinasun. Kalau keduanya masih belum ada, tunggu saja sampai ada. Ia mungkin terletak jauh sikit dengan gate, di platform 1&2.
  • Pastikan anda mengunakan khidmat teksi BERMETER SAHAJA. Hanya 2 syarikat Ini sahaja yang menyediakan perkhidmatan itu.Mengikut pengalaman, biasanya teksi-teksi ini ada meter tapi mereka akan off meter tersebut bila anda masuk, jadi bila anda berinteraksi dengan mereka dalam bahasa english mereka tak faham atau pura-pura tak faham, trik ini biasa digunakan oleh teksi-teksi disana untuk perdayakan anda.
  • Pastikan anda ambil no flat teksi dan pemandu tersebut(ada ditengah dashboard), memudahkan anda membuat laporan jika mereka membuat hal.
  • Jangan duduk dekat dengan pemandu, duduk dibelakang belah kiri
  • Keluarkan duit siap-siap. Kalau anda tinggal sekitar Ben Thanh Market, kos sepatutnya tidak lebih VND 200,000 atau lebih kurang RM40. Kalau lebih maksudnya anda memang telah ditipu. Sediakan max VND 200,000—300,000 untuk persedian.
  • Jangan biarkan duit anda dilihat oleh pemandu.

2. Penukaran Wang

10 Negara Dengan Mata Wang Paling Rendah Di Dunia (2022) | Iluminasi
  • Tukar wang sedikit sahaja untuk pengangkutan dan perbelanjaan makanan. Untuk pengangkutan mereka Cuma terima VND dan USD. Anda disarankan guna VND sebab USD lagi banyak duit anda ditelan lagi. Jadi tukar VND sedikit sahaja selebihnya RM.
  • Kalau ingin membeli-belah guna RM saja, kalau guna VND lagi mudah untuk ditipu sebab ini akan memeningkan kita dengan duitnya yang beratus-ratus ribu dan juta-juta itu.

3. Passport

  •  Pergi mana-mana negara pun jangan sesekali beri passort anda kepada orang asing, hanya bawa photostat sahaja jika diperlukan oleh pihak hotel jika mereka mahukan.
  • Masa jalan-Jalan kemana pun bawa yang salinan sahaja. Yang original simpan di Hotel (tempat penginapan anda). Jangan sekali-kali beri passport pada orang yang tidak rapat dengan anda, tak kira la sewa moto,sewa basikal ke. Kalau hilang memang niaya anda nak pulang.

4. Shopping

  • Di Ben Thanh market sangat banyak kedai untuk shopping, dari baju, kasut, beg hinggalah barang basah. Tapi harga memang tak masuk akal, jadi Kalau nak shopping buwt tawar menawar sehingga 50-70%. Contoh kalau RM200, tawar terus RM50. Kalau tak dapat ada keluar saja dan cari tempat lain.
  • Kalau setakat nak tau harga, beritahu mereka anda cuma nak tau harga sahaja. Jangan beria nak tawar menawar tapi tak beli. Peniaga sana lain macam sikit.
  • Di dalam Ben thanh, jangan terkejut jika anda tiba-tiba dicuit sepanjang jalan-jalan disitu sebab peniaga nak anda pergi ke kedai mereka. Persaingan diantara peniaga sangat tinggi dalam disana.
  • Harga barangan di pasar malam jauh lebih murah berbanding Ben Thanh market. Pasar malam Ini mula beroperasi dalam 8pm sampai 11pm. Sabtu lebih murah daripada harga biasa dan lebih banyak kedai serta lebih meriah.

5. Makanan

  • Harga makanan di Vietnam boleh tahan mahal. Sepinggan nasi goreng, mee goreng boleh cecah sampai VND 100,000(RM20). Kebanyakan kedai tidak menerima ringgit malaysia(RM). Kami ada baca orang ramai kata kedai BASIROH agak murah. Bukanlah murah sangat tetapi lebih murah berbanding kedai lain. Nasi dan lauk disana dalam VND60,000 atau RM10-RM12.
  • Di sekitar Ben Thanh market banyak kedai halal. Dan kebanyakan kedai halal ini di usahakan oleh masyarakat Melayu Champa disitu. Nak jimat masak sendiri.

6. Environment di Vietnam

  • Di sana terlalu banyak sangat motosikal dijalan kerana masyarakat sana tak mampu beli kereta. Bukan banyak sahaja. Kebanyakan pembonceng motosikal disana menggunakan Pelitup muka(face mask). Bukti udara disana sudah memang tercemar, jadi kalau bawa budak memang kami tak sarankan. Sejak pandemik ini kami tak pasti bagaimana keadaan disana.

7. Flight untuk ke Vietnam

plan-book_4.jpg
  • Kami sarankan anda guna Flight Veitnam Airlines. Kerana harga pergi sana hanya RM75 dan Balik RM75 sahaja. Ini lebih murah berbanding Airasia airlines. Tempoh perjalanan 2 jam.

Kami harap artikel kali ini membantu anda untuk membuat plan ke Vietnam.

SUMBER:

https://www.caridestinasi.com/melancong-ke-vietnam-tempat-menarik/

https://www.thevocket.com/9-perkara-penting-yang-anda-perlu-tahu-sebelum-travel-ke-vietnam/

error: Content is protected !!