Now Reading
8 Daya Tarikan Di Rompin Pahang

8 Daya Tarikan Di Rompin Pahang

rompin pahang

Tarikan di Rompin Pahang pastinya akan memukau anda. Pahang sememangnya terkenal sebagai salah satu negeri yang mempunyai keindahan alam semula jadi hingga mampu menjadikannya sebuah negeri pilihan pelancong dalam dan luar negeri.

Ini termasuklah Rompin, sebuah daerah di negeri Pahang. Terdapat beberapa daya tarikan pelancongan yang sangat menarik di daerah ini. Untuk anda yang bercadang bercuti di daerah Rompin, di sini kami ada kongsikan 8 tempat menarik yang anda boleh kunjungi di Rompin.

1. Desa Orang Asli 

Rompin Pahang

Satu keunikan Rompin Pahang ialah daerah ini menempatkan sebilangan besar Orang Asli. Untuk melawat kampung Orang Asli, anda boleh berkunjung ke Kampung Deraman, Kuala Rompin. Kampung ini mempunyai balai masyarakatnya sendiri di sebelah jalan utama.

Bagi mereka yang berkunjung di sini, penduduk kampung akan menyambut anda dengan tarian tradisional untuk memberikan gambaran ringkas mengenai seni dan budaya Orang Asli kepada anda. Selain itu, di kampung ini juga terdapat tempat penduduk tempatan menganjurkan acara seperti perkahwinan dan perayaan.

Apa yang lagi menarik, akan ada seorang tukang desa yang mengajarkan para pengunjung untuk menenun. Kebanyakan Orang Asli mencari nafkah dari pertanian dan perikanan. Oleh itu, terdapat perkarangan di depan kampung di mana pengunjung akan menemui tangki ikan besar yang menempatkan pelbagai jenis ikan, udang dan udang galah untuk dijual. Anda juga akan melihat sebuah pondok kayu yang dijadikan tempat menjual buah-buahan dan hasil hutan.

2. Sungai Rompin – Pungut Kerang

Rompin Pahang

Di Rompin, anda boleh cuba aktiviti memungut kerang di Sungai Rompin. Aktiviti ini selalunya diatur oleh pihak hotel atau agensi pelancongan.

Aktiviti memungut kerang perlu dilakukan ketika air surut dan berhenti pada pukul 4 petang, di mana air mula pasang. Untuk memungut kerang, anda perlu menaiki sebuah kapal dari jeti yang akan membawa anda ke bahagian sungai yang cetek di mana anda dapat menyeberang ke tebing sungai berpasir.

Tapi jangan kecewa kalau tak dapat pungut kerang kerana ia sebenarnya bermusim. Selain itu, jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat melihat sekumpulan ikan berwarna perak yang ‘melompat’ di permukaan air. Bagi mereka yang minat memancing, anda juga boleh lakukannya di sungai ini.

3. Melihat Kunang-kunang

Rompin Pahang

Perjalanan yang cukup panjang kira-kira dua jam pada waktu malam untuk sampai ke tebing sungai mungkin agak membosankan. Namun, semuanya akan terasa berbaloi setelah anda sampai dan melihat ratusan kunang-kunang. Ia pasti menjadi salah satu pengalaman terhebat dalam hidup anda.

4. Pantai ‘Cermin’

Rompin Pahang

Berhampiran tempat penginapan Lanjut Beach & Golf Resort, anda boleh menyaksikan fenomena ‘cermin’ yang luar biasa di Pantai Lanjut, di mana pasir ‘mencerminkan’ langit dan awan menyatu dengan tepat dengan garisan pantai. Bagi anda yang suka mengambil foto, jangan lepaskan peluang ini ya!

Selain itu, jika anda bernasib baik, anda dapat melihat ikan lumba-lumba bermain-main di laut pada waktu sebelum subuh. Untuk menyaksikan semua ini, mungkin lebih baik anda menginap sehari dua di resort Lanjut Beach & Golf Resort kerana Pantai Lanjut terletak berahmpiran resort ini.

