Now Reading
8 Produk Xiaomi Yang Terkini dan Terkenal

8 Produk Xiaomi Yang Terkini dan Terkenal

xiaomi

Xiaomi sedang menguasai dunia. Syarikat ini merupakan salah satu syarikat elektronik terbesar di dunia dan bersaing dengan syraikat lain seperti Samsung, Apple dan sebagainya. Xiaomi bermula dengan penghasilan telefon pintar dan sekarang sedang meneroka produk elektronik dan bukan elektronik yang lain.

Setiap tahun, Xiaomi akan meluncurkan produk baharu dan inovatif di pasaran. Kesemua produk yang dihasilkan sangat berkualiti dan berpatutan untuk dimiliki.

Berikut adalah 8 produk terbaharu dan terkenal yang perlu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

  • Xiaomi Mija Smart Streamer Oven

Produk ini merupakan produk terkini Xiaomi untuk projek pendanaan awam. Ketuhar ini dilengkapi dengan ciri-ciri pintar termasuk 1200 Watt kuasa untuk menyejat yang boleh menghasilkan stim.

Stim boleh dihasilkan dalam jangka waktu 30 saat dan berterusan selama 120 minit tanpa sebarang masalah. Anda hanya perlu menambah air ke dalam oven ini. Oven ini akan membantu dalam memudahkan penyediaan piza dan daging.

Kapasitinya adalah sebanyak 30 Liter yang dibahagikan kepada 3 bahagian ruang yang berlainan. Maka, anda boleh menjimatkan ruang dan masak pelbagai masakan dalam satu masa. Contohnya, sekiranya anda teringin untuk masa sayuran dan daging dalam satu masa yang sama, oven ini akan memudahkan urusan anda.

  • Xiaomi Mija EraClean Ultrasonic Cleaning Machine

Produk ini merupakan produk yang paling berguna ketika ini. Produk ini akan embunuh virus dan mikrob berbahaya. Malah, produk ini juga akan membantu menghilangkan kotoran degil yang susah untuk ditanggalkan.

Produk ini boleh membantu membersihkan pelbagai jenis barangan seperti gelas, permata, berus, alat perhiasan diri, barangan bayi dan pelbagai jenis barangan yang boleh dimuatkan di dalam bekas basuhan tersebut.

Tetapi, anda perlu memastikan bahawa barangan tersebut adalah kalis air kerana produk ini membersih menggunakan gabungan air paip, getaran berfekuensi tinggi sebanyak 45000Hz dan teknologi pembersihan 360 darjah stereo untuk membuang segala jenis kotoran degil, bau hapak dan mikrob.

Bekas pembersihan adalah padat dan boleh menampung pelbagai objek kecil dalam satu masa. Penggunaannya juga mudah kerana hanya memerlukan pengguna mengisi air dan menekan butang yang terdapat pada permukaan produk.

  • Roidmi NEX 2 Pro Cordless Vacuum Cleaner

Produk terbaharu Xiaomi yang direka dengan bentuk yang cantik dan ergonomik. Tetapi yang lebih menarik adalah cirinya yang mudah menghilangkan habuk dan kotoran.

Ciri futuristik dan minimalis yang dimiliki oleh produk ini memberi fungsi sebagai vacuum dan mop. Anda boleh menjimatkan masa dan tenaga serta tidak memerlukan sebarang peralatan tambahan.

Malah, produk ini juga menggunakan teknologi moden, memaparkan paparan waktu sebenar ketika berfungsi dan status yang terperinci ketika membersih. Paparan tersebut akan dipancarkan di skrin berwarna OLED.

Pembersih vacuum telah ditambahbaik jika dibandingkan dengan produk vacuum Xiaomi yang sebelum ini. Produk ini mempunyai prestasi yang kukuh, bunyi yang tidak kuat dan keupayaan bateri yang lebih tinggi.

Produk ini menggunakan BMS-X 2.0 bateri sistem di mana menggunakan 8 LG/Samsung lithium bater yang memberkalkan 70 minit kuasa dalam sekali cas. Keluasan tempat yang boleh dicapai sekurang-kurangnya adalah 450 meter per segi.

Malah, produk ini juga menggunakan Air-X 2.0 yang telah ditambahbaik agar lebih efisien untuk mengasingkan habuk dalam udara. Produk ini menggunakan 8 udara tornado untuk mengasingkan habuk daripada udara dan menyalurkannya ke bekas pengumpulan. Hal ini mengurangkan sedutan dan kehilangan kuasa.

