Now Reading
8 Cara Meningkatkan Kuasa Otak Anda

8 Cara Meningkatkan Kuasa Otak Anda

Meningkatkan kuasa otak

Pernah tak anda berharap yang ada punya kuasa untuk mengawal otak anda?

Dalam menjana idea dan bermesyuarat untuk mendapatkan jumlah keuntungan syarikat dan penulisan ‘copywriting’, banyak situasi berbeza yang memfokuskan pada peningkatan fungsi kognitif  yang memberi banyak kelebihan. Dan berita baiknya adalah terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kuasa otak anda, lebih-lebih lagi jika anda sanggup melakukan beberapa perkara secara konsisten untuk tempoh yang lama.

Banyak tugasan dapat disiapkan dalam masa yang singkat dan menghasilkan banyak penyelesaian unik dalam menyelesaikan masalah yang anda selama ini  fikirkan tidak boleh diselesaikan. Jadi, jom kita lihat 8 cara yang boleh anda guna untuk menyokong kesihatan otak anda.

 

1. Bersenam

Kita semua tahu yang bersenam dengan kerap adalah satu aktiviti yang bagus. Tetapi bagi kebanyakan mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan, mereka mempunyai kehidupan yang sangat sibuk dan sukar mencari masa yang sesuai untuk melakukan akitiviti fisikal seperti ini. Oleh itu, anda perlu memikirkan sebaliknya iaitu: untuk mendapatkan hidup yang lama, sihat dan produktif, maka anda perlu meluangkan sedikit masa untuk bersenam.Bersenam bukan sahaja memberi kelebihan pada kesihatan dan kognitif otak, ia juga meningkatkn tahap memori disamping meningkatkan kuasa otak. Untuk jangka masa panjang, bersenam turut melindungi otak daripada degenerasi. Jadi jika kelebihan-kelebihan ini tidak cukup untuk anda memulakan rutin ini secara berkala, apakah aktiviti lain yang anda boleh lakukan?

 

2. Minum kopi

Kebanyakan orang sekarang memulakan hari dengan mengambil secawan kopi, dan sebenarnya rutin pagi ini memberi banyak kelebihan untuk jangka masa pendek.Kafein, membantu anda untuk kekal berjaga-jaga. Dalam masa ia juga membantu anda fokus dalam kerja yang berulang-ulang dan kerja yang membosankan, secara tak langsung meningkatkan kepintaran anda termasuk masa tindak balas dan berdebat serta meningkatkan kuasa otak.Walau bagaimanapun, kesan kafein ini tidak tahan lama. Sungguhpun begitu, ia membantu otak anda bekerja dengan lebih cekap sehingga kesan kafein hilang.

 

3. Dapatkan cahaya matahari

Sinaran matahari dan bersenam biasanya datang dalam satu pakej. Tetapi ia juga bergantung pada tempat anda tinggal, dan berapa banyak cahaya matahari yang boleh didapati dalam tempoh setahun dan bagaimana anda menghabiskan masa di luar.Jika anda kurang mendapat cahaya matahari, ia sebenarnya tidak elok untuk otak anda. Adanya kandungan vitamin D yang tinggi dalam sistem badan anda membolehkan anda melakukan tugas dengan baik dan melambatkan proses penuaan otak dan meningkatkan kuasa ot.Cahaya matahari yang banyak pula boleh merosakkan kulit, tetapi jika anda kurang mendapat sinaran cahaya matahari, fungsi otak akan terjejas. Sungguhpun begitu, anda masih boleh mendapatkan vitamin D melalui pengambilan makanan suplemen sekiranya anda kurang keluar dan mendapatkan sinaran cahaya matahari, namun pastikan anda mengambil suplemen ini dalam kadar sederhana.

 

4. Bina hubungan yang kuat

Selalu diperkatakan bahawa perjalanan menjadi seorang usahawan yang berjaya sangat sukar. Ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan fungsi kognitif anda.

Sekiranya anda sering keseorangan, ia boleh menyebabkan fisiologi dan kognitif menurun, dan hasilnya ia mempunyai impak negatif pada waktu tidur, menaikkan tekanan darah, secara tak langsung menyebabkan kemurungan dan merendahkan tahap jati diri.

Sebab itu, kebanyakan pengusaha perlu tahu untuk berkomunikasi dan membina hubungan. Kunci utamanya adalah mempunyai sokongan sistem yang kuat disekeliling anda, kerana ia boleh menggalakkan anda untuk terus meningkatkan kesihatan mental dan fisiologi untuk jangka masa yang panjang serta meningkatkan kuasa otak.

