Hotel di Kuching dihiasi indah dengan panorama ibu negeri bumi Kenyalang ini serta dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang menarik.
Pelbagai pilihan buat anda untuk menginap di Kuching jika anda ingin menikmati percutian bersama – sama keluarga ataupun rakan. Mahukan hotel penginapan yang sesuai untuk urusan kerja atau perniagaan pun ada di Kuching.
Anda nak tahu lebih banyak lagi tentang pilihan hotel di Kuching? Jom saya kongsikan 8 hotel di Kuching yang patut menjadi pilihan anda.
1. Imperial Hotel Kuching
Imperial Hotel Kuching ialah hotel bertaraf empat bintang yang sesuai untuk semua jenis pelancong tidak kira sama ada anda melancong secara berkumpulan mahupun solo ataupun untuk tujuan perniagaan atau percutiaan.
Lokasi hotel ini juga mudah untuk dikunjungi kerana terletak di sepanjang Jalan Datuk Tawi Sli di Pusat Bandar Kuching.
Hotel ini juga menawarkan fasiliti yang menarik demi kepuasan pengunjung. Imperial Hotel Kuching menyediakan 339 bilik tetamu yang lengkap dengan pendingin hawa yang telah dibahagikan kepada 6 kategori. Hotel ini juga indah dihiasi gaya klasik dengan palet warna neutral dan perabot mod.
2. Citadines Uplands Kuching
Citadines Uplands terletak di lokasi utama Jalan Simpang Tiga, yakni sebuah pusat pendidikan dan pejabat pentadbiran kerajaan persekutuan. Di seberangnya pula ialah The Spring Shopping Center, iaitu salah satu pusat membeli-belah terbesar di Malaysia Timur.
Disebabkan lokasinya yang strategik anda hanya perlu memandu selama kira – kira 10 minit untuk ke Zon Perindustrian Bebas Samajaya. Di Citadines anda bebas membuat pelbagai pilihan perkhidmatan dan kemudahan yang paling sesuai dengan gaya dan bajet anda.
Hotel ini direka dengan ruang tamu dan ruang makan yang terpisah untuk menyajikan kepada anda tetamu ruang yang luas untuk menginap, bekerja atau berhibur.
3. Hilton Kuching
Hotel Hilton Kuching merupakan hotel bertaraf empat bintang yang penuh karakter. Ia terletak di tebing Sungai Sarawak, di Pusat Bandar Kuching.
Bahagian luarnya pula sangat indah dihiasi bangunan – bangunan tinggi di sekitarnya. Uniknya dalam hotel ini, terdapat sebuah oasis mewah yang menggabungkan kemodenan abad ke 21 dengan daya tarikan tradisional.
Hilton Kuching juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti:
- Kolam renang di luar dengan restobar di tepi kolam
- Pusat kecergasan
- Gelanggang tenis
- Bilik sauna
Jika anda mahu bersantai lebih lama lagi, anda boleh mendapatkan rawatan di pusat urut hotel.
4. Puteri Wing, Riverside Majestic Hotel
Riverside Majestic Hotel terletak di lokasi yang strategik iaitu di tengah-tengah kawasan perniagaan, hiburan, tempat makan dan pusat beli-belah di Kuching. Ia juga hanya berjarak 20 minit perjalanan sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Hotel dengan 18 tingkat suite mesyuarat ini juga merupakan tempat ideal untuk aktiviti perjumpaan, perniagaan dan boleh juga untuk bersantai.
Menariknya, hotel ini menghadap ke arah Sungai Sarawak. Oleh itu, anda boleh menikmati pemandangan panorama indah bandar dan Kuching Waterfront yang berada di seberang,
Kepada kaki jalan – jalan di luar sana. Ada tawaran menarik ni.
Di sini terdapat laluan sepanjang 1.7 km yang menuju ke tempat – tempat pelancongan terdekat seperti Muzium China, Kuil Cina Tua Pek Kong, Benteng Margherita dan tempat membeli-belah cenderamata, Main Bazaar.
Kalau yang sukakan aktiviti kecergasan, anda juga boleh berjoging di sepanjang laluan ini.
5. Grand Margherita Hotel
Grand Margherita Hotel juga terletak di lokasi yang strategik iaitu bersebelahan Kompleks Beli-belah Sarawak Plaza. Tempat penginapan ini juga berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching,iaitu hanya 11.5 km sahaja dari tempat penginapan ini.
Hotel ini menawarkan pelbagai fasiliti menarik. Antaranya:
- Kolam renang di luar
- 4 pilihan tempat makan.
- WiFi percuma yang boleh diakses di seluruh kawasan
- Tempat letak kenderaan percuma
- Bilik yang dilengkapi dengan bar mini, seterika dan pendingin hawa.
- Bilik mandi suite yang dilengkapi dengan pengering rambut dan peralatan mandian percuma.
- Gimnasium
- Taman permainan kanak – kanak
- Perkhidmatan bagasi secara percuma
- Servis pengemasan harian secara percuma.
Terdapat kemudahan lain juga termasuk pusat perniagaan dan pertukaran mata wang
Di sini terdapat pelbagai restoran yang menyajikan pelbagai hidangan istimewa.
- Orchid Garden Coffee House: menyajikan hidangan tempatan dan Eropah
- Restoran Meisan Szechuan: menyajikan makanan istimewa Cina
- Rajang Lobby Lounge: menyajikan minuman disertai dengan hiburan langsung
Ketika anda menginap di sini, anda boleh berkunjung ke Monumen Pahlawan dan Muzium Sarawak yang hanya berjarak 1.5 km dari hotel ini.
