Apakah maksud sebenar Istighfar dan kelebihannya? Istighfar merupakan suatu kewajiban seharian dalam hidup setiap Muslim dimana kita memohon keampunan kepada Allah SWT atas segala dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan.
Rasulullah SAW sendiri juga beistighfar sebanyak lebih dari 70 kali dalam sehari walaupun kita tahu bahawa baginda ini suci dari dosa. Allah SWT amat mencintai hambaNya yang memohon keampunan dan bertaubat kepadaNya setelah melakukan kesalahan dan dosa.
8 Kelebihan Istighfar
Berikut terdapat 8 kelebihan Istighfar yang telah disebutkan didalam Al-Quran:
- Diampuni Allah SWT.
Mendapat keampunan dari Allah SWT adalah suatu perkara yang paling diinginkan bagi setiap pendosa. Maka, mengamalkan istighfar dapat membuka pintu keampunan dari Allah SWT.
Allah SWT telah berfirman;
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.”
(Surah Nuh : 10)
2.Melindungi Diri Dari Azab Oleh Allah SWT
Sesiapa yang memohon taubat kepada Allah SWT akan dijauhkan dan dielakkan dari ditimpa azab Allah SWT.
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).”
(Surah Al-Anfaal : 33)
- Menghilangkan Kesedihan dan Kegelisahan
Seringkali dalam kehidupan kita akan ditimpa kesedihan dan kegelisahan akibat diasak dengan pelbagai dugaaan. Namun, terdapat hadis yang mengatakan dengan istighfar mampu mengeluarkan diri kita dari perasaan sedih dan gelisah.
“Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.”
(H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)
- Meluaskan Rezeki
Diluaskan pintu rezeki adalah sesuatu yang paling diingini bagi setiap manusia. Namun, melakukan dosa mampu menjadi penghalang kepada turunnya rezeki kepada diri kita. Maka dengan istighfar mampu membuka pintu rezeki seluas-luasnya, kerana Allah SWT berfirman didalam Kitabullah;
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).”
(Surah Hud : 3)
- Diberikan Kekuatan
Pada yang sering mengalami pelbagai ujian dan merasa keputusasaan, Allah akan memberikan kekuatan kepada mereka seperti yang pernah difirmankan didalam Al-Quran;
“Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!”
(Surah Hud: 52)
- Ditambah Nikmat
Dijauhkan musibah dan ditambahkan nikmat yang ada juga merupakan kelebihan apabila kita beristighfar.
“Dan minta ampunlah kalian kepada Robb kalian, dan bertaubatlah. Niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai kepada waktu yang sudah ditentukan, dan Dia akan memberikan kepada hambanya yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat.”(Al Quran Surat Hud ayat 3)
- Diberikan Khabar Gembira dari Allah
Allah SWT menurunkan hujan ke bumi adalah antara khabar gembira bagi mereka yang beriman dan juga merupakan asbab rahmat dan ampunan Allah pada setiap hambaNya yang berisitighfar.
“Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)”
(Surah Nuh : 10-12)
- Syurga Sebagai Ganjaran
Walau selama mana kehidupan kita jalani pasti setiap manusia inginkan destinasi terakhir mereka adalah sebuah titik yang menggembirakan. Tidak lain dan tidak bukan adalah sebuah syurga. Dimana segala penat dan lelah didunia akan terhapus begitu sahaja. Maka mereka yang beristighfar kepada Allah SWT telah dijanjikan syurga yang pelbagai nikmat didalamnya.
Allah SWT berfirman,
“Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.”
(Ali-Imran: 136)
Apabila kita melihat kembali terlalu banyak nikmat dan kebaikan apabila kita beristighfar kepada Allah SWT. Namun, kita sendiri tahu bahawa apabila kita memohon keampunan daripada Allah bukanlah semata-mata kita inginkan sebuah ganjaran dariNya. Namun, ia hanyalah sebagai sebuah bukti bahawa kita ini hanyalah seorang hamba yang kerap kali saja akan terleka dengan hawa nafsu yang menarik diri untuk terjerumus ke lubang yang dipenuhi dosa dan noda. Bertaubatlah dan istighfar ketika didalam kesulitan mahupun kemudahan. Semoga kita ini menjadi seorang pendosa yang jauh dari segala keputusasaan untuk kembali memohon keampunan dan taubat padaNya.
Sumber link :
Astaghfar – Benefits and power of Istighfar from Quran (quranforkids.com)
Nine Powerful Benefits of Istighfar – Hadith of the Day
8 Benefits of Istighfar from the Holy Quran – Islamic Articles (quranreading.com)