Makanan viral juga merupakan makanan yang kerap menjadi buruan ramai. Tertanya-tanya apakah makanan viral di Malaysia yang boleh dicuba? Negara kita Malaysia merupakan negara yang kaya dengan pelbagai jenis genre makanan.
Dari makanan Barat, Thai, masakan kampung, makanan Cina, India, Baba Nyonya, semuanya ada. Jelas menunjukkan variasi genre yang boleh didapati di sini dari pelbagai kaum di Malaysia. Mari kita ketahui 8 makanan viral yang bakal dikongsi di bawah ini.
- Bubble Tea / Boba
Fenomena bubble tea atau lebih dikenali sebagai boba mula viral sejak beberapa tahun lepas. Kegilaan dari ramai peminatnya terhadapnya terbukti apabila ada banyak cawangan kafe yang menyediakan boba yang boleh didapati di seluruh Malaysia.
Suatu ketika di mana SS15 yang terletak di Subang Jaya boleh dikatakan sebagai lorong boba dek kerana lambakan kedai boba yang boleh didapati di situ. Antaranya ialah The Alley, Daboba, Xing Fu Tang, JLD Dragon dan banyak lagi.
- Oden dari Family Mart
Oden merupakan makanan yang berasal dari Jepun. Ianya selalunya menggabungkan bahan-bahan seperti fishcakes bersama kuah yang pedas rasanya di dalam mangkuk kecil. Oden mula terkenal semenjak Family Mart, sebuah kedai serbaneka dari Jepun mula beroperasi di Malaysia. Sejak ianya dihidangkan, ianya mendapat sambutan yang cukup hangat daripada orang kita. Tidak menghairankan kerana oden sememangnya lazat dengan sup tomyam dan ayam yang sesuai dengan cita rasa orang kita juga.
- Milo Kepal
Memang tidak asing lagi, Milo ialah makanan atau minuman yang manis memang menjadi kegemaran orang kita. Buktinya, kebanyakan makanan atau minuman yang viral memang manis-manis belaka. Salah satunya ialah milo kepal. Milo kepal sudah mula terkenal sejak beberapa tahun yang lepas lagi, namun ianya masih lagi terkenal sehingga kini. Singgah sahaja di mana-mana gerai atau di pasar malam, pasti ianya ada dihidangkan. Lebih enak jika ianya pekat!
- French Toast
Bagi penggemar roti panggang, tidak ada salahnya jika mencuba makanan viral yang bernama French Toast ini. Tekstur yang lembut dengan perpaduan keju bisa dibuat dengan bahan sederhana. Sangat sesuai untuk yang malas masak masakan yang beria. French Toast merupakan salah satu jenis makanan roti bakar dengan model terbaru. Hal yang membezakannya dari roti bakar pada umumnya adalah French Toast dilumuri susu terlebih dahulu kemudian dibakar. Setelah matang, French Toast akan ditambahkan sirup dan gula. Bahkan, buah-buahan juga boleh dikombinasikan sebagai topping pelengkap dalam penyajiannya.
- Banana Nugget
Olahan pisang satu ini memang sedang viral di media sosial. Nugget yang berbahan menggunakan dasar buah pisang dilumatkan lalu dicampur dengan tepung, telur, dan dilumuri tepung panir kemudian digoreng menjadikan ia ranggup sekali. Banana Nugget banyak diburu masyarakat. Kerana memang cita rasanya yang khas dan lazat malah sesuai untuk disantap dengan teh pada waktu hujan atau malam hari.
- Rice bowl
Makanan rice bowl ini memang sudah popular dari tahun sebelumnya, namun di tahun ini, rice bowl sepertinya masih menjadi salah satu jenis makanan terkini yang digemari kerana kepraktisannya. Rice bowl sendiri merupakan nasi dengan pelbagai side dish yang menarik selera sesuai dengan nasi campur yang ditempatkan dalam sebuah mangkuk. Makanan ini juga banyak di pasarkan melalui layanan pesan hantar sehingga kita boleh memilih rice bowl dengan side dish yang kita inginkan. Selain rasa yang nikmat dan praktis, rice bowl juga memiliki tampilan yang estetis untuk foto Instagram.
- Cheese ball
Memang sesuai amat bagi kamu para pencinta keju, maka jangan ketinggalan untuk dapat merasakan nikmatnya cheese ball yang menjadi salah satu makanan kekinian 2021 yang saat ini tengah digemari banyak orang. Seperti namanya, makanan ini merupakan bola-bola keju yang memiliki tekstur garing di luar dan meleleh didalam. Keju yang digunakan biasanya adalah keju mozarella yang ketika digoreng akan cair dan rasa penuh krim dan menyenyangkan sesuai untuk makanan teh hidangan anda.
- Dessert box
Para penggemar pencuci mulut makanan manis, tentu tidak asing dengan dessert box yang merupakan kudapan manis modern yang terkini. Seperti namanya, dessert box merupakan makanan penutup sejenis cake yang super lembut yang ada di dalam kotak makanan yang transparent. Berbeza dengan dessert biasa yang disajikan di piring, dessert box ini terus dimakan dari bekasnya. Makanan penutup yang diletakkan dalam kotak transparent ini biasanya terdiri dari beberapa lapisan seperti kek sponge, krim lembut, dan pelbagai topping lainnya. Cara makan dessert box ini juga sangat praktis sehingga boleh dibawa kemana-mana untuk dinikmati anda.
Begitulah senarai serba sedikit untuk makanan viral versi sekitar 2021 sejak tahun kebelakangan ini. Semoga anda boleh jadikan rujukan untuk mencubanya di masa lapang anda.
Sumber :