Kuala Terengganu adalah tempat tumpuan pelancong. Oleh itu, hotel Kuala Terengganu sangat banyak pilihannya.
Kuala Terengganu adalah rumah kepada perkampungan dan bandar kecil yang indah dan pulau-pulau yang cantik.
Kuala Terengganu adalah ibu negeri Terengganu yang terletak di sepanjang pesisir Laut China Selatan dan membentang sejauh hampir 13 ribu kilometer persegi.
Di samping kaya dengan daya tarikan menarik, Kuala Terengganu juga memiliki beberapa hotel yang menarik untuk para pengunjungnya.
Di sini kami kongsikan 8 hotel terbaik yang ada di Kuala Terengganu.
1. Hotel Paya Bunga Terengganu
Hotel Paya Bunga Terengganu terletak di pusat bandar dan jalan berhawa dingin yang menghubungkan hotel dengan pusat membeli-belah. Reka bentuknya yang diilhamkan oleh dunia Muslim menjadikan bangunan hotel ini antara yang terunik di bandar Kuala Terengganu.
Tema dunia muslim ini turut digunakan di 208 bilik-biliknya, yang ditambah dengan perabot dan reka bentuk kontemporari yang anggun.
2. Suite 18 Boutique Hotel
Suite 18 Boutique Hotel terletak di sebuah rumah kedai antik dengan keunikan reka bentuk yang terdiri daripada batu bata merah dan warna hitam-putih minimalis.
Hotel Kuala Terengganu ini sesuai untuk anda sekeluarga kerana hotel ini ada menawarkan pilihan bilik dengan katil 2 tingkat.
Lokasinya yang berada di bandar Kuala Terengganu amat memudahkan para pengunjung hotel ini untuk mencari makan. Selain itu, terdapat banyak maklum balas positif daripada pengunjung untuk hotel ini. Jadi, jangan ragu-ragu untuk menginap di sini ya!
3. Hotel Ming Paragon and Spa
Hotel Ming Paragon and Spa terletak di pinggir timur Kuala Terengganu yang membolehkan anda menikmati akses mudah ke makanan jalanan dan membeli-belah serta menikmati pemandangan laut yang indah.
Hotel ini mempunyai seni reka yang unik yang jauh berbeza daripada kebanyakan seni bina era kolonial Inggeris atau bahkan dunia yang dipengaruhi oleh dunia Islam.
Bilik-biliknya mempunyai gaya konservatif, luas, selesa serta palet warna yang melengkapi kayu hangat dan pencahayaan lembut.
4. KT Chinatown Lodge
KT Chinatown Lodge terletak di lokasi yang strategik di mana para tetamu akan memiliki akses mudah ke seni bina yang lebih menarik dan makanan jalanan yang murah dan lazat.
Hotel yang menyerupai kuil Cina ini adalah hotel sederhana dan penginapan bajet. Meskipun bilik-biliknya sederhana, ia tetap selesa dan ceria untuk para tetamu.
5. Rest and Comfort Boutique Hotel
Rest and Comfort Boutique Hotel mempunyai 40 buah bilik yang merangkumi pelbagai ukuran, namun kesemuanya menawarkan keselesaan untuk para tetamunya.
Selain sesuai dijadikan pejabat praktikal yang jauh dari rumah, hotel yang terletak di taman perniagaan utama di bandar ini juga mempunyai akses mudah ke jalan utama. Jadi mudah untuk mencari makan, membeli-belah dan mencari pengangkutan.
6. Come Inn Premium
Come Inn Premium terletak hanya 8km dari barat daya Kuala Terengganu tengah. Ianya adalah vila bebas yang luas dan menyatukan suasana domestik yang mesra, warna-warna cerah, dan banyak ruang untuk bergerak.
Vila ini sesuai untuk percutian keluarga kerana ruangannya yang luas dan terdapat dapur kecil. Maklum balas daripada para tetamu terhadap tempat penginapan ini juga sangat positif.
7. TY Hotel
TY Hotel terletak di sebelah selatan Kuala Terengganu tengah. Hotel ini memiliki reka bentuk simetri yang menyegarkan dan menempatkan 36 bilik yang luas dan dihiasi dengan kombinasi warna putih dan merah.
Hotel ini terletak berdekatan Pantai Kuala Terengganu dan banyak kedai makanan. Jadi, sambil-sambil berjalan ke pantai, jangan lupa membeli makanan ya!
Tetapi, kalau tak mahu pergi jauh untuk mencari makan, jangan risau kerana hotel ini mempunyai kafe di tingkat bawah.
8. Asia Premium Hotel
Asia Premium Hotel terletak betul-betul di selatan pusat bandar Kuala Terengganu. Hotel ini berada hanya jarak berjalan kaki ke pusat bandar Kuala Terengganu, di mana anda boleh melihat seni bina yang unik dan menikmati makanan tempatan yang lazat.
Bilik-bilik di hotel ini dibuat luas dengan gaya minimalis, membuatkan anda berasa tenang ketika berehat di sini.
Akhir sekali,
Kuala Terengganu sememangnya destinasi pelancongan yang sempurna. Keropok lekor, lautan pirus yang indah, masjid-masjid indah dan budaya lama yang bertahan menentang pemodenan, dijadikan memori indah percutian di sini. Hotel-hotel yang ada di sini pun tidak kurang hebatnya. Jadi tunggu apa lagi, Selamat bercuti di Kuala Terengganu!
Sumber:
https://www.thecrazytourist.com/25-best-things-to-do-in-kuala-terengganu-malaysia/
https://theculturetrip.com/asia/malaysia/articles/hotels-in-kuala-terengganu-malaysia/
https://www.tripzilla.com/things-to-do-kuala-terengganu-malaysia/80972