5. Makanan Laut Segar

Kerana terletak behampiran sungai dan laut, Rompin atau lebih tepat Kuala Rompin kaya dengan makanan laut yang segar dan lazat. Terdapat banyak restoran yang menyediakan makanan laut, jadi anda tinggal pilih sahaja restoran mana yang anda nak masuk.

Anda juga boleh pergi ke Lanjut Beach Resort kerana mereka ada menjual masakan makanan laut.

6. Hutan Simpan Menchali

Hutan Simpan Menchali memiliki keluasan 630 hektar, di mana 191 hektar daripadanya telah diperuntukkan untuk tujuan penyelidikan ilmiah sementara 161 hektar lagi telah ditetapkan sebagai taman rekreasi. Hutan simpan ini terletak sekitar 16 kilometer dari Kuala Rompin dan dekat dengan Kampung Leban Chonodng.

Di taman rekreasi, para pengunjung boleh berehat dan berekreasi serta berjalan-jalan di sekitar taman melalui tanah dataran gambut dengan pokok-pokok yang rimbun seperti shorea, Eugenia, hopea, calophyllum, artocarpus, catonopsis dan bouea. Selain itu, spesies burung paya dan tanah lembap juga tinggal di hutan simpan ini.

7. Taman Negara Endau-Rompin

Nama Endau-Romping berasal dari dua sungai yang melintasi Taman Negara ini iaitu Sungai Endau dan Sungai Rompin. Taman negara ini menjadi rumah kepada beberapa hutan hujan yang tertua di dunia.

Taman Negara ini menempatkan badak Sumatera yang sangat terancam dan haiwan-haiwan lain seperti gibbon tangan putih, harimau malaya, gajah Asia, babi hutan, tapir, loris lambat, rusa, monyet ekor panjang dan harimau bintang.

Seterusnya, di antara banyak spesies burung yang hidup di taman ini adalah burung enggang dan kingfishers. Peluang untuk melihat haiwan-haiwan di sini adalah sangat tipis kerana mereka mempunyai banyak ruang untuk berkeliaran di dalam kawasan taman. Oleh itu, para pengunjung akan lebih sering melihat serangga, labah-labah dan ular kerana haiwan-haiwan lain lebih pandai mengelak untuk dilihat.

Antara aktiviti yang paling popular yang anda boleh lakukan di taman ini termasuklah jungle trekking, lawatan ke kampung Orang Asli (suku Jakun), arung jeram, safari malam (berjalan kaki atau 4×4) dan menikamti air terjun yang hebat serta beberapa tasik yang indah dan pelayaran sungai.

Di samping itu, taman ini tidak mudah diakses dengan kenderaan biasa, menjadikannya tarikan yang sangat popular di kalangan mereka yang gemarkan pengembaraan.

8. Rompin Integrated Pineapple Industries Sdn Bhd

Rompin Integrated Pineapple Industries Sdn Bhd (Rompine) adalah syarikat pengeluar dan peksport nanas. Nanasnya pula manis-manis dan segar belaka.

Anda boleh datang ke kilang syarikat ini dan memborong nanas dan perlu diingat kilang ini tidak menjual nenas jika hanya ingin membeli beberapa biji sahaja ya!

Tapi, kalau mahu memborong pun tetap ada hadnya kerana kebanyakan nanas adalah untuk dieksport.

Akhir sekali, menarik bukan tempat-tempat yang ada di Rompin? Percutian ke daerah ini pasti akan berbaloi masa, tenaga dan wang anda. Ianya sesuai juga dikunjungi bersama ahli keluarga yang lain kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama dan akhirnya mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Jadi tunggu apa lagi? Selamat bercuti di Rompin ya!

Sumber:

https://www.forestry.gov.my/en/pahang/taman-eko-rimba-menchali

https://erisgoesto.com/2018/12/28/5-things-to-do-in-kuala-rompin-pahang/

https://www.pahangtourism.org.my/index.php/rompin/nature-attraction-at-rompin

https://www.wonderfulmalaysia.com/endau-rompin-national-park-malaysia.htm

error: Content is protected !!