Now Reading
8 Ipoh Famous Food Yang Anda Harus Cuba!

8 Ipoh Famous Food Yang Anda Harus Cuba!

ipoh famous food

Kali ini kita akan huraikan berkaitan Ipoh famous food. Tidak usah diperdebatkan lagi, semua pasti akan setuju bahawa Ipoh kaya dengan pelbagai jenis makanan yang lazat.

Jadi tidak hairanlah apabila ibu kota Perak ini sentiasa menjadi destinasi percutian yang utama bagi mereka yang gemar mencuba makanan baru. Bagi mereka yang bercadang hendak bercuti di sini dan ingin mencari tempat makanan yang popular di Ipoh, di sini kami ada kongsikan 8 daripadanya untuk anda. Jadi, teruskan membaca ya!

1. Manisan Hong Kee

Ipoh famous food

Bakeri ini beralamat di Kedai Kopi Weng Seng, Jalan Dato Onn Jaafar, 30300 Ipoh turut menghidangkan anda Ipoh famous food dan dibuka pada setiap hari kecuali jumaat pada 7 pagi hingga 2 petang. Restoran ini bersiap sedia di awal 3 pagi untuk memanggang pastri dan kuih muih. Yang paling terkenal ialah tart telur yang mempunyai 48 lapisan rangup.`

Hong Kee Confectionery yang sudah beroperasi selama 40 tahun ini mampu menjual lebih dari 1000 biji tart telur pada hujung minggu dan cuti umum. Hebat bukan? Selain tart telur, anda juga boleh mencuba manisan Swiss Roll dan Sachima.

Yang paling penting, datang awal ya. Kalau lambat, takut semua dah habis.

2. Mi Goreng Fook Kee

Ipoh famous food

Fook Kee Fried Noodles juga merupakan Ipoh famous food yang dijual di Restoran Yu Yee yang beralamat di Lebuh 3, Kg Simee, 31400 Ipoh dan restoran ini dibuka setiap hari kecuali ahad pada pukul 1 petang hingga 5.30 petang.

Menu mi goreng yang dimasak dengan stok udang ini adalah sangat popular hinggakan waktu menunggu boleh sampai 45 minit atau lebih pada waktu puncak kerana terlalu ramai yang memesannya. Jadi, sambil menunggu pesanan, anda boleh lah menikmati semangkuk ABC dahulu. Takpun anda boleh bersiar-siar ke kedai roti berhampiran.

Kalau mahu order siap lebih awal, mungkin anda boleh cuba di waktu petang. 

3. Restoran Nasi Kandar Ayam Merah

Restoran ini beralamat di Kedai Kopi Yong Suan, 2, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh dan dibuka setiap hari bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 6 petang. Sekali mencuba Nasi Kandar di restoran ini, anda pasti nak lagi. Macam ketagih pun ada. Itulah sebab Nasi Kandar ini dipanggil sebagai Nasi Ganja.

Apabila sampai di restoran ini, jangan resah melihatkan barisan pelanggan yang panjang kerana mereka semua menunggu pesanan bungkus. Bagi anda yang ingin makan di sini, anda tinggal duduk sahaja dan berikan pesanan pada pelayan yang akan datang ke meja anda.

Harganya juga berpatutan. Sebagai contoh, untuk sepinggan hidangan yang ada ayam goreng merah, kari ikan, telur masin, kari sotong, bendi dan sesudu acar istimewa, semua ini dengan harga RM 16.

4. Tong Sui Kai

Tong Sui Kai adalah satu barisan gerai yang terletak di Jalan Sultan Ekram, 30300 Ipoh dan gerai paling awal dibuka pada pada 5:30 petang dan ditutup paling lambat pada 1 pagi.

Gerai-gerai di sini menjual makanan yang terdiri daripada pencuci mulut seperti rojak, pelbagai jenis mi dan kerang rebus. Setiap gerai ada menu ABC dan campuran buah-buahannya yang tersendiri.

Semuanya nampak sedap menjadikan anda keliru nak pilih gerai yang mana satu. Disebabkan banyaknya pilihan, jalan ini sentiasa sibuk.

5. Kedai Kopi Loke Wooi Kee

Kedai kopi ini beralamat di No 28, Jalan Mustapha Al-Bakri, 30300 Ipoh dan dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 3 petang.

Hidangan paling istimewa di sini ialah menu HorHee, iaitu hidangan mi Teow chew yang dilengkapi dengan bebola dan kek ikan, ikan ladu dan bawang goreng yang menambahkan lagi aroma.

Kalau rasa tidak berminat dengan menu HorHee ni, ada dua lagi pilihan menu yang digemari ramai iaitu rojak buah dan ‘kai see sha hor fun’.

6. Restoran Ayam Tauge Lou Wong/ Onn Kee

Kedua-dua restoran ini ayam tauge ini iaitu Restoran Lou Wong dan Onn Kee teletak di Jalan Yau Tet Shin dan dibuka untuk makan tengah hari dan makan malam hingga lewat malam.

Menu ayam tauge biasanya dinikmati bersama nasi atau char kway teow dan hidangan sampingan kaki ayam rebus dan bebola daging babi.

Untuk tahu kedai mana yang menyediakan menu ayam tauge yang memenuhi cita rasa anda, apa kata anda beli sedikit dari kedua-dua restoran. Selepas itu, anda boleh putuskan restoran mana yang anda lebih suka. Namun, untuk yang muslim, restoran ini tidak sesuai untuk anda kerana ianya tidak halal.

7. Restoran Cowan Street Ayam Tauge & Koitiau

Restoran ini beralamat di No 44, Jalan Raja Ekram, 30300 Ipoh dan dibuka rabu hingga ahad dari pukul 7 petang. Hidangan utama restoran ini ialah menu ayam kacang.

Sangat cepat dan mudah untuk memesan makanan kerana cukup dengan memberitahu berapa banyak anda nak dan hidangan sampingan pilihan anda sama ada perut ayam atau kaki ayam. Ramai yang gemar makan di sini kerana ayamnya direbus hingga lembut dan dada ayam adalah tanpa lemak dan berjus.

8. Deen Ct Corner Cendol

Restoran cendol ini beralamat di No 21B, Jalan Mustapha Al Bakri, 30300 Ipoh dan dibuka setiap hari kecuali jumaat pada 1130 pagi hingga 630 petang.

Restoran ini menawarkan pelbagai jenis topping cendol seperti kacang merah, jagung manis dan banyak lagi. kalau nak lebih kenyang, boleh pilih cendol pulut.

Restoran ini menjadi pilihan ramai untuk menyejukkan tekak yang kering ketika bercuti di bandar ipoh.

Akhir sekali,

Ipoh adalah destinasi percutian yang terbaik jika anda ingin ‘jalan-jalan cari makan’. Di samping rasa yang lazat, makanan di Ipoh juga berpatutan harganya. jadi tunggu apa lagi? Selamat bercuti di Ipoh ya! 

Sumber:

https://www.kenhuntfood.com/2019/03/year-2019-food-hunting-of-cafes-must.html

http://www.vkeong.com/food-guide/must-eat-places-in-ipoh-food/

https://www.havehalalwilltravel.com/halal-food-in-ipoh

error: Content is protected !!