Kolombong, Food City merupakan medan selera aneka pilihan yang terpanjang di Kota Kinabalu, Sabah sejak lebih 10 tahun yang lalu.
Menariknya di sini, terdapat banyak gerai – gerai yang menjual pelbagai jenis makanan. Dikatakan makanan – makanan di sini beraneka macam dari pelbagai jenis negeri.
Antara gerai yang menjadi tumpuan penduduk tempatan ialah Hui Kee Penang Char Kuey Teow, Nasi Lemak Ayam Goreng JB dan juga Rojak Buah Penang. Makanan – makanan di gerai ini kebiasaannya laris dijual bagaikan pisang goreng panas.
Nak tahu apa pilihan menarik yang ada di Kolombong Food City ini? Jom saya kongsikan 8 menu menarik dan sedap di Kolombong ,Food City.
1. Kuey Tiao Sup Penang (Non Halal)
Kuey Tio Sup Penang merupakan hidangan yang agak ringan namun rasanya enak sekali. Rasa supnya yang enak merupakan gandingan terbaik untuk kuey tiao yang lembut dan licin setiap suapan.
Hidangan ini juga disajikan bersama – sama daging cincang, bebola ikan, bebola daging, dan juga sayur – sayuran.
2. Bihun Hiong Tai
Bihun Hion Tai merupakan hidangan yang terdiri daripada bihun yang digoreng garing sehingga rangup dan juga berwarna perang keemasan.
Seterusnya, bihun ini akan dilimpahi dengan kuah enak yang dimasak dengan sayur – sayuran dan juga daging.
Sebaik sahaja bihun goreng tadi menyerap penuh perisa yang datangnnya dari kuahnya, anda akan dapat menikmati tekstur hidangan yang sangat lazat.
3. Sate Sepitang
Sate Sepitang merupakan menu baharu di Kolombong, Food City. Sate ini ialah hasil perapan yang mana bahan perapannya tertumpu kepada penggunaan serai.
Tanpa kuah untuk mencicahnya pun, rasanya sudah manis dan enak sekali. Apatah lagi ditambah dengan kuah kacangnya.
Bertambah – tambah lagilah kesedapannya.
4. Wor Tip
Kulit Wor Tip ini sangat rangup dan kenyal dalam masa yang sama. Inti daging cincangnya pula begitu banyak sekali.
Memang sungguh sedap dan membangkitkan selera.
5. Mi Seafood Tom Yam Nyonya
Gerai Nyonya merupakan tambahan baharu di Kolombong, Food City. Gerai ini menawarkan pelbagai masakan Nyonya.
Salah satunya ialah Mi Seaafood Tom Yam. Rasa hidangan ini yag masam dan juga pedas sangat membuka selera sesiapa yang ingin menjamahnya.
Lebih sedap lagi, tom yam ini dimasak dengan filet ikan, sotong dan udang yang buka sahaja segar bahkan juga lazat.
6. Pan Mee (Non Halal)
Pada sebelah malam anda boleh berkunjung ke Gerai Makanan Barat untuk mendapatkan hidangan Pan Mee dengan lauk ayam atau bebola ikan.
Jika anda memesan menu enak ini, anda akan disajikan dengan mi buatan sendiri, ikan bilis goreng, ayam cincang dan juga semangkuk sup ikan bilis.
Wah, bukan main lagi isi hidangan Pan Mee. Tentu rasa enak sekali.
7. Chinese Stir Fry (Non Halal)
Bagi penggemar makanan yang berasaskan Chinese Stir Fry seperti Mi Goreng Tuaran, Watanhor, Daging Masam Manis dan juga Mi Sup Ikan anda boleh berkunjung ke gerai Soon Cheong.
Anda tentu suka dengan aneka pilihan yang ditawarkan gerai itu.
8. Minuman
Kolombong, Food City juga ada menyajikan pelbagai jenis hidangan seperti jus buah – buahan, Leong Fun dengan susu, Barli Lemon dan banyak lagi.
Kebanyakan makanan di sini tidak halal dan tidak sesuai buat Muslim. Namun, Kolombong, Food City ada juga mempunyai beberapa pilihan gerai makanan yang halal.
Apapun Kolombong Food City ini bagaikan sebuah pesta makanan dengan deretan banyak gerai yang menyajikan hidangan yang tentunya sedap sekali. Lebih menarik lagi, anda akan dapat menemui makanan dengan pelbagai gaya masakan di sini.
Oleh itu, anda jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Kolombong, Food City ini. Lokasi ini beralamat di Kolombong Food city, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
*Gambar sekadar hiasan
Sumber:
http://www.everydayfoodilove.co/2014/10/food-city-kolombong.html
https://my.asiafirms.com/sabah/food-city-211812.html
http://www.everydayfoodilove.co/2010/04/soon-cheong-and-hui-kee-food-city.html
http://duniakuindahwarnawarni.blogspot.com/2012/09/resepi-keow-teow-thng.html
https://craftlog.com/en-sg/cooking/heong-tai-bee-hoon-fried-vermicelli-with-vegetables-3yYV5
https://web.facebook.com/Kolombongfoodcity/photos/pcb.3352197171488370/3352196224821798/
https://rasamalaysia.com/potstickers/
https://rasamalaysia.com/tom-yum-recipe/
http://www.everydayfoodilove.co/2010/05/food-city-pan-mee-kolombong.html
https://www.butterkicap.com/kitchen-lab/recipes/resepi-minuman-mudah-raya
https://my.worldorgs.com/katalog/kota-kinabalu/medan-selera/food-city