Pantai Cahaya Bulan di Kelantan merupakan pantai rekreasi yang paling hampir dengan bandar Kota Bharu. Dan sekiranya anda bercuti ke Kelantan dan inginkan destinasi lepak tepi pantai sambil makan-makan, di sinilah tempatnya.
Lebih sinonim di kalangan warga setempat sebagai pantai dan dahulunya pantai ini diberi nama Pantai Cinta Berahi sebelum ditukar kepada Pantai Cahaya Bulan. Di sekitarnya pantai PCB ini, terdapat hotel dan resort serta juga medan ikan bakar yang sesuai sebagai destinasi tempat makan malam yang best di Kota Bharu untuk warga tempatan dan para pengunjungnya.
Maka jangan lepaskan peluang jika anda datang ke negeri ini maka sangat mencadangkan anda untuk dapat singgah kesini untuk melihat dan merasai sendiri suasana di Pantai Cahaya Bulan di Kelantan.
Bagaimana untuk ke Pantai Cahaya Bulan ?
Bas bernombor 10 dan teksi adalah cara biasa untuk pergi ke Pantai Cahaya Bulan dari bandar Kota Bharu. Perjalanan lebih kurang 20 minit. Sekiranya anda memandu sendiri, ambil laluan highway D1 dari Kota Bharu.
Aktiviti menarik apabila anda sampai di sana.
- Pemandangan waktu senja
Pantai ini sememangnya sangat sesuai untuk datang bersama keluarga dan anak-anak samaada untuk bermain air laut atau hanya sekadar untuk mengambil angin pantai serta menikmati pemandangan di waktu senja. Pantai ini bukanlah seperti di Pantai Cherating ataupun di Port Dickson yang terkenal dengan kawasan peranginan yang mana pengunjung boleh mandi pantai, bermain jetski dan seumpamanya. Pantai Cahaya Bulan ini lebih kepada tempat orang untuk rileks dan makan-makan di tepi pantai.
Kalau anda datang ke Pantai Cahaya Bulan bersama anak-anak, bolehlah bermain layang-layang. Orang yang menjual layang-layang pun ada beberapa di sini. Kalau nak ikutkan dari segi saiz, pantai ini tidak sebesar pantai lain.
- Aneka pilihan makanan santai
Di sepanjang pantai ini, terdapat banyak deretan warung-warung makan dan juga gerai-gerai. Seperti di tempat lain, hidangan makanan di sini lebih kepada santai-santai seperti goreng-gorengan, keropok, bebola, seafood celup tepung dan juga masakan panas. Kebanyakan peniaga di sini memang menyediakan makanan masakan panas yang sedap dan juga murah. Cuma anda perlu pandai memilih kedai makan yang bersih dan makanan yang baru yang mempunyai rasa tempatan di sini.
Kebanyakan kedai makan di sepanjang Pantai Cahaya Bulan ini meletakkan bebola-bola yang banyak di depan kedai sampai rambang mata dibuatnya. Kebiasaannya apabila ada yang membeli, barulah peniaga di sini akan panaskan balik.
- Pantai Cahaya Bulan memang tak boleh mandi
Dari segi penstrukturan dan permukaan pantainya di sini memang tidak sesuai untuk pengunjung mandi-manda, tambahan pula ombak di sini memang kuat sekali. Kalau pada musim tengkujuh di antara Oktober-Desember setiap tahun, ombak dan angin akan berkali ganda kuatnya. Maka, ia adalah tidak sesuai untuk bermandi laut di sini demi keselematan semua. Anda akan lihat sajalah timbunan batu-batu besar di sepanjang gigi pantai yang bertujuan untuk elakkan hakisan pantai yang lebih teruk ketika musim tengkujuh. Kalau setiap hujung minggu iaitu Jumaat ataupun Sabtu, memang ramai pengunjung yang datang ke sini dan suasananya pun lebih meriah sebab ramai datang untuk bersantai dan berkelah di tepi pantai dengan menikmati angin laut yang sempoi-sempoi.