  • Xiaomi BUD Juicer

Pengisar ini merupakan antara produk terbaharu Xaiomi juga. Produk ini akan memudahkan untuk anda menghasilkan jus pada setiap hari. Secara mudahnya, pengisar ini akan mengeluarkan kesemua air jus daripada sayuran dan buahan yang dikisar.

Pengisar ini terdapat 2 bekas yang akan mengasingkan jus yang telah diperah dan hampasan sayuran atau buahan yang dikisar. Produk ini memastikan 100 peratus jus buah yang tidak tercemar.

Untuk membersihkan pengisar ini, anda hanya perlu menuangkan air bersih ke dalamnya dan tekan butang ‘reverse’ untuk membesihkan secara automatik. Untuk melakukannya, anda hanya memerlukan kurang daripada 16 saat.

Untuk mengurangkan peruntukan masa yang digunakan untuk membuat jus, anda boleh masukkan keseluruhan buah ke dalam pengisar. Hal ini kerana diameter keluasan bukaan pengisar ini adalah 78mm. Tetapi jangan lupa untuk membasuh buah yang ingin digunakan.

  • Xiaomi Mi 11

Xiaomi Mi 11 merupakan flagship syarikat Xiaomi pada tahun 2021 yang mempunyai mod kamera yang baharu, teknologi skrin dan reka bentuk kamera belakang pada harga yang premium.

Telefon pintar ini membawa beberapa perkara yang dinaik taraf berbanding Mi 10. Ciri yang dinaiktaraf adalah paparan telefon pintar. Mi 11 mempunyai resolusi sebanyak 2.5K berbanding Mi 10 yang mempunyai resolusi sebanyak 2K sahaja.

Terdapat juga beberapa penaiktarafan yang lain seperti resolusi video secara automatik, mod skrin HDR, mod membaca dan pelbagai tahap kecerahan skrin.

Xiaomi Mi 11 mempunyai ciri ketipan 5MP telemacro untuk mengambil gambar secara dekat. Sangat mudah untuk digunakan dan mengambil gambar yang menarik.

  • Xiaomi Poco X3 NFC

Peranti ini mempunyai kuasa pemprosesan yang banyak, bateri yang tahan lama dan 120Hz skrin dengan harga yang rendah.  Terdapat beberapa perkara yang mungkin tidak disukai. Contohnya telefon terlalu besar dan kamera yang tidak berpatutan.

Tetapi, bagi pemain permainan video, peranti ini merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Peranti ini mempunyai pembesar suara yang besar, kuat dan skrin yang bagus. Dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 732 G yang mampu menampung permainan seperti Fornite.

  • Xiaomi Redmi Note 10 Pro

Redmi Note 10 Pro merupakan antara telefon pintar bajet yang boleh dibeli. Antara perkara yang menjadi tumpua adalah skrin yang menggunakan teknologi AMOLED dan 120Hz kadar ‘refresh’. Malah, mempunyai set kamera yang terbaik.

Xiaomi Redmi Note 10 juga adalah seperti telefon pintar yang lain yang mempunyai reka bentuk dan model ‘Pro’. Peranti ini agak besar kerana mempunyai berat sebanyak 193 gram dan ketebalan sebanyak 8.1 mm.

Peranti ini juga dilengkapi dengan HD+ beresolusi 1080 x 2400 dan disokong dengan HDR 10. Malah, peranti ini juga sangat cerah kerana menggunakan Spyder X yang diukur pada kadar 455 nit.

  • Xiaomi Mi 11 Ultra

Mi 11 Ultra mempunyai pakej yang sangat menarik daripada ‘spec’ dalaman, kamera yang berkuasa tinggi, paparan yang cantik dan mempunyai ciri ‘fast charging’.

Xiaomi Mi Ultra 11 sering diminati kerana kemeranya. Beratnya juga lebih 40 gram berbanding Mi 11 walaupun mempunyai paparan yang sama. Dari segi perlindungan, skrin dilindungi oleh Gorilla Glass Victus dan mempunyai kalis air yang diuji serta kalis habuk yang dijamin selamat walaupun ketika keadaan yang tidak diingini.

Sumber:

https://www.techadvisor.com/test-centre/mobile-phone/best-xiaomi-phones-3676710

https://www.techradar.com/news/best-xiaomi-phones

https://bestxiaomiproducts.com/best-xiaomi-products-you-must-buy/#0-top-xiaomi-products-2021

error: Content is protected !!