Bedak sejuk tradisional tetap menjadi pilihan wanita, digunakan untuk menyejukkan badan, mengurangkan jerawat dan melicinkan kulit. Ianya juga dipercayai mampu mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu, boleh digunakan jika anda mengalami sun burn atau dijangkiti demam campak.
Bedak Sejuk Sam Fong
RM3.50
Bedak sejuk nyonya ini pernah digunakan sebagai bedak asas pada pada masa dulu. Fungsi produk ini adalah untuk menghilangkan garis-garis halus wajah, memutihkan serta melicinkan kulit.
Bedak Sejuk Thanaka Lemon
RM13.42
Bahan yang terkandung dalam bedak ini adalah Thanaka iaitu kayu cendana yang mampu mencerah serta mencegah iritasi pada kulit.
Kombinasi kayu cendana dan lemon ini mampu merawat jerawat kronik serta kulit pucat. Bedak ini juga boleh digunakan sebagai bedak asas, hanya perlu sapu dan siap.
Bedak ini juga mampu melindungi kulit anda daripada sinaran matahari tanpa perlu menggunakan produk sunblock lagi.
Bedak Sejuk Semambu
RM10.00
Daun semambu atau daun neem yang dapat mengurangkan gatal-gatal kerana mengandungi khasiat antibakteria, antikulat dan antivirus.
Ia amat sesuai untuk merawat penyakit kulit seperti alergik, kurap, kayap dan lain-lain.
Bedak Sejuk Tabloq Warisan Asli
RM20.00
Ia adalah 100% asli sesuai digunakan dalam pelbagai peringkat umur dan juga jenis kulit. Bedak ini sesuai digunakan untuk merawat kulit bayi yang mempunyai ruam dan gatal-gatal.
Bedak Sejuk Kelulut Geranium
RM25.00
Ia dihasilkan menggunakan beras, madu kelulut serta minyak pati bunga geranium. Bedak ini bukan sahaja digunakan untuk kecantikkan malah dapat melegakan tekanan.
Bedak ini dapat menaikkan seri wajah, membantu mengurangkan kesan menopaus serta penuaan pada kulit. Menariknya tentang bedak ini, ia juga dapat menghalau serta merawat gigitan serangga.
Bedak Sejuk Berherba + Thanaka
RM15.00
Khasiat Bedak Sejuk Jamu Jelita :-
- Mencerahkan kulit wajah
- Menyerlahkan seri wajah
- Memelihara keremajaan kulit
- Merawat masalah jerawat
- Mengatasi kegatalan dan masalah resdung
- Menghaluskan kulit wajah
- Menyegarkan kulit
- Mengurangkan penghasilan minyak pada permukaan kulit
- Menegang dan menganjalkan kulit wajah
- Menyingkir sel kulit mati
Cara Penggunaan :-
- Cuci wajah dan keringkan
- Sapukan produk pada seluruh wajah
- Gunakan setiap malam untuk kesan yang optima
- Goncang botol sebelum guna
Bedak Sejuk Premium BSK
RM25.00
Bedak sejuk premium ini dihasilkan menggunakan campuran bahan tradisi dan juga moden. Diperkaya dengan beras, kunyit, madu dan air zam zam.
Kunyit mengandungi antioksidan yang tinggi membantu melambatkan proses penuaan kulit dan pembentukan tona hitam.
Ia sesuai digunakan apabila mengalami sunburn kerana ia dapat merawat kulit terbakar dengan baik.
Bedak Sejuk Marini Naturalemagic
RM10.00
Dihasilkan bentuk cecair, mudah digunakan. Malah diperbuat daripada daun bidara tanpa paraben dan SLS serta sesuai untuk pelbagai kegunaan.
Malah, bedak ini mampu merawat keradangan dan gatal-gatal pada kulit serta memudarkan parut serta luka, di samping sebagai sapuan untuk ruam.
Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kesan hitam dicelah ketiak dan paha. Kelebihan lain bedak ini adalah mengurangkan jerawat, pigmentasi kulit dan seterusnya mencerahkan kulit.