Sungai di Selangor merupakan lokasi perkelahan dan perkhemahan yang ideal untuk anda mendapat rehat seketika dari kesibukan bandar.
Anda jangan tak tahu, di Selangor banyak sungai – sungai yang panoramanya indah belaka. Sesuai untuk anda bersantai bersama – sama keluarga mahupun rakan – rakan.
Pecinta alam pun jangan lepaskan peluang untuk ke sini. Pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan, antaranya mandi air terjun, trekking hutan dan melihat keunikan flora dan fauna yang ada.
Anda teruja nak tahu di mana? Jom saya kongsikan 8 sungai di Selangor dengan panorama alam yang indah.
1. Sungai Chiling
Sungai Chiling ialah salah satu air terjun di Selangor dengan panorama yang indah dan luar biasa. Untuk ke air terjun ini, anda memerlukan kira-kira kurