Adalah amat membosankan sekiranya memakan salad kosong saja sewaktu diet. Alangkah baiknya kalau boleh menyediakan makanan yang bukan saja resepi sihat tetapi sedap.
Itu sebabnya Kewpie merupakan cara paling mudah untuk menambah selera dalam pemakanan seharian. Ia adalah sos dressing yang sangat sedap untuk dimakan dengan apa sahaja. Selain itu, ianya juga sesuai untuk dijadikan sos untuk dicicah atau digunakan sebagai perapan. Dan yang paling penting ianya dijamin HALAL.
Terdapat 8 produk Kewpie agar anda tidak jemu menyediakan makanan yang sihat! Semua dressing ini akan dipaparkan bersama 8 resepi dibawah!
1. Spring Roll Ayam (Kewpie Roasted Sesame Dressing)
Bahan-bahan yang diperlukan sangatlah senang untuk ditemui di pasaraya berdekatan dengan rumah anda. Bahannya ialah pembalut kertas beras, sedikit lobak merah yang dicincang, salad ikut kemahuan anda, dada ayam yang direbus,
lada benggala merah yang dihiris dan semestinya Kewpie Roasted Sesame Dressing.
Untuk membuat chicken breast spring rolls ini, ada empat steps sahaja, yang penting inti kena padat dan bulat dalam spring roll. Tambahan pula, ayam sentiasa menjadi pilihan ramai dan memang sedap, anda perlu cuba resepi ini! Jika anda ingin mencuba resepi ini, sila klik disini untuk resepi penuh.
2. Ikan Pari Bakar (Kewpie Roasted Sesame Yuzu Taste Dressing)
Cubalah resepi Ikan Pari Bakar dengan Sos Bijan Yuzu Pedas Kewpie ini. Amat sedap dan penuh berkhasiat sebagai lauk waktu makan malam.
Rasa penat balik kerja dan perlu masak makan malam, tetapi inginkan makanan yang sihat? Kalau ada ikan pari yang segar dirumah, anda boleh cuba resepi ini. Ingin tahu resepinya? Sila klik disini.
3. Salad Buah Campur (Kewpie Thousand Island Dressing)
Snek paling sihat yang kaya dengan vitamin dan padat dengan rasa buah-buahan yang menyegarkan, lengkap dengan Kewpie Thousand Island Dressing! Bahan- bahan yang diperlukan hanyalah buah-buahan dan Kewpie Thousand Island Dressing.
Hidangan ini kurang dari 7 minit untuk disiapkan, anda boleh cuba dirumah jika inginkan snek ringan yang sihat serta bagus untuk kulit. Untuk mendapatkan resepi penuh, anda boleh klik disini.
4. Sos Keropok Lekor (Kewpie Caesar Dressing)
Bagi mereka yang rasa bosan nak makan keropok lekor dengan sos cili dan ingin membuat Sos Keropok Lekor di rumah. Bahan yang diperlukan untuk resepi ini adalah keropok lekor, salad, tomato ceri dan Kewpie Caesar Dressing.
Anda hanya perlu goreng keropok dan sediakan sos Kewpie Caesar Dressing. Selain sedap, ini juga dapat menjimatkan masa anda untuk hidangan minum petang. Anda boleh dapatkan resepi penuh dengan klik disini.
5. Hot Spicy Penne Pasta (Kewpie Hot Spicy Dressing)
Kali ini kita ada masakan yang pedas-pedas sikit pula, tapi masih mudah dan simple untuk buat, bahannya ialah pasta penne, daging salai dan bawang putih yang dihiris, bawang besar, cengkih, cooking cream, lada, minyak masak, parsley, keju parmesan dan Kewpie Hot Spicy Dressing.
Untuk membuat hidangan ini, ianya nampak seperti susah, tetapi hidangan ini boleh disiapkan dengan 4 cara sahaja. Jika anda teringin makan makanan yang
cheesy tetapi masih ingin kekalkan pengambilan makanan sihat, anda boleh cuba resepi ini. Baca resepi penuh disini untuk mengetahui cara-cara membuat Penne Pasta ini.
6. Salad Nasi Lemak (Kewpie Sesame Soy Sauce Dressing)
Kali ini pula, kita ada masakan yang ala-ala salad tetapi masih ada rasa makanan tempatan, iaitu Salad Nasi Lemak. Bahan-bahan yang diperlukan adalah kelapa segar yang dihiris, beras perang, timun jepun, kacang tanah, ikan bilis goreng, tomato yang dipotong dadu, sambal sedikit, telur rebus, dada ayam yang sudah dimasak, dan Kewpie Sesame Soy Sauce Dressing.
Klik sini untuk tahu cara-cara membuat Salad Nasi Lemak. Hidangan ini juga sesuai untuk mereka yang inginkan makanan yang seimbang untuk hidangan diet. Anda boleh campurkan kesemua bahan dan ianya siap untuk dimakan!
7. Salad Cendawan Bakar (Kewpie Black Vinegar Onion Dressing)
Bahan-bahan yang diperlukan untuk Salad Cendawan Bakar adalah sayur campuran, cendawan, kismis, tomato ceri, pecan dan Kewpie Black Vinegar Onion Dressing.
Bagi yang ingin makan sayur sahaja didalam satu hidangan, anda boleh mencuba hidangan salad cendawan bakar kerana ia tidak menggunakan minyak untuk digoreng. Sudah semestinya, ia sihat dan sedap untuk dimakan. Jom dapatkan resepi dengan klik disini.
8. Sayap Ayam Bakar (Kewpie Creamy Spices Dressing)
Bahan-bahannya adalah kepak ayam, daun parsli, limau dan Kewpie Creamy Spices Dressing.
Hidangan ini juga sihat untuk dimakan kerana kita menggunakan proses membakar ayam. Perapannya juga sedap dan anda hanya perlu tunggu 4 minit semasa proses perapan ayam. Ianya sesuai untuk dijadikan makan malam kerana cepat dan mudah. Anda boleh klik sini untuk mendapatkan resepi penuh di laman web kami, banyak lagi resepi mudah yang anda boleh cuba tau!
Sangat sihat, cepat dan mudahkan semua resepi ini? Senang juga untuk ibu-ibu yang ingin membuat bekal untuk anak dan suami. Menunya juga sangat simple, dan yang paling penting semua produk Kewpie ini adalah HALAL untuk digunakan. Disamping itu, semua hidangan ini dapat membantu keluarga anda mengamalkan pemakanan yang sihat, disamping menjaga diet yang seimbang. Kewpie dressing ini juga dapat membantu untuk membuka selera anda sekeluarga.
Nak cuba resepi-resepi ini? Belilah kesemua 8 dressing Kewpie di sini:
Nak beli di shopee? > Shopee
Nak beli di Lazada? > Lazada