 

5. Meditasi

Kini ia menjadi topik paling trend di kalangan usahawan sekarang ini, dan kelebihan meditasi ini memang tidak boleh disangkal lagi. Bukan sahaja ia mengurangkan paras tekanan, ia juga boleh mengurangkan risiko menghidap penyakit berkaitan dengan proses penuaan seperti Alzheimer atau dementia.Ini lebih membuktikan pada kepentingan menjaga diri sendiri. Ambil antara 10 hingga 15 minit sehari untuk mengamalkan meditasi kerana ia boleh memanjangkan jangka hayat kognitif dan dalam masa sama mengurangkan paras tekanan yang anda alami disamping meningkatkan kuasa otak.

 

6. Tidur secukupnya

Ini juga antara perkara yang penting untuk mereka yang bergelar usahawan. Bangun seawal pagi dan tidur pada lewat malam bukan perkara asing dalam dunia perniagaan, begitu juga tekanan perasaan dan perasaan gembira datang bersama-sama dan mengembangkan perniagaan mempunyai banyak kesan pada corak tidur. Tidur secukupnya memang diperlukan untuk menyatukan memori dan pembelajaran serta meningkatkan kuasa otak. Jika anda kurang tidur, lobus frontal anda mungkin akan terjejas. Anggota inilah yang menyokong dan mengawal memori kerja dan fungsi eksekutif, menyebabkan anggota ini sangat penting.Dalam erti kata lain, jika anda tidak tidur secukupnya, maka otak anda akan kurang fokus.

 

7. Makan secukupnya

Bukan satu perkara yang mengejutkan, kerana nutrisi memainkan peranan yang penting dalam mendapatkan otak yang sihat. Usahawan biasanya sering bergegas dari satu tempat ke tempat lain untuk menghadiri mensyuarat, dan sebab itu mereka jarang mempunyai masa untuk makan dan ada kalanya tidak sempat langsung menjamah sebarang makanan.

Sebab itu anda perlu fokus dalam mendapatkan nutrisi yang secukupnya. Antioksidan dan asid amino sangat penting untuk kesihatan otak, begitu juga vitamin E. Mengambil wain misalnya diketahui boleh meningkatkan fungsi kognitif dengan syarat anda mengambil dalam kadar sederhana iaitu kacang, blueberi, gandum dan avocado juga mempunyai banyak manfaat. Apa yang bagus untuk badan selalunya juga bagus untuk otak.

 

8. Main permainan Tetris

Pasti ada yang terkejut bukan, tetapi dengan bermain permainan Tetris ini dikatakan mempunyai banyak kesan positif pada otak anda. Permainan ini boleh meningkatkan lobus frontal dalam jangka masa yang sekejap sahaja dan ia juga membantu melakukan kerja-kerja berkaitan spatial.Dan yang menariknya apabila bermain permainan ini selepas pengalaman traumatik adalah ia boleh mengelakkan anda terus mengingati memori yang menakutkan. Jadi anda kurang mengingati pengulangan memori yang negatif dalam jangka masa yang panjang.Jadi jika anda mempunyai telefon pintar atau tablet, maka masukkan permainan ini ke dalam gajet anda dan mainlah permainan yang bersifat ‘straightforward’ ini, cuma elakan dari bermain sehingga lupa tanggungjawab anda dan menjejaskan waktu bekerja anda! Akhir kata

Apapun, meningkatkan kekuatan otak perlu dijadikan sebagai satu tabiat, dan tabiat ini biasanya memerlukan masa untuk dilakukan.

Jalan terbaik adalah dengan fokus kepada satu atau dua perkara dalam satu-satu masa. Beri masa pada diri sendiri untuk melakukan perubahan sepenuhnya pada diri sendiri kerana ia satu perkara yang mencabar, dan habit yang anda ingin lakukan mungkin tidak akan berhasil. Ini dipanggil bukan produktif.

Bukan sahaja ia sukar didapatkan, seringkali ia tidak hadir dalam perjalanan hidup seorang usahawan. Bagaimanapun, dengan eksperimen konsisten dan sifat mencuba membolehkan anda membuat perubahan dan memilih mana yang berkesan untuk anda.

SUMBER

https://www.webmd.com/brain/features/keeping-your-brain-fit-for-life#:~:text=Eat%20Well,brain%20healthy%20throughout%20your%20life.

https://www.healthline.com/health/mental-health/brain-exercises

https://www.health.harvard.edu/mind-and-mood/12-ways-to-keep-your-brain-young

https://www.webmd.com/brain/features/keeping-your-brain-fit-for-life

error: Content is protected !!