Now Reading
8 Aktiviti Menyeronokkan di Pantai Klebang

8 Aktiviti Menyeronokkan di Pantai Klebang

pantai klebang

Pantai Klebang merupakan pantai yang terkenal dengan keindahan padang pasir putihnya serta panaromanya indah ketika matahari terbenam.

Lembaran pasir putih yang luas di pantai ini amat sesuai untuk dijadikan latar belakang foto – foto anda. Bukan setakat boleh dapatkan gambar yang cantik sahaja di sini. Anda juga boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik bersama – sama keluarga atau rakan – rakan.

Nak tahu apa?

Jom saya kongsikan 8 aktiviti menarik yang anda wajib cuba di Pantai Klebang ini.

1. Bersiar – siar di Pantai

Pantai Klebang | Jom Bercuti Ke Pantai Paling Popular Di Melaka

Kebiasaannya, pada waktu petang, pantai ini akan dihadiri ramai orang. Ini disebabkan pada waktu ini matahari sedikit rendah dan kurang panas.

Oleh itu, waktu petang merupakan waktu yang terbaik untuk anda bersiar – siar. Sambil – sambil memijak pasir yang lembut di Pantai Klebang, anda juga akan menikmati angin yang bertiup sepoi – sepoi bahasa  berserta panaroma indah lautan.

2. Mendaki Bukit Pasir

piles of sand 10 - 20 metres high

Keunikannya, Pantai Klebang ialah pantai ini seperti padang pasir. Oleh itu, anda mesti mencuba aktiviti mendaki bukit pasir jika anda berkunjung ke sini.

Namun, hati – hati. Pasirnya lembut, jadi anda mungkin akan bergeser ke bawah sedikit ketika sedang mendaki bukit.

Ramai orang akan cuba menyesuaikan diri dengan menggunakan slaid ketika mendaki. Apapun aktiviti ini sangat berbaloi terutama apabila anda berjaya ke puncak dan dapat menikmati pemandangan yang indah.

Wah, tak perlu jauh – jauh ke negara Timur Tengah dah selepas ini! Ke Pantai Klebang pun dah boleh rasa pengalaman padang pasir.

3. Beraktiviti Bersama – Sama Keluarga

Pantai Klebang juga merupakan tempat yang terbaik untuk anda meluangkan masa bersama – sama keluarga.  Terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan dengan keluarga anda.

Antaranya:

  • Menunggang kuda di pantai
  • Bermain layang – layang
  • Berkelah

Kanak boleh berseronok dengan aktiviti membina istana pasir atau bermain di taman permainan.

Tentu seronok kan dapat beraktiviti dengan keluarga di tempat yang indah seperti Pantai Klebang.

4. Menikmati Suasana Matahari Terbenam

Tak sah kalau berkunjung ke pantai seindah Pantai Klebang namun tidak menonton suasana matahari terbenam.

Berada di puncak bukit pasir paling tinggi ialah yang terbaik untuk melihat panaroma indah matahari terbenam.

Sebaik sahaja langit berubah daripada warna jingga ke merah dan akhirnya ungu, anda akan disajikan dengan landskap indah langit yang dibentuk – bentuk oleh tiupan angin.

Lebih menenangkan lagi, angin dingin dari laut membuatkan suasana lebih nyaman. Suasana luar yang begitu sempurna!

5. Bergambar

Instagrammable views

Jurufoto dan peminat fotografi di luar sana! Pantai Klebang ialah lokasi penggambaran yang cukup indah untuk lensa anda.

Pantai ini amat terkenal sebagai padang pasir putih Malaysia yang akan menyajikan anda latar belakang yang sangat indah untuk aktiviti fotografi.

Anda juga boleh merakam momen indah bermain di bukit pasir atau perubahan warna  matahari terbenam.

Bukit pasir buatan manusia di Klebang juga terkenal untuk aktiviti fotografi pengantin dan terus menarik peminat fotografi (profesional dan amatur).