6. Pullman Kuching
Pullman Kuching terletak di atas Hills Shopping Mall. Ia juga berdekatan dengan Kuching Waterfront. Anda hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit sahaja untuk ke sana.
Lapangan terbang yang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang berjarak 10 km sahaja dari tempat penginapan ini.
Pelbagai kemudahan menarik yang ditawarkan di sini. Antaranya:
- 5 pilihan tempat makan
- Kolam renang luaran,
- Bilik-bilik yang dihias dengan elegan dilengkapi dengan TV satelit layar datar dan bar mini.
- WiFi percuma yang boleh diakses dari bilik-bilik tetamu.
- Bilik mandi suite yang dilengkapi dengan tab mandi dan pancuran hujan
- Gimnasium
- Spa
- Kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi selama 24 jam seminggu.
- Perkhidmatan dobi dan cucian kering (dengan caj tambahan)
- Servis simpanan bagasi percuma.
Terdapat pelbagai restoran yang menyajikan pelbagai menu yang istimewa.
- Restoran Puzzle: menyajikan sarapan buffet dengan pilihan Asia, kontinental dan halal
- Nu Er Hong: menyajikan makanan Cina
- Cafe Chat: menyajikan pastri dan kopi.
- Deja Vu Bar, Lounge dan Liquid Bar: menyajikan minuman dan koktel
Ketika menginap di sini,anda juga berpeluang berkunjung ke Monumen Kuching yang berjarak 600 meter dari hotel dan juga Muzium Sejarah Cina yang jaraknya pula ialah 550 meter dari hotel.
7. The Waterfront Hotel
Lokasi The Waterfront Hotel adalah sangat ideal kerana berada di tengah -tengah pusat bandar Kuching. Hotel ini juga terletak di tingkat yang lebih tinggi daripada Plaza Merdeka Shopping Centre
Menariknya anda boleh ke tempat tarikan utama di sini dengan hanya berjalan kaki.
Istimewanya hotel bertaraf 4 bintang ini ialah, ia menjadi hotel pertama yang bertemakan seni. Tujuan tema ini adalah untuk menjadi platform buat artis pemula mahupun yang sudah terkenal mempamerkan seni mereka.
Di sini anda, juga akan menemui pelbagai hasil karya yang menjadi koleksi peribadi hotel yang dipamerkan di pelbagai lokasi di hotel. Jika anda berminat, anda juga boleh membeli hasil karya ini untuk dibawa pulang.
Antara fasiliti yang ditawarkan di sini ialah:
- Bilik-bilik dengan kemudahan seperti kawalan lampu panel sentuh, cermin panjang dan langsir gelap
- WiFi berkelajuan tinggi percuma
- Pelbagai soket elektrik universal
- Pelbagai kedai makanan
Hotel ini mempunyai 31 suite dan 2 buah unit loteng. Ia menawarkan 208 buah unit dengan pemandangan indah Padang Merdeka, bandar dan juga Kuching Waterfront. Hotel ini juga dilengkapi dengan 6 ruang serbaguna dan sebuah ballroom untuk acara, konvensyen, dan pertemuan khas.
Soal makanan anda tak perlu risau. Hotel ini menyediakan pelbagai tempat makan yang menarik. Antaranya:
- Cafe Via Mare: menyajikan hidangan tempatan dan Barat. Laksa Sarawak menjadi hidangan istimewa di kafe ini.
- Zapatos the Lounge: tempat bersantai dengan keluarga atau rakan. Anda akan disajikan dengan minuman sambil dihibur dengan muzik pop dan jaz.
8. Merdeka Palace Hotel & Suites
Lokasi Merdeka Palace Hotel & Suites dikelilingi dengan pelbagai tarikan utama Muzium Sarawak dan Muzium Sejarah Cina Sarawak
Bilik dan suite di sini dihias elegan dengan gaya urban dan kontemporari manakala, bahagian lobinya yang besar menampilkan elemen hiasan klasik dan kemasan mewah.
Suite hotel ini luas dan dilengkapi dengan ruang tamu dan ruang makan yang terpisah serta sebuag dapur kecil.
Antara fasiliti yang ditawarkan hotel ini ialah:
- Gimnasium yang lengkap dengan sauna dan bilik wap
- Kolam renang luar di tingkat 8
- Taman permainan kanak-kanak
Untuk pilihan tempat makan pula, para tetamu boleh memesan dari perkhidmatan bilik yang beroperasi 24 jam atau berkunjung ke restoran Ristorante Beccari untuk makanan Itali seperti pasta, pizza, salad, hidangan utama dan juga pencuci mulut.
Wah, seronok juga hotel – hotel di Kuching ini. Kebanyakan dikelilingi dengan tarikan utama yang boleh dikunjungi meskipun hanya dengan berjalan kaki sahaja.
Tentu bertambah seronok lagilah percutian atau trip kerja anda.
Sumber:
http://www.sarawak-hotels.com/toptenhotels.htm
http://luxuryhotel.guru/kuching/
https://www.airasia.com/best-hotels/kuching/
https://www.imperialhotelkuching.com.my/room
https://www.agoda.com/citadines-uplands-kuching/hotel/kuching-my.html?cid=1844104
https://www.agoda.com/hilton-kuching/hotel/kuching-my.html?cid=1844104
https://www.agoda.com/puteri-wing-riverside-majestic-hotel_2/hotel/kuching-my.html?cid=1844104
https://h2mag.asia/grand-margerita-hotel/
https://www.agoda.com/pullman-kuching-hotel/hotel/kuching-my.html?cid=1844104
https://www.agoda.com/the-waterfront-hotel/hotel/kuching-my.html?cid=1844104
https://www.agoda.com/merdeka-palace-hotel-suites/hotel/kuching-my.html?cid=1844104