Kobis bunga merupakan antara sayuran yang mempunyai banyak khasiat. Ia juga termasuk didalam kategori keluarga Cruciferae atau dikenali sebagai keluarga Brassicaceae.
Dimana sayur-sayuran yang di dalam klasifikasi ini mempunyai tinggi fiber dan Vitamin-B. Ia juga mengandungi antioksidan dan juga fitonutriens yang dapat mengelakkan diri dari menghidap penyakit kanser. Kobis bunga juga mempunyai fiber yang boleh merangsang pengurangan berat badan dan juga pencernaan makanan.
Tambahan pula ia mempunyai choline yang berguna untuk pembelajaran dan memperkuatkan ingatan. Terdapat banyak khasiat yang menjadi tanda tanya. Berikut merupakan 8 khasiat kobis bunga yang ramai tidak tahu.
Kobis Bunga
Pencernaan
Kobis Bunga mengandungi tinggi kandungan air dan juga fiber. Kedua-duanya merupakan elemen yang sangat penting untuk mengelakkan dari terkena sembelit, mengekalkan saluran pencernaan kekal sihat dan juga mampu mengurangkan risiko dari seseorang itu dari menghidap kanser kolon.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan pemakanan fiber mampu mengatur imun dan inflamasi didalam tubuh badan manusia. Hasilnya, ia mampu mengurangkan risiko keradangan seperti diabetes, kanser, obesity dan penyakit kardiovaskular.
Kanser
Kobis Bunga mengandungi antioksidan yang mampu mengelakkan mutase selular dan mengurangkan tekanan oksidatif dari radikal bebas.
Saalah satu antioksidan ialah indole-3-carbinol atau I3C, kebiasaannya dijumoai didalam sayuran cruciferous seperti kobis, brokoli dan kobis bunga. Telah dibuktikan ia mampu mengurangkan risiko menghidap kanser payudara dan reproduktif untuk lelaki dan wanita.
Sumber Antioksidan yang Baik
Kobis Bunga mempunyai jumlah vitamin C yang sangat tinggi iaitu memainkan peranan sebagai antioksidan. Ia sangat memainkan peranan sebagai anti-keradangan yang mampu meningkaykan imun badan dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.
Ia juga mengandungi Karotenoid dan Flavonoid antioksidan dimana ia merupakan anti-kanser yang mampu mengurangkan risiko dari terkena beberapa penyakit termasuklah penyakit jantung.
Kobis bunga juga antara sayuran yang kaya dengan antioksidan termaasuklah jenis antioksidan yang mampu mengurangkan tekanan oksidatif. Secara ringkasnya, tekanan oksidatif berlaku apabila ketidakseimbangan antara penghasilan radikal bebas yang merosakkan sel dan juga kemampuan badan untuk menghadapi kesan buruk dimana ia termasuklah penyakit yang berisiko dan penuaan pramatang.
Menguatkan Tulang
Pengambilan rendah dalam vitamin K telah mengakibatkan risiko yang tinggi untuk menghidap osteoporosis dan patah tulang.
Vitamin K dapat meningkatkan kesihatan tulang dimana ia memainkan peranan dalam mengubah protein matirks didalam tulang. Ia juga dapat meningkatkan penyerapan kalsium dan mengelakkan penyingkiran kalsium didalam kandungan urin.
Membantu Penurunan Berat Badan
Kobis Bunga mempunyai beberapa bahan yang dapat menolong dalam pengurangan berat badan.
Pertama sekali, ia rendah kalori dimana secawan kobis bunga hanya mengandungi 25 kalori . Jadi anda boleh makan dalam kuantiti yang banyak tanpa perlu risau akan berat badan anda.
Ia juga boleh menggantikan makanan yang tinggi kalori seperti nasi dan gandum.
Memandangkan ia ada sumber fiber yang baik, ia mampu melambatkan pencernaan dan ia membuatkan perut kita terasa kenyang. Secara automatiknya ia dapat mengurangkan jumlah pengambilan kalori yang anda makan dalam sehari yang juga merupakan factor penting dalam penurunan berat badan.
Mengandungi kandungan air yang tinggi juga antara cara untuk mengurangkan penurunan berat badan dan kobis bunga mempunyai ciri tersebut. Secara faktanya ia mengandungi 92 % kandungan air didalamnya. Pengambilan rendah kalori dan air yang banyak mampu merangsangkan penurunan berat badan.
Melawan Penuaan
Beberapa kajian menunjukkan bahan semulajadi didalam kobis bunga seperti sulforaphane dapat mempengaruhi gen yang mampu melambatkan biokimia dalam proses penuaan. Kobis Bunga mempunyai kompaun yang dapat melindungi otak dan fungsi sistem saraf dan juga melambatkan penuaan yang berkaitan dengan penurunan kognitif.
Mengandungi Choline yang Tinggi
Choline antara nutrient yang terdapat didalam kobis bunga. Ia amat bagus dalam membentuk perkembangan otak kita dan juga ia mampu mencegah kolestrol terkumpul didalam hati.
Mereka yang tidak mengambil makanan yang tinggi dengan nutrient choline boleh mendapat risiko yang besar dalam terkena penyakit jantung dan hati.Malah mampu membawa kepada masalah neurologikal yang mampu membawa kepada penyakit dementia atau Alzheimer.
Mudah Dijadikan Bahan Diet
Kobis bunga ni bukan saja versatile malah mampu ia amat mudah untuk dijadikan antara bahan dalam menu diet anda. Kerana, kobis bunga boleh sahaja disediakan dan dimakan secara mentah dimana ia hanya perlukan sedikit masa sahaja untuk disediakan.
Jika anda tidak suka makan secara mentah, anda boleh juga memasaknya dengan pelbagai cara antaranya dengan mengukus, memanggang atau secara saute. Ia juga lebih sedap apabila kita dapat menggabungkan kobis bunga didalam masakan seperti sup, salad, sayuran campur dan sebagainya.
Bila kita lihat kembali, terdapat banyak khasiat yang terkandung didalam kobis bunga yang dimana ia sangat dapat membantu meningkatkan kadar kesihatan dalam tubuh badan kita. Ia merupakan sumber nutrient yang baik dan juga pelbagai nutrient yang diperlukan oleh maanusia.
Tambahan pula, kobis bunga memngandungi antioksidan yang sangat unik, bukan ssahaja unik malah ia memainkan peranan penting dalam mengurangkan keradangan dan juga dapat melindungi dari terhidap beberapa penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
Malahan juga ia amat mudah untuk kita tambah didalam pengambilan makanan. Bukan sahaja sedap dengan rasanya yang rangup dan segar namun ia juga senang untuk disediakan dan juga dapat menggantikan beberapa resepi makanan yang mempunyai kalori yang tinggi.
SUMBER:
https://www.medicalnewstoday.com/articles/282844
https://www.healthline.com/nutrition/benefits-of-cauliflower