Ia juga peluang yang baik buat jurofoto untuk bereksperimen menghasilkan penggambaran dramatik dengan latar belakang langit biru dan bukit pasir putih yang cukup indah.

Kaki swafoto juga mesti sukakan pantai ini. Banyak gambar menarik yang boleh dimuat naik ke Instagram nanti!

6. Menikmati Coconut Shake

Review of Klebang Original Coconut Shake, Malacca — FoodAdvisor

Setelah penat beraktiviti di bawah sinar mentari, anda boleh menikmati makanan dan minuman yang banyak dijual di sekitar Pantai Klebang.

Paling terkenal di Pantai Klebang ialah minuman coconut shake. Bayangkan panas – panas anda dapat menikmati minuman yang hasil gabungan air kelapa, ais – krim vanila dan ketulan ais. Semuanya dikisar sebati dan dihidang sejuk.

Fuh, memang layanlah. Tak hairanlah minuman ini terkenal di sini.

Food Truck di sini juga banyak menjual makanan seperti burger, rojak, mi rebus dan pelbagai lagi.

7. Bermalam

Setelah sekian lama penat bekerja, anda boleh memberikan diri anda ruang untuk berehat seketika di mana – mana pusat penginapan yang ada di Klebang.

Klebang menawarkan kepada para pengunjung tempat yang sempurna untuk tinggal dan berehat mengikut budget dan keperluan masing – masing.

Semua hotel dan tempat penginapan lengkap dengan kemudahan penting dan sudah tentu memastikan anda dapat menikmati penginapan yang terbaik.

Bandar ini mempunyai pelbagai pilihan tempat tinggal mulai dari hotel bintang 5, bintang 3, butik, motel, B&B, kabin, pondok hingga asrama, yang memenuhi keperluan setiap jenis pelawat.

Banyak pilihan bukan?  Buat anda yang bujang mahupun sudah bekeluarga, pilih sahaja mana satu tempat penginapan yang sesuai untuk anda.

8. Berkunjung ke Tempat Menarik di Sekitar Klebang

Malaysia: Malacca in 24 Hours - Macau Lifestyle

Dah sampai Pantai Klebang, jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat – tempat menarik di sekitar Klebang.

Klebang bukan sahaja dikelilingi pantai yang indah untuk berswafoto dan menikmati suasana matahari terbenam. Tempat ini juga dikelilingi tempat – tempat menarik lain untuk diterokai.

Antaranya:

  • Malaysian Square
  • Muzium Kapal Selam
  • Bandar Melaka

Sedikit nasihat buat anda jika berkunjung ke sini.

Elakkan untuk datang ke Pantai Klebang pada waktu tengahari. kerana anda boleh terdedah kepada ancaman strok haba dan juga dehidrasi disebabkan cuacanya yang sangat panas.

Elakkan berada terlalu lama di bawah matahari dan jangan lupa gunakan pelindung tabir suria. Hidratkan semula diri anda dengan minum banyak air.

Para ibu bapa perhatikan juga keselamatan anak anda ya.

Sambil bercuti jangan dilupa keselamatan dan kesihatan diri dan keluarga tau!

Sumber:

https://aaronganvisitandeat.wordpress.com/2018/02/21/pantai-klebang-melaka/

https://www.thrillophilia.com/attractions/klebang

https://www.thestar.com.my/metro/views/2018/05/26/pantai-klebang-melaka-offers-beach-picnics-and-other-attractions

https://www.maisinggah.com/pantai-klebang/

https://www.tripadvisor.com/LocationPhotoDirectLink-g306997-d10100948-i325414771-Pantai_Klebang-Melaka_Central_Melaka_District_Melaka_State.html

https://www.letsgoholiday.my/p/10-aktiviti-yang-boleh-dilakukan-di-melaka

https://www.foodadvisor.my/melaka/klebang-original-coconut-shake-malacca

https://www.agoda.com/klebang-beach-resort-melaka/hotel/malacca-my.html?cid=1844104

https://macaulifestyle.com/travel/malaysia-malacca-in-24-hours/

error: Content is protected !!