Now Reading
7 Zikir Murah Rezeki Yang Boleh Diamalkan

7 Zikir Murah Rezeki Yang Boleh Diamalkan

Zikir murah rezeki

Salah satu daripada 99 nama Allah ialah Ar-Razzaq yang bermaksud Yang Banyak Memberi Rezeki. Allah-lah yang menyediakan semua yang kita perlukan untuk hidup di dunia ini. Terdapat pelbagai cara untuk mendapat rezeki. Antaranya dengan bertaubat, memperbanyakkan amal ibadah, kerap bersedekah dan mengamalkan zikir harian. Oleh itu, terdapat 7 zikir murah rezeki yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian.

7 Zikir Harian Untuk Murah Rezeki

  1. Perbanyakkan zikir La Hawla Wala Quwwata Illa Billah

Zikir ini memberi maksud, “Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.”

Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At-Tabrani)

2. Perbanyakkan zikir La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin

Zikir ini memberi maksud, “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.”

Barangsiapa setiap hari Membaca La Ilaha Illalla Al Malikul Haqqul Mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

3. Perbanyakkan zikir Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim

Zikir ini memberi maksud, Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci yang Maha Agung.

Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surah Al-Ikhlas

Antara fadilat membaca Surah Al-Ikhlas ialah:

  • Allah menjadikan rumah-rumah di Syurga untuk para pembacanya.
  • Menambah rezeki.
  • Kemiskinan akan dibasmi ketika memasuki rumah

5. Membaca Surah Al-Waqi’ah

Surah Al-Waqiah juga dikenali sebagai Surah Kekayaan. Dalam agama Islam. bukti dari para sarjana Muslim ada bahawa membaca ayat-ayat surah yang indah ini membawa banyak faedah.

Ada hadis yang menyatakan bahawa Nabi SAW pernah menyatakan. “Barangsiapa membaca Surah Al Waqiah pada malam hari, mereka tidak akan pernah mengalami kemiskinan,”

6. Perbanyakkan Istighfar

Merendahkan diri dan mengakui dosa di hadapan Allah, dengan meminta taubat iaitu beristigfhar adalah perbuatan ibadah yang sangat baik dalam Islam. Ini kerana kita mencari yang Maha Kuasa ketika kita jatuh.

Malah, Rasulullah SAW bersabda dalam hadis Ahmad; “Siapa yang menjaga istighfar, maka Allah akan menjadikan jalan keluar baginya dari semua masalah dan Allah akan berikan rizki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya”.

7. Perbanyakkan selawat ke atas Nabi

Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.”

Sumber

https://backtojannah.com/ways-to-increase-rizq/

https://sarahmuzaffar.wordpress.com/2017/05/12/6-ways-to-increase-your-rizq/

https://www.quranreading.com/blog/rewards-and-benefits-of-reciting-surah-ikhlas/

error: Content is protected !!