Seterika yang berkualiti pasti menjadi idaman bagi setiap suri rumah. Hal ini kerana, aktiviti menggosok baju pasti akan memakan masa yang lama sekiranya barang atau jenama yang digunakan tidak berkualiti. Zaman kini, terdapat beberapa jenis seterika yang memudahkan urusan harian para suri rumah. Antara model-model yang akan diperkenalkan adalah model elektrik, wireless dan stim.
Seterika juga bukan sahaja sering digunakan oleh suri rumah. Tetapi, kedai dobi, pengembara dan pelbagai lapisan masyarakat yang lain. Kadang-kadang, ia juga boleh dibuat sebagai hadiah. Tidak kisahlah hadiah kepada pengantin baru ke, kepada pasangan atau kepada teman-teman rapat yang berharga.
8 seterika yang patut disyorkan untuk dimiliki:
- Steamfast SF-717 Mini Travel Steam Iron
Namanya pun mini sudah pastilah ianya bersaiz kecil. Walaupun nampak kecil tetapi memiliki pelbagai ciri yang memudahkan seorang pengembara. Kalau anda seorang yang backpacker atau seorang yang bekerja selalu travel. Ini adalah perkakas yang terbaik untuk anda. Terdapat 2 jenis voltan yang memudahkannya dipakai di seluruh dunia tanpa memerlukan adapter. Tambahan, seterika ini memerlukan hanya 15 saat untuk menjadi panas.
- Philips Perfectcare Steam Generator Iron PLP-GC7808
Model Philips yang ini pula ringan walaupun nampak besar dan sangat selesa untuk digunakan. Mesra pengguna dan tidak akan menyakitkan tangan. Sering kali sukar untuk kita menentukan haba bagi setiap kain yang digunakan. Namun, ia mempunyai ketetapan haba automatik. Hal ini demikian, mudahlah bagi anda yang mempunyai pelbagai jenis pakaian dalam satu masa.
- Focus FC-221 Dry Iron
Focus FC-221 Dry Iron mempunyai 1000 watt untuk cepat panas serta mempunyai Teflon soleplate yang berfungsi untuk melindungi gosokan anda. Teflon soleplate menawarkan lapisan penebat antara plat besi dan kain. Ia membolehkan luncuran atau pergerakan lebih lancar di atas pakaian dan mengurangkan suhu kain, menjadikan penyetrikaan lebih mudah.
- Philips Dry Iron (Travel) HD1301/02
Model Philips Dry Iron ini merupakan solusi bagi mereka yang suka melancong dalam masa yang singkat. Sangat ringan menjadikannya mudah dibawa. Mempunyai lapisan tidak mudah lekat yang istimewa menyebabkannya mudah meluncur seperti mentega. Sekiranya anda perlu menghadiri kursus, temuduga atau memerlukan pergerakan perjalanan yang jauh dalam masa terhad alat ini adalah yang terbaik untuk anda.
- Morphy Richards Turbosteam Pro Ionic Steam Iron (MRD-303117)
Model jenama Morphy Richards ini mempunyai ciri failsafe yang menjadikannya selamat digunakan. Seterika ini akan terpadam secara automatik sekiranya dibiarkan di atas gosokan selama 1 minit. Ha! selepas ini sekiranya anda terlupa anda tidak perlu risau. Terutama bagi sesiapa yang sering ada perasaan was-was dalam setiap perbuatan contohnya da tutup plug ke belum, dah tutup api dapur ke belum. Peralatan ini mampu mengurangkan rasa was-was anda dan menyebabkan anda banyak membuang masa untuk check suis anda berkali-kali.
- Panasonic NI-E660SR Adjustable Steam Iron
Mempunyai ketetapan stim yang mudah laras, memudahkan penggunaannya. Stim tersebut bergantung kepada jenis kain gosokan yang digunakan. Jika anda penggemar jenama Panasonic, dan bercita-cita untuk mendapatkan penggosok kain yang tidak memeningkan kepala ada melaras penggunaan stim untuk digosokkan ke pelbagai jenis pakaian anda ini adalah salah satu solusi untuk anda.
- Philip Azur Lite GC5039/30
Philip Azur Lite GC5039/30 ini mempunyai ketetapan automatik untuk menukar suhu berdasarkan jenis kain gosokan anda. Mod stimya akan mengesan pergerakan seterika. Sekiranya seterika tidak bergerak, stim akan tertutup secara automatik. Wah bukan sahaja boleh menukar suhu secara mengikut jenis kain dan off sekiranya tidak digerakkan. Kepada kaum isteri boleh la memujuk suami anda untuk belikan alat hebat ini. Tetapi pastikan berpada-pada, sekiranya suami anda berkemampuan teruskan niat anda. Jika sebaliknya tidak mengapa mungkin anda boleh bersama-sama suami anda mengumpul wang untuk dapatkannya.
- Tefal Freemove Autoclean Steam Iron (FV9976)
Autoclean Steam Iron (FV9976) jenama Tefal tidak mempunyai wayar yang memudahkan pergerakan ketika menggosok. Masa yang diperlukan untuk seterika dicas dan menjadi panas adalah 20 saat. Ini memberikan masa yang cukup untuk menyesuaikan semula kain gosokan dan kembali menggosok.
SUMBER:
https://productnation.co/my/27373/best-clothes-iron-malaysia
https://productnation.co/my/5653/best-steam-iron-recommendations-malaysia