Now Reading
8 Manfaat Pudina Yang Anda Perlu Tahu

8 Manfaat Pudina Yang Anda Perlu Tahu

pudina

Ada yang tak gemarkan rasanya, ada juga yang menikmati baunya. Pudina sememangnya mempunyai khasiat yang sangat banyak. Tetapi, tidak ramai yang benar-benar mengetahui manfaatnya.

Dalam dunia aromaterapi, pudina memberikan rasa segar dan boleh membantu mengurangkan tekanan dan menyegarkan minda. Dengan menambahkan pudina di dalam sehidangan minuman kegemaran, rasa sedih dan kemurungan dapat dibendung dengan segera.

Sebenarnya, masih ramai yang tidak tahu manfaat pudina. Ia sebenarnya lebih dari sekadar daun yang ditambahkan di dalam makanan dan minuman untuk mendapatkan bau dan rasanya.

Mari kita lihat 8 manfaat pudina yang anda perlu tahu seperti yang kami kongsikan di bawah ini.

1. Meredakan gangguan perut dan menjaga kesihatan mulut anda

Sifat pudina sendiri ialah anti-radang, kerana itu penggunaan pudina sangat baik membantu meredakan keradangan perut dan melegakan gangguan pencernaan.

Pernah tertanya kenapa bau ubat gigi seakan daun pudina? Ia kerana daun pudina digunakan secara meluas dalam penghasilan produk kerana sifat pudina yang antibakteria.

Ia menghalang pertumbuhan bakteria dan membersihkan mendapan bau pada gigi anda dan menghilangkan nafas berbau, menjaga mulut dan gigi anda secara semula jadi sihat.

2. Memperbaiki sistem ketahanan badan

Ia juga melindungi sel anda dari sebarang kerosakan, sehingga mengurangkan risiko penyakit kronik.

Daun pudina kaya dengan fosfor, kalsium dan vitamin seperti C, D, E dan A yang meningkatkan sistem ketahanan badan.

3. Membantu melicinkan kulit wajah

Kerana sifat anti-radang dan anti-bakteria, daun pudina dapat membantu menenangkan kulit dan terbukti bermanfaat untuk merawat jerawat.

Daun pudina mengandungi kadar asid salisilat yang tinggi yang terkenal untuk memerangi jerawat dan noda.

4. Mengurangkan rasa loya, mengurangkan kerengsaan alahan, selsema dan asthma

Ini masalah yang selalu dihadapi oleh calon ibu pada awal trimester pertama kehamilan. Daun pudina mampu melegakan rasa mual kerana baunya yang segar dan kandungan enzim yang tinggi dalam menghilangkan gangguan perut.

Asid rosmarinic dalam daun pudina boleh melegakan rasa alahan dan sesak nafas. Ejen ini menyekat sebatian penghasil alahan, membantu orang yang menderita alergi dan asma.

5. Membantu anda menguruskan tekanan

Aroma pudina sangat menenangkan dan boleh digunakan dalam aromaterapi untuk mengatasi tekanan. Aroma pudina membantu menenangkan otak dan badan dengan menenangkan fikiran.

Pudina bersifat adaptogenik. Ia membantu mengatur kadar kortisol dan membina daya tahan semula jadi terhadap tekanan.

6. Membantu mengurangkan berat badan

Daun pudina memainkan peranan penting dalam menurunkan berat badan dengan cara yang sihat. Kerana sifat pudina itu melancarkan pencernaan dan meningkatkan metabolisme badan, ia sangat sesuai digunakan untuk membantu menurunkan berat badan.

Teh pudina contohnya ialah minuman bebas kalori yang menyegarkan untuk menggalakkan penurunan berat badan.

7. Membantu mengurangkan kesakitan semasa menyusu

Ibu yang menyusu biasanya mengalami puting susu yang sakit dan retak, menyebabkan menyusu menyakitkan dan sukar.

Bukti menunjukkan bahawa penggunaan minyak pati pudina sangat berguna dalam meredakan kesakitan dan menyembuhkan sakit dan puting.

8. Meningkatkan daya kemampuan otak

Daun pudina adalah tonik otak. Menurut pelbagai kajian, pengambilan pudina dapat meningkatkan kewaspadaan dan fungsi kognitif. Daun pudina dapat meningkatkan daya ingatan dan kewaspadaan mental.

Pudina terbukti lebih daripada hanya daun yang dicampurkan dalam teh atau masakan anda supaya berbau wangi dan segar. Manfaat pudina pada kesihatan tubuh badan juga tidak diragui lagi dan telahpun dibuktikan oleh ramai penyelidik di dalam dan luar negara. Oleh itu, selepas ini bolehlah anda gunakan pudina untuk perkara-perkara lain yang memberi manfaat kepada kesihatan anda kan.

Source

https://www.healthshots.com/healthy-eating/superfoods/8-powerful-benefits-of-mint-leaves-you-cant-ignore

https://www.medicalnewstoday.com/articles/275944

https://www.healthline.com/health/benefits-of-peppermint-oil

error: Content is protected !!