Now Reading
8 Hotel Langkawi Yang Menjadi Pilihan Ramai!

8 Hotel Langkawi Yang Menjadi Pilihan Ramai!

hotel langkawi

Langkawi memang terkenal sebagai pusat peranginan dan percutian di Malaysia. Oleh itu, memang banyak hotel Langkawi yang boleh anda inap sekiranya anda ke sana. Tapi, yang mana menjadi pilihan ramai?

Anda mencari tempat percutian yang membolehkan anda melihat pemandangan matahari terbenam yang indah di tepi pantai atau bangun dengan suara burung kicauan yang menenangkan di tengah-tengah hutan yang rimbun?

Kalau begitu, Langkawi adalah tempat yang terbaik untuk anda.

Di samping menawarkan kecantikan alam semula jadi, Langkawi juga ada banyak tempat penginapan untuk anda pilih.

Di sini kami kongsikan 8 hotel terbaik yang menjadi pilihan ramai pengunjung yang ada di Langkawi untuk anda. Selamat membaca!

1. Casa del Mar

Anda mencari hotel yang betul-betul dekat dengan pantai? Casa del Mar mungkin hotel yang anda cari.

Casa del Mar terletak hanya beberapa langkah dari Pantai Cenang. Jadi, apabila anda bangun waktu pagi, anda boleh terus berjalan kaki ke pantai untuk menikmati angin segar di hadapan laut. Pada waktu petang pula, anda boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang sangat indah.

Casa del Mar juga terletak hanya 10 minit berjalan kaki dari Cenang Mall, dekat sahaja untuk anda membeli-belah. Pantai tengah, Rice Museum dan Pantai Tengah Beach juga terletak berhampiran dengan hotel ini. 

2. Four Seasons Resort Langkawi

Four Seasons Resort yang terletak di Geopark Dunia UNESCO ini dikelilingi oleh hutan hujan tropika, tebing batu kapur dan perairan zamrud di Laut Andaman serta banyak lagi keindahan semula jadi lain yang indah dan menenangkan.

Resort gaya melayu ini menawarkan tempat percutian romantis yang tenang untuk pasangan serta tempat percutian berorientasi keluarga yang serba boleh.

Kemudahan yang disediakan termasuklah The Geo Spa dan masakan Melayu asli di Ikan-Ikan sambil dapat menikmati pemandangan matahari terbenam. 

3. The Andaman a Luxury Collection Resort

Hotel di pulau seperti The Andaman a Luxury Collection Resort mungkin mahal, namun apa yang berbaloi adalah persekitaran, kemudahan, bilik dan perkhidmatan yang disediakan yang sangat berharga.

Hotel ini terletak di antara hutan hujan yang berusia 10 juta tahun dan Datai Bay yang tenang dan terumbu karang yang berusia 8,000 tahun di pulau Langkawi dan ini membolehkan anda menikmati pemandangan laut dan hutan yang sangat menyegarkan.

Di sini terdapat 178 bilik, dengan tab mandi besar dan pancuran hutan hujan tertutup kaca.

4. The Ritz-Carlton

The Ritz-Carlton menjadi hotel yang tepat untuk yang berniat berkunjung ke Pantai Langkawi kerana hanya memerlukan 10 minit pemanduan dari hotel ini untuk ke Pantai itu. Sama juga untuk pergi ke Kereta Gantung Langkawi, hanya 10 minit diperlukan.

Hotel The Ritz-Carlton ini berkeluasan 4790 kaki persegi dengan kemudahan pusat persidangan, bilik mesyuarat, pusat perniagaan, daftar masuk ekspres, surat khabar percuma serta tempat letak kereta percuma.

5. The St. Regis Langkawi

The St.Regis terletak dalam jarak 5 minit pemanduan dari Jeti Kuah dan Eagle Square.

Banyak aktiviti menyeronokkan yang anda boleh lakukan bersama keluarga anda di sini. Contohnya, berkayak, berkanu, berbasikal, mendaki dan berbasikal di gunung berdekatan dan bermain skuter. Semua aktiviti ini sudah pasti dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Kemudahan utama yang disediakan termasuklah tempat letak kenderaan valet percuma, perkhidmatan limo, dobi, kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan perkhidmatan ulang-alik ke lapangan terbang.

6. The Westin Langkawi Resort

The Westin Langkawi Resort & Spa merupakan salah satu hotel mewah yang terletak hanya 3km dari pusat utama Kuahs  dan Kompleks Bebas Cukai Jetty Point. Jadi mudahlah untuk anda membeli coklat untuk dibawa pulang.

Bukan itu sahaja, hotel ini juga berhampiran mercu tanda tempatan seperti Masjid Al Hana, CHOGM Park, Eagle Square, Taman Lagenda Langkawi Dalam dan Langkawi Crystal iaitu pada jarak kurang dari sepuluh minit. Tak perlu untuk pergi jauh jika anda hendak membeli-belah atau melihat keindahan binaan yang ada di Langkawi.

Hotel ini juga banyak menyediakan kemudahan untuk tetamunya seperti gimnasium, gelanggang skuasy dan spa hingga kelab kanak-kanak dan empat kolam renang.

7. Meritus Pelangi Beach Resort & Spa

Resort yang terletak di sepanjang Jalan Pantai Tengah ini mempunyai reka bentuk desa tradisional Melayu dan menawarkan 51 chalet kayu satu dan dua tingkat eksklusif di atas panggung.

Setiap chalet pula mempunyai beranda terbuka dan bumbung landai dengan jubin atap dan tiang yang terdedah, sementara bahagian dalamnya dihiasi dengan panel karpet sisal dan motif bunga nyatoh.

Resort 5 bintang yang berkeluasan 35 ekar ini mempunyai 9 jenis bilik dengan chalet terkecil (Teras Taman) berukuran 46.5sqm. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah 3 Kolam renang, kemudahan kecergasan dan spa.

8. The Danna

Hotel yang terletak di sudut dari Oriental Village di sepanjang Pantai Kok ini terbahagi kepada 8 kategori dengan unit penginapan berukuran dari 60sqm hingga 600sqm dengan balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan ke hutan hujan dan lautan.

Hotel ini mempunyai pesona kolonial Britain yang disampaikan dengan sentuhan minimal tetapi memberi kesan maksimum seperti lantai kayu yang digilap, permaidani rebung buatan tangan, karya seni tempatan dan karya khas kerja kayu antik.

Hotel lima bintang The Danna memiliki 125 koleksi bilik dengan kemudahan kelas pertama sepeeri kemudahan membuat kopi dan teh, lima tempat makan dan rawatan spa.

Akhir sekali,  

Langkawi adalah gabungan Bali dan Phuket yang terdapat di Malaysia. Percutian ke Langkawi pasti berbaloi masa, tenaga dan wang anda. Tempat penginapan yang ada di sini pun cantik-cantik belaka. Jadi, selamat bercuti ya!

Sumber:

https://www.klook.com/en-MY/blog/best-langkawi-hotels-and-resorts

http://www.langkawi-info.com/hotels/toptenhotels.htm

https://www.onceinalifetimejourney.com/reviews/best-luxury-hotels-langkawi/

https://www.fourseasons.com/langkawi

error: Content is protected !!