Pantai Seafood merupakan sebuah restoran kasual yang menyajikan pelbagai menu masakan Cina dengan citarasa tempatan yang tentunya enak belaka.
Restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik seperti ikan hidup, pelbagai pilihan makanan laut serta hidangan dengan gaya masakan rumah. Menariknya di sini ialah saiz hidangannya yang besar.
Tarikan utama di sini ialah akuarium di ruang makan utama yang mempamerkan pelbagai ikan dan makanan laut hidup yang boleh dipilih sendiri oleh pengunjung.
Suasana restoran ini cerah dan meriah, dihiasi pula dengan skema warna biru, kuning dan merah serta cahaya terang yang menghasilkan suasana santai dan nyaman.
Restoran ini juga mempunyai banyak perincian kerja kayu dan bumbung atap yang membentuk suasana kampung yang santai.
Nak tahu apa menu – menu yang menarik di sini?
Jom saya kongsikan 8 sajian istimewa di restoran pantai seafood. Hidangan di sini berstatus tidak halal. Oleh itu, ia hanya sesuai untuk yang bukan Muslim sahaja.
1. Yee Sang Salmon
Siapa tak kenal menu istimewa ketika perayaan Tahun Baharu Cina ini? Mesti anda juga selalu nampak menu ini di kaca televisyen mahupun di internet kan?
Pantai Seafood juga ada menyajikan menu ikonik ini di restorannya. Yee Sang merupakan salad ikan mentah yang dihidangkan semasa perayaan Tahun Baharu Kalendar Lunar. Ia merupakan simbolik kepada membawa kemakmuran dan kemewahan di kepada pengunjung.
Semua orang di meja akan mengambil penyepit makanan mereka dan mula mengaul yee sang sambil memberi ucapan yang baik dalam bahasa Cina dan berharap semua orang mendapat kesejahteraan dan kesihatan.
Wah, menarik betulkan menu ini! Penuh tradisi yang unik.
2. Ikan Masak Nyonya
Ikan yang dihidang untuk menu ialah ikan Tilapia. Menu ini merupakan pilihan terbaik jika anda inginkan hidangan dengan harga rendah, berisi dan sedap.
Bintang utama dalam masakan ini ialah kuahnya. Ia penuh dengan rasa, sedikit pedas dan manis. Dihidangkan pula dengan nasi, memang terbaik.
3. Udang Mentega
Menu ini menyajikan udang yang rasanya rangup di luar dan kenyal di dalam. Ia disaluti pula dengan sos mentega yang sedap. Bukan sahaja sos menteganya sedap, malahan kuantitinya juga banyak , cukup untuk semua orang mengambilnya untuk dicampurkan ke dalam nasi.
4. Kangkung dan Kailan
Stail masakan kangkung ini bertekstur basah – basah. Jadi kalau anda seorang penggemar masakan kangkung gay aini, anda tentu sukakanya.
Rasa sayur kailannya juga sedap. Terdapat juga bahagian-bahagian yang garing dan ada juga bahagian yang senipis kertas. Masuk sahaja,cair di mulut.
5. Bihun Goreng dengan Sos X.O.
Bihun goreng ini dimasak baik dengan api yang sesuai. Oleh sebab itu, teksturnya masih kekal padat, tidak basah namun masih ada aroma asap yang datangnya dari api besar.
Manakala, sos X.O. pula memainkan peranan yang penting dalam menambahkan rasa ke dalam hidangan ini.
Kali pertama anda lihat hidangan ini, anda mungkin berfikir bahawa ia hanya suatu yang biasa – biasa.
Anda jangan tertipu.
Meskipun rupanya biasa namun rasanya luar biasa. Hidangan ini penuh rasa dan disajikan pula dengan sejumlah udang segar dan sayur tauge. Hidangan ini ringkas ini merupakan salah satu menu yang mesti dipesan jika anda ke sini.
6. Telur Foo Yung
Telur dadar dalam menu ini sangat lembut dan cukup padat. Versi telur dadar yang biasanya kita lihat ditambah dengan pelbagai bahan lain seperti sosej Cina, lobak – merah, selada air dan bawang.
Namun lain pula pada menu telur di Pantai Seafood ini. Ia lebih tertumpu kepada tekstur yang lembut dengan beberapa ekor kecil udang sahaja.
Buat penggemar menu telur, hidangan ini sangat disyorkan buat anda. Namun, mungkin ada jugayang berpendapat ia terlalu kosong dari segi rasa dan kosistensi.
Walaubagaimanapun, rasanya tetap enak untuk dinikmati tambah – tambah dengan teksturnya yang lembut gebu itu.
7. Udang Harimau dengan Wain Cina
Menu ini menyajikan udang harimau segar yang dikukus dengan wain Cina. Hasilnya sangat enak dan menyelerakan.
Keenakannya bermula apabila anda mula mengupas kulit udang, isinya kemerah – merahan,rasanya pula manis – manis.segar dan rangup setiap kali suapan.
Nak kesedapan berganda?
Jangan lupa hisap jus daripada bahagian kepalanya. Anda rugi kalau terlepas bahagian ini!
8. Pencuci Mulut
Pantai Seafood juga ada menyajikan hidangan pencuci mulut yang enak sebagai penutup hidangan: Antaranya:
- Pau Lotus
Rasa pau ini juga enak dan amat sesuai untuk dijadikan pencuci mulut di akhir hidangan. Inti pau rasanya manis manakala roti paunya pula bertekstur lembab dan lembut. Cukup terbaik sebagai penutup hidangan.
- Minuman Kelapa Laut dengan Longan
Minuman ini juga merupakan pencuci mulut yang sangat menyegarkan setelah menikmati pelbagai hidangan enak di Pantai Seafood.
Hidangan ini dibuat daripada Kelapa Laut Madu dan longan. Ia disajikan sejuk dan rasanya juga tidak terlalu manis. Sekali hirup, tentu segar sahaja rasa di tekak.
Wah, menarik bukan menu – menu di sini!
Restoran ini juga sesuai buat anda yang ingin bersantai tidak kira bersama – sama keluarga, rakan – rakan atau teman sepejabat. Di sini terdapat kemudahan bilik – bilik peribadi yang dilengkapi KTV.
Untuk menempah bilik – bilik ini, pesanan anda mestilah mencecah minimum RM 1000. Tempahan juga bergantung kepada kekosongan bilik.
Buat pengemar makanan laut jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba menu – menu di sini. Anda boleh ke restoran ini yang beralamat di Lot 13575, Jalan Cempaka PJU 6A, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
Selamat mencuba!
*Gambar sekadar hiasan
Sumber:
https://www.tableapp.com/restaurant/pantai-seafood-pj#/
https://thefoodbunny.com/2018/11/01/pantai-seafood-restaurant-ara-damansara-good-stuff/
http://food.malaysiamostwanted.com/photos/83899/steamed-redbelly-tilapia-nyonya-style
http://food.malaysiamostwanted.com/photos/116591/ying-yang-kai-lan
https://www.foodadvisor.my/selangor/pantai-seafood-restaurant-petaling-jaya/menu
http://www.voneats.com/2015/12/pantai-seafood-restaurant.html
https://www.sbs.com.au/food/recipes/prosperity-toss-yee-sang
https://tasteasianfood.com/egg-foo-young/
http://food.malaysiamostwanted.com/photos/192094/longan-sea-coconut-dessert