Mengapakah ianya penting untuk memilih peralatan latihan kekuatan yang sesuai? Sebenarnya, jenis peralatan latihan kekuatan yang anda guna bergantung kepada keperluan individu dan memberi kesan terhadap kumpulan otot yang spesifik. Berikut merupakan beberapa peralatan yang boleh anda pilih dan sesuai digunakan untuk latihan kekuatan:
1. Pemberat Bebas (free weights)
Barbells adalah palang panjang disertai pemberat di hujungnya. Dumbbells lebih kecil berbanding barbells, dan tidak terlalu berat seperti barbells. Ianya boleh digenggam oleh tangan. Kelebihan peralatan jenis ini adalah murah serta versatil. Kekurangannya pula adalah keduanya memerlukan latihan dan teknik yang sesuai untuk memperoleh pencapaian yang maksimum serta mengelakkan kecederaan.
Decathlon Body Building Dumbbell and Barbell Kit 50kg Weight
RM 449.00
Kit seberat 50 kg ini dihasilkan oleh jurulatih latihan berat badan Decathlon dan pasukan reka bentuk untuk anda melakukan latihan berat badan di rumah. Kit ini lengkap dengan dumbbells, bar dan disc untuk menguatkan seluruh badan anda: Boleh untuk bisep, trisep, deltoid, pektoral, belakang dan bawah badan. Selain itu, barbel boleh diselaraskan beratnya dengan kenaikan 1 kg. Kit ini senang digunakan.
2. Mesin
Latihan kekuatan menggunakan mesin mempunyai tahap efektif seperti pemberat bebas, tambahan mesin lebih selamat serta mudah untuk digunakan. Memandangkan mesin latihan kekuatan direka khas untuk senaman kumpulan otot yang spesifik, keputusan lebih laju dan efisien dari mesin ke mesin. Kekurangannya pula ialah ianya tidak boleh dibawa kemana-mana dan kebanyakannya berharga mahal. Oleh itu, kebanyakan individu hanya menggunakan kemudahan peralatan mesin yang disediakan di gym. Selain itu, untuk kegunaan rumah pula, anda boleh menggunakan mesin pelbagai-fungsi yang mempunyai takal dan stesen yang berbeza, membenarkan anda melakukan pelbagai senaman mengikut kumpulan otot berbeza dengan hanya menggunakan satu peralatan sahaja.
3. Bola Kestabilan
Alatan latihan kekuatan ini kelihatan seperti sebuah bola pantai bewarna-warni yang besar tetapi ianya sangat efektif sebagai sebuah alatan senaman. Dengan mempelajari senaman lengkungan dan gulungan tubuh yang menggunakan posisi yang berbeza di atas bola kestabilan, anda boleh menguatkan sendi serta otot dalaman anda. Kelebihan bola kestabilan ini ialah ianya tidak mahal serta mempunyai pelbagai guna. Kekurangannya ialah anda memerlukan latihan dari pakar bagi memastikan anda menggunakan bola yang sesuai serta tekanan yang betul mengikut keperluan dan kebolehan anda.
Decathlon Size M Swiss Ball – burgundy
RM 59.00
Bola gim ini sangat sesuai untuk mengencangkan badan, menguatkan punggung, dan meregangkan. Ia tersedia dalam 3 saiz (saiz 1, saiz 2 dan ukuran 3). Anda pasti suka ketahanannya, serbaguna dan cengkamannya. Anda juga akan kagum dengan keselesaannya, reka bentuk dan warna baru bola ini. Sesuai digunakan untuk latihan yang disertakan dengan bola.
4. Palang Pemberat Badan
Palang badan atau ‘Body bars’ adalah pemberat yang dilitupi bahan jenis foam yang boleh digunakan di kelas senaman seluruh badan untuk menggabungkan aerobik dengan latihan kekuatan. Setelah anda mempelajari senaman tersebut, anda juga boleh menggunakan palang pemberat badan sewaktu bersenam di rumah. Jangan bimbang, harganya mampu milik. Ia boleh didapati dalam pelbagai jenis berat mengikut kebolehan dan kekuatan anda. Namun, kekurangannya, kerana panjangnya 4 kaki, ia tidak mudah dibawa lebih-lebih lagi sewaktu mengembara.
CAP Barbell 10 lbs (4.5kg) Weighted Workout Body Bar
RM 103.21
Dibina dengan campuran keluli & besi khas & dibungkus pada bahagian luar ntuk bar yang tahan lama, selesa dan berat. Bahagian luar lapisan EVA yang selesa untuk melindungi orang lain dan peralatan yang berdekatan. Gunakan bar badan ini untuk kekuatan dan penyesuaian, keseimbangan dan penjajaran, penyaman sukan, tinju tendangan, latihan fleksibiliti dan banyak lagi.
