Perkongsian kali ini kami bawakan khas untuk anda mengenai homestay Penang yang memang best dan menarik untuk penginapan anda di sana.
Penang kaya dengan daya tarikan pelancong seperti bandar lama yang indah yang dipenuhi dengan rumah-rumah besar bersejarah dan rumah kedai warisan Cina, pasar jalanan yang menjual mi dan laksa untuk sarapan, kuil-kuil, seni jalanan yang hebat dan beberapa dim sum terbaik di dunia.
Jadi, tidak hairanlah jika Penang menjadi destinasi percutian ramai orang.
Bagi anda yang bercadang hendak bercuti di Penang, kami kongsikan 8 homestay menarik yang ada di sini. Jadi, mudah anda nak ambil keputusan nak menginap di mana nanti!
1. Holidayss Maritime Suites Penang
Holidayss Maritime Suites Penang yang terletak di Persiaran Karpal Singh ini menjadi pilihan para pengunjung yang megutamakan pemandangan yang menarik.
Bilik-biliknya dihias dengan minimal dan bersih namun serba lengkap dengan pelbagai kemudahan moden. Yang penting, dari sini anda boleh menikmati keindahan sebenar Pulau Pinang, meliputi lautan yang menjadi laluan feri, Jambatan Pulau Pinang hinggalah ke kawasan bandar di sekitar.
Semuanya dari harga RM 413 semalam. Lokasinya yang strategik juga memudahkan anda mencari makan. Selain itu, kolam renang dan gym ada disediakan di hotel ini.
2. Luxfort 118 Service Suites
Luxfort 118 Service Suites terletak berdekatan dengan Batu Ferringhi dan dan juga Gurney Drive ataupun secara tepatnya di alamat 118, Island Plaza, Jalan Tanjong Tokong, 10470 Georgetown.
Pelbagai pilihan bilik yang ada di sini seperti king suite, family suite, deluxe studio dengan 2 bilik dan apartment 2 bilik. Bilik-bilik yang ditawarkan dihias dengan penuh elegan, berlantaikan kayu dan ada juga kolam renang untuk para tetamu.
Selain itu, anda boleh memilih sama ada ingin menginap di bilik dengan pemandangan laut atau yang menyajikan pemandangan sekitar bandar Georgetown. Bagi anda yang membawa anak-anak bersama, ada ruang untuk anak-anak bermain permainan beyblade di family suite. Menarik bukan?
Semua keistimewaan ini anda boleh dapatkan dari RM 188 semalam. Kalau anda hendak membeli sayur-sayuran, buah-buahan segar atau sebagainya, senang sahaja. Anda cuma perlu turun ke tingkat LG dan dapatkannya di Cold Storage.
3. Sri Sayang by Coral Holiday Resort
Sri Sayang by Coral Holiday Resort mempunyai 2 buah bilik tidur untuk keselesaan kepada 4 orang. Ianya sesuai bagi anda yang inginkan penginapan yang luas dan selesa seperti di rumah sendiri dalam harga bajet, iaitu dari RM 259 semalaman.
Homestay ini beralamat di 188, Sri Sayang Apartment, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi. Jika anda ingin menikamati pantai, anda boleh lah pergi ke Miami Beach, 1 km dari homestay ini dan Pantai Tanjung Bungah yang berjarak 2.6 km sahaja.
Antara kemudahan yang disediakan di resort ini termasuklah penghawa dingin, ruang balkoni, TV, wifi percuma, dapur dan kolam renang.
4. Century Bay Private Residences
Century Bay Private Residences terletak di 5, Lintang Pantai Jerjak, 11700 Bayan Lepas. Dari harga RM 124 sahaja, anda sudah boleh menikmati bilik di homestay ini yang dihias dengan penuh stylish, dekorasi dalaman yang cukup sejuk dipandang dan perabot-perabot yang berwarna putih.
Homestay ini terletak hanya 10 minit pemanduan dari Georgetown dan 2 minit dari Queensbay Mall. Jadi mudah untuk anda menjelajahi tempat tarikan lain yang ada berdekatan.
Seterusnya, kemudahan yang disediakan di sini termasuk lah DVD player, gimnasium, permainan billiard, taman permainan dan perpustakaan.
5. Lost Paradise Resort
Resort yang terletak di 262, Jalan Batu Feringghi, 11100 Batu Ferringhi ini mampu membuatkan anda berasa seolah-olah berada di Bali dengan hanya dari harga RM 181 semalam.
Dekorasi homestay ini mempunyai sentuhan tradisional Bali yang dihidupkan dengan warna-warni yang ceria. Bukan itu sahaja, resort ini turut lengkap dengan kolam renang, khidmat urutan spa dan juga restorannya sendiri.
Selain itu, anda boleh berjalan kaki dari sini untuk ke kawasan pantai. Jadi, nikmatilah bunyi deruan ombak dari pantai dan pemandangan cahaya matahari terbit yang indah.
6. Cosy Minimalist Home
Cosy Minimalist Home terletak di 15, Jalan Bagan Lalang 1, 13400 Butterworth. Dari harga RM 519 semalam, anda sudah boleh menikmati homestay yang cukup luas yang terdiri daripada 4 bilik dengan perabot dan perhiasan yang baru.
Selain mempunyai tahap kebersihan yang setaraf hotel 5 bintang, tempat penginapan ini juga dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan yang disediakan lebih dari cukup untuk keselesaan anda seperti wifi percuma, 10 buah katil, dan dapur.
7. Smell Rose Beach Garden
Smell Rose Beach Garden terletak di alamat Medan Tanjung Bungah 32 Medan, 11200 Batu Ferringhi. Daripada namanya, anda pasti sudah dapat jangka aroma apa yang anda akan hidu sebaik masuk ke homestay ini.
Dari harga RM 218 semalam, anda sudah boleh menikamati rumah yang dihias dengan begitu kreatif dan indah dengan tema artistik yang bergaya santai serta sangat bersesuaian dengan lokasinya yang berada di tepi pantai. Hiasan daripada pelbagai hasil kraftangan yang menarik menambahkan lagi seri homestay ini.
Seterusnya, anda juga boleh berjalan-jalan di kawasan taman yang diceriakan dengan bunga mawar dan banyak lagi tanaman lain. Apabila di dalam rumah, anda boleh berehat-rehat di ruang tamu sambil menyaksikan keindahan pantai dengan air laut yang berombak.
8. iBook Gurney Suites
iBook Gurney Suites terletak di 18, Tingkat Kelawei, 10250 Georgetown. Tempat penginapan ini memiliki atmosfera penginapan yang terasa cukup santai serta konsep hiasan dalaman yang moden dan menarik dengan gabungan warna natural secara keseluruhannya. Semuanya anda boleh dapatkan dari harga RM 300 semalaman.
Selain itu, anda boleh memilih daripada beberapa jenis penginapan yang dapat memuatkan dari 4 ke 8 orang tetamu pada satu masa. Namun, townhouse dengan 2 bilik tidur adalah pilihan yang tepat sekiranya anda bercuti beramai-ramai.
Seterusnya, suites ini terletak berdekatan Gurney Plaza, Gurney Drive Hawker Centre dan Gurney Paragon. Anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke sana.
Akhir sekali,
Adalah benar bahawa homestay Penang merupakan lubuk daya tarikan pelancongan. Di Pulau Pinang terletaknya sebuah pulau, jadi anda bolehlah menikmati pantai, perairan jernih, dan pulau yang santai. Bukan itu sahaja, Penang juga kaya dengan kepelbagaian makanan.
Jadi percayalah bahawa percutian di Penang pasti akan berbaloi dengan masa dan wang anda.
Sumber:
https://templesandtreehouses.com/what-to-do-in-penang-in-3-days-the-perfect-penang-trip-itinerary/
https://www.thecrazytourist.com/25-best-things-to-do-in-penang-malaysia/