Kuala Terengganu terletak di hujung utara pantai timur dengan kapasiti penduduk lebih daripada 250,000 orang. Kuala Terengganu terkenal dengan pulau yang indah iaitu Pulau Redang.
Namun, bukan Pulau Redang sahaja yang menarik di Terengganu, sebenarnya ada banyak tempat lain untuk dikunjungi di Kuala Terengganu, menjadikannya tempat persinggahan walaupun anda bercuti untuk semalaman sahaja.
Jika anda ke Kuala Terengganu, sebenarnya terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda lawati di sana dan banyak juga perkara menarik yang boleh anda lakukan. Maklumlah, negeri Terengganu itu sendiri sudah banyak tempat yang menarik, apalagi bandar dalam daerahnya seperti Kuala Terengganu.
Berikut adalah antara beberapa perkara menarik yang anda boleh lakukan jika anda pergi bercuti ke Kuala Terengganu
1. Lawati Masjid Tengku Tengah Zaharah
Masjid Tengku Tengah Zaharah berada di sebuah pulau buatan yang dikelilingi oleh air kira-kira 4.5 kilometer ke arah tenggara pusat Kuala Terengganu dan masjid inilah yang terkenal dengan nama Masjid Terapung.
Masjid ini mempunyai reka bentuk tradisional Moor berwarna putih dan binaan ini tersergam indah pada setiap masa. Namun, waktu paling indah adalah ketika matahari terbenam. Anda pasti akan kagum apabila melihatnya!
Masjid ini dapat dilihat tersergam indah di atas air walaupun hanya dilihat dari jarak yang agak jauh. Menarik sangat kan?
2. Pelajari sejarah masyarakat Peranakan Cina di Rumah Warisan Teck Soon
Rumah kedai Chinatown dulunya dimiliki oleh Syarikat Perdagangan Teck Soon sebelum kini telah menjadi muzium sejarah yang mempamerkan budaya Peranakan Cina di bandar Kuala Terengganu.
Struktur bangunan ini dilukis dengan tiga warna biru. Yang paling best, masuk adalah percuma ya! Tak perlulah anda risau duit tak cukup kan. Percuma saja untuk melihat budaya masyarakat lain.
Jika anda ke sini, anda akan dapat melihat pelbagai budaya Peranakan Cina dari pakaian tradisional mereka sehinggalah barang-barang perhiasan yang selalu digunakan oleh masyarakat ini.
3. Membeli belah barang tempatan di Pasar Sentral
Memang tidak sempurna percutian ke Kuala Terengganu jika anda tidak berkunjung ke Pasar Sentral. Pasar Sentral adalah tempat untuk menikmati makanan tempatan, membeli buah-buahan dan pelbagai jenis batik dan kain tenun tempatan serta menikmati suasana yang meriah.
Tapi, kalau boleh datang pada hari selain hari jumaat ya, kerana banyak gerai akan ditutup pada hari Jumaat. Ini kerana hari Jumaat adalah hari cuti di Terengganu, tidak seperti di negeri-negeri lain yang cuti pada hari Sabtu dan Ahad.
4. Lawati Masjid Zainal Abidin
Satu lagi masjid yang boleh anda kunjungi adalah Masjid Zainal Abidin. Masjid ini lebih dekat dengan pusat bandar, iaitu anda boleh berjalan kaki sahaja dari Chinatown.
Masjid Zainal Abidin adalah salah satu tarikan pelancongan di Kuala Terengganu kerana binaanya yang indah. . Ia cukup dalam dengan 9 kubah yang membiarkan cahaya masuk dan tingkapnya pula berkisi cantik.
Yang bukan islam juga boleh masuk, cuma pastikan memakai pakaian bertutup dan tidak berpakaian menjolok mata ya.
5. Melihat keindahan Istana Maziah
Anda boleh melihat Istana Sultan dari luar semasa anda berjalan di Jalan Masjid Abidin. Ia terletak di sisi bukit berhampiran Pasar Pusat. Walaupun anda tidak boleh masuk ke dalam, anda masih boleh melihat keindahan binaan istana ini.
Istana Maziah ini sebenarnya adalah istana rasmi bagi Sultan Terengganu. Seperti yang dinyatakan ia terletak di sisi bukit dan nama bukit itu adalah Bukit Puteri.
Istana ini juga adalah tempat rasmi bagi apa-apa majlis penting seperti majlis sambutan hari jadi kerabat diraja Terengganu, majlis perkahwinan diraja, penganugerahan darjah oleh Sultan Terengganu dan ia juga adalah tempat tinggal bagi orang-orang kenamaan.
6. Terokai Pulau Duyung
Walaupun taman perumahan moden mula mengambil alih, masih ada rumah-rumah kayu lama yang didirikan di Pulau Duyung, membolehkan anda terasa seperti berada di kampung kecil semasa berkunjung di sini.
Dalam kata lain, rasanya anda seperti kembali ke masa lalu semasa berjalan-jalan di pulau yang terletak di muara berdekatan pusat Kuala Terengganu ini.
Selain itu, di sini anda boleh mengunjungi tempat kapal lama, iaitu tempat di mana kapal dibina menggunakan alat dan teknik yang lama.
7. Melawat dan melihat keindahan Masjid Kristal
Dirasmikan pada tahun 2008, Masjid Kristal tersergam indah dengan binaan yang terbuat daripada keluli, kaca, dan kristal yang berharga USD 80 juta. Masjid Kristal yang indah ini yang terletak di Taman Warisan Islam dengan kapasiti yang boleh menampung hingga 1500 orang dalam satu masa.
Selain Masjid Tengku Tengah Zaharah, Masjid Kristal ini juga adalah satu lagi masjid yang didirikan di atas air. Kecantikannya tidak dapat disangkal lagi, manakan tidak, ia dihiasi oleh kaca dan kristal sudah tentulah sangat cantik.
Kini, Masjid Kristal menjadi tempat pelancongan ikonik untuk dikunjungi di Kuala Terengganu dan sering menjadi perhatian para pelancong baik dari dalam mahupun dari luar negara.
8. Berbelanja di Wanisma Craft and Trading
Anda mencari cenderamata untuk dibawa pulang? Anda boleh membelinya di ke Wanisma Craft and Trading, Kuala Terengganu.
Barang-barang seperti batik bercetak tradisional, barang tembaga, kraf lelaki dan wanita boleh didapatkan di kedai ini. Harganya pula tentulah berpatutan dan anda juga boleh tawar-menawar dengan penjual di sini.
Selain berbelanja cenderamata untuk orang tersayang di rumah, membeli di kedai seperti ini sebenarnya merupakan kaedah yang baik untuk menyokong masyarakat dan budaya tempatan agak tidak hilang ditelan zaman.
Menarik bukan tempat-tempat di Kuala Terengganu? Jadi tidak usah pening-pening lagi untuk bercuti di mana. Pergi sahaja ke Kuala Terengganu bersama orang tersayang. Ia pasti berbaloi dengan masa, wang, dan tenaga anda. Selamat bercuti ya!
Sumber:
https://diveintomalaysia.com/things-to-do-in-kuala-terengganu/
https://outoftownblog.com/things-to-do-in-terengganu/
https://www.thecrazytourist.com/25-best-things-to-do-in-kuala-terengganu-malaysia/