5. Cincin gimnastik
Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana seorang gimnastik mempunyai otot yang kuat dan badan ringan? Nah, ia disebabkan mereka menggunakan cincin gimnastik. Bukan sahaja menjadikan badan kelihatan sempurna tetapi cincin ini juga bagus untuk meningkatkan tahap kekuatan otot anda dengan ketara. Oleh itu, jika anda menggunakannya secara teratur, anda mendapat manfaat berkali ganda. Cincin gimnastik membolehkan anda melakukan pelbagai latihan, menjadikannya ideal untuk banyak latihan.
Wood Gymnastic Rings
RM 78.41
Cincin kayu birch premium dengan tali nilon untuk tugas berat dan gelang sukan tahan sehingga 400kg. Mudah diatur, digunakan dan disesuaikan, gim rumah yang hebat untuk senaman badan pada bila-bila masa. Anda boleh menggantung cincin gim kayu dari pokok dan pelbagai tempat lain yang sesuai. Latihan cincin adalah cara yang sangat mudah alih dan serba boleh untuk melibatkan otot dan teras anda dengan latihan seperti pull up, push up, dips, bar serta meningkatkan otot untuk pelbagai pergerakan bebas.
6. Tali Pertempuran (Battle Rope)
Sekiranya anda ingin meningkatkan kekuatan lengan bawah atau cengkaman anda, maka anda akan memerlukan tali pertempuran. Ia akan memberi latihan kekuatan otot seumur hidup anda. Jadi, apa yang begitu istimewa tentang tali pertempuran? Secara khususnya ia berfungsi untuk menguatkan otot seluruh bahagian atas badan anda termasuk bahu dan lengan. Tali pertempuran datang dalam berbagai saiz lilitan dan anda dapat memilih salah satu yang terbaik untuk tahap tubuh serta kekuatan otot anda.
Decathlon Cross Training Battle Rope
RM 239.00
Pasukan reka bentuk kami mengembangkan tali pertempuran ini khusus untuk latihan silang. Meningkatkan tahap kecergasan keseluruhan anda: kekuatan dan daya tahan kardiovaskular. Menawarkan senaman yang lengkap. Gabungkan latihan kekuatan, kerja badan dan kardio! Tocangan tali ini menjadikannya lebih kuat.
7. Iron Kettlebell
Sekiranya anda mahu otot badan anda menjadi lebih kuat, besar dan meningkatkan kecergasan kardiovaskular, maka kettlebell adalah alat yang sesuai untuk anda. Ia seimbang dan dapat memberikan anda ayunan anggun tanpa pergerakan yang terlampau. Ia kebanyakannya direka untuk menahan berat dan tekanan semasa latihan. Iron Kettlebell terdapat dalam pelbagai berat. Ini bermakna sama ada anda peminat latihan kekuatan, pemula atau penagih gim anda perlu memiliki ‘iron kettlebell’ ini. Bukan itu sahaja, dengan semua pilihan ini, anda akan dapat menyesuaikan jenis kettlebell dengan transformasi fizikal yang anda cari.
Kettlebell 8 kg
RM 89.00
Kettlebell ini direka khas untuk latihan silang. Gabungkan pengukuhan otot dan latihan kardio! Latihan kettelebell memberikan lebih banyak kekuatan dan juga lebih banyak fleksibiliti dan ketahanan.
8. Gripper Tangan
Pergelangan tangan, lengan, dan jari anda boleh menjadi lemah daripada melakukan aktiviti harian yang memerlukan keupayaan fizikal. Oleh itu anda  tidak boleh mengabaikan anggota badan yang paling penting. Tanpa jari-jari, pergelangan tangan, dan lengan yang kuat, anda tidak mempunyai kekuatan yang sebenar. Ia boleh mengganggu aktiviti harian anda. Syukurlah, ‘gripper’ tangan boleh membantu dengan mengatasi masalah tersebut. Dengan penggunaan yang berterusan, ia dapat mengukuhkan otot di sekitar pergelangan tangan dan lengan dengan cara yang lembut, sekaligus membolehkan anda memperoleh potensi kekuatan penuh anda. Peralatan ini juga bagus untuk sesiapa yang menderita arthritis atau masalah tangan dan lengan yang lain. Ia mempunyai reka bentuk ergonomik yang bermaksud tidak hanya selesa tetapi juga selamat untuk kegunaan berterusan. Di samping itu, ‘gripper’ tangan ini direka khas untuk pelbagai individu pelbagai saiz  tanpa mengira sama ada anda seorang lelaki atau wanita, besar atau kecil, anda akan mendapati penggenggam tangan sesuai dengan sempurna. Anda juga boleh berkongsi ‘gripper’ tangan dengan orang lain.
Decathlon Adjustable Hand Grip
Rm 9
RM 9.00
Pasukan kami telah merancang aksesori ini untuk latihan kekuatan dan latihan pemulihan untuk tangan dan lengan bawah. Pegangan tangan yang boleh disuaikan dari 10 kg hingga 40 kgl. Cengkaman dibuat dari getah untuk keselesaan yang lebih baik. Â
SUMBER
https://www.everydayhealth.com/fitness/workouts/strengthening-equipment.aspx
https://www.health.com/fitness/best-home-workout-equipment
https://www.prevention.com/fitness/a20447623/strength-train-at-home/