- Ada serba penginapan chalet & resort
Di sini memang terdapat beberapa hotel dan resort yang boleh anda menginap bersama keluarga. Antara penginapan yang disediakan di sini ialah Nurul Eki Heritage Hotel, Home Beach Village Resort, Perdana Resort dan PCB Resort. Disebabkan lokasi Pantai Cahaya Bulan ini tidak jauh dari bandar utama Kota Bharu dalam lingkungan 10km, maka destinasi penginapan di sini memang pilihan yang ideal. Tepi pantai, tempat makan petang pun banyak dan yang paling best, pada waktu malam anda boleh cuba makanan seafood di beberapa medan ikan bakar di sini juga.
- Makan-makan ikan bakar di tepi laut
Destinasi makan seafood yang popular di sekitar pantai ini ialah di Medan Ikan Bakar yang menjanjikan makan malam yang sangat best di tepi sungai. Kalau anda tinggal di salah satu resort atau hotel di Pantai Cahaya Bulan anda juga boleh ke beberapa tempat menarik di Kelantan terutamanya di Kota Bahru yang terletak tidak jauh untuk membeli souvenir tempatan di sini.
Selain pantai PCB, ada beberapa lagi destinasi pantai yang agak popular di Kelantan seperti Pantai Irama, Pantai Sri Tujoh dan Pantai Bisikan Bayu. Kebanyakan pantai di sini mempunyai ombak yang kuat dan tidak digalakkan untuk mandi manda terutama sekali musim tengkujuh.
- Main layang-layang
Disebabkan air yang derus dan bunyi ombak yang kuat ramai yang menikmatinya dengan bermain layang-layang sebagai aktiviti beriadah keluarga terutamanya dari golongan dewasa sehingga kanak-kanak. Secara keseluruhannya, waktu yang mungkin terbaik serta paling ramai pelawat datang ke sini ialah mungkin dari bulan April Hingga September kerana pada masa ini ianya suasana yang mungkin sentiasa baik dan tidak hujan. Pada masa ini juga, mungkin ramai pelancong sangat suka ke sini kerana mereka dapat merasai suasana panas di tepi pantai dengan seronoknya.
- Aktiviti menaiki kuda
Pada waktu senja, didapati ada juga aktiviti menaiki kuda yang disediakan di sini sepanjang pinggir laut ini sebagai aktiviti beriadah. Saya tidak begitu pasti bayarannya untuk aktiviti berkuda tetapi dapat lihat beberapa orang naik kuda berjalan tepi pantai ini sambal menikmati tiupan bayu laut ketika di sini. Dengan pemandangan di waktu petang yang amat menarik dan cantik. Memang best kalau ambil gambar di sini.
- Pasar Siti Khadijah
Setelah berkunjung ke pantai, anda tidak perlu mencari pasaraya kalau berada di Kota Bharu ini. Terdapat satu tarikan menarik yang berdekatan iaitu pasar yang cukup ‘legend’ di Kelantan iaitu Pasar Siti Khadijah yang menjual bermacam-macam barangan. Dari bahan basah, makanan tradisional hinggalah kepada barangan bukan makanan yang lain, macam-macam yang boleh anda temui di pasar 4 tingkat ni.
Seronok juga kalau sesekali berpeluang bersantai petang di Pantai Cahaya Bulan di sini. Saya pasti ramai penduduk sekitar Kota Bharu suka keluar petang merasai bayu laut di pantai ini. Walaupun kawasan pantai ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi-manda, tetapi ada banyak aktiviti lain boleh dilakukan di sini. Semoga anda dapat menikmati lawatan ke sini.
SUMBERÂ :
https://www.caridestinasi.com/pantai-cahaya-bulan-kelantan
https://www.malaysia-traveller.com/pantai-cahaya-bulan.html
https://www.tempatmenarik.my/pantai-cahaya-bulan-di-kelantan/