Now Reading
8 Khasiat Jintan Putih Yang Ramai Tak Tahu!

8 Khasiat Jintan Putih Yang Ramai Tak Tahu!

Jintan Putih

Jintan putih (Cuminum cyminum L) adalah tanaman berdaun yang tumbuh rendah ke tanah dan mudah didapati di China, India, Timur Tengah dan wilayah Mediterranean.

Buah tanaman ini disebut biji jintan yang terkenal diseluruh dunia sebagai rempah. Terdapat kajian yang mendakwa Jintan putih mempunyai pelbagai jenis manfaat kepada kesihatan dan telah menjadi salah satu subjek penyelidikan perubatan.

Khasiat jintan puti sering dikaitkan dengan peredaran darah, sistem pencernaan dan sistem imun. Beberapa manfaat jintan mampu dibuktikan dengan kajian klinikal, walaubagaimanapun juga terdapat manfaat yang sukar dibuktikan.

8 Khasiat Jintan Putih

1. Mengandungi Antioksidan

Bahan semulajadi yang ada pada biji jintan berfungsi sebagai antioksidan. bahan-bahan ini (disebut apigenin dan luteolin) yang mampu mengawal radikal bebas kecil yang menyerang sel-sel yang sihat.

Antioksidan membantu anda merasa lebih sihat dan bertenaga, dan ia membantu menjaga kulit anda kelihatan tidak dimamah usia.

2. Mempunyai Sifat Antikanser

Melalui beberapa eksperimen yang telah dijalankan intan juga mampu menghalang sel-sel kanser daripada membiak, . Dalam satu kajian, tikus yang diberi jintan putih dilindungi dari barah usus.

Berdasarkan kajian yang lain para penyelidik mendapati bahawa dari sembilan ramuan dan rempah yang popular, kemangi dan jintan putih adalah tanaman antikarsinogen yang paling kuat.

3. Boleh Membantu Merawat Cirit-Birit

Selama berabad-abad jintan putih mampu merawat masalah cirit birit dan menjadi amalan bagi pengamal perubatan tradisional. Perubatan Barat mula memanfaatkan manfaat jintan ini.

Satu kajian juga telah dijalankan ke atas tikus yang mengalami masalah cirit-birit. Ekstrak biji jintan diberikan kepada tikus tersebut dan para penyelidik menyimpulkan bahawa ekstrak ini membantu menyembuhkan gejala cirit-birit.

4. Membantu Mengawal Gula Dalam Darah

Para penyelidik mengakui minyak jintan adalah agen hipoglikemik yang membantu dalam merawat diabetes. Ubat jintan ini berjaya membantu penghidap diabetes untuk menguruskan keadaan mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Haiwan diabetes dalam makmal kajian juga didapati mendapat manfaat daripada memakan jintan putih.

5. Memerangi Bakteria Dan Parasit

Minyak yang diekstrak dari biji jintan telah digunakan sebagai larvaida dan agen antiseptik yang berkesan. Minyak itu bahkan membunuh jenis bakteria yang tahan terhadap antiseptik lain.

Penyelidik percaya bahawa jintan putih boleh membantu membunuh bakteria berbahaya yang cuba menyerang sistem imun anda. Ini mungkin menjelaskan mengapa ia telah digunakan sebagai pengawet dalam makanan selama berabad-abad.

6. Mempunyai Kesan Antiradang

Bahan aktif dalam biji jintan mempunyai kesan antiradang, antiseptik. Ini bermakna bahawa jika anda mengalami kesakitan atau keradangan, jintan dalam makanan anda dapat mengatasi masalah ini. Minyak pati jintan putih sahaja tidak mempunyai sifat anti-radang.

Tetapi biji jintan itu sendiri mampu mengurangkan rasa sakit dan keradangan dalam kajian makmal yang dilakukan pada tikus.

7. Membantu Menurunkan Kolesterol

Hipolipidemik adalah bahan yang membantu badan anda mengawal kadar lemak tinggi yang membahayakan jantung dan tahap kolesterol. Ia dianggap mempunyai sifat hipolipidemik. Makanan tambahan serbuk jintan yang dicampurkan dalam yogurt mampu membantu mengurangkan kolesterol.

Dalam satu kajian, sekumpulan orang yang menghidap kolesterol tinggi mendapat hasil yang baik setelah memakan jintan putih.

8. Membantu Penurunan Berat Badan

Beberapa pengkaji berkumpulan telah mengkaji cara rempah ini membantu menurunkan berat badan. Lebih banyak penyelidikan dijalankan dan tetapi hasil kajian ini sangat menyakinkan.

Wanita berlebihan berat badan yang diberi serbuk jintan putih serta makan makanan yang sihat menunjukkan perubahan positif dalam statistik berat badan dan vital mereka.

Oleh itu, setelah mengetahui 8 khasiat ini marilah sama-sama kita mengamalkan pemakanan yang berasaskan jintan putih agar kita memperolehi khasiatnya yang mampu memberi kesan positif kepada tubuh badan.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/cumin-benefits#benefits

https://www.sciencedirect.com/topics/agricultural-and-biological-sciences/cumin

error: Content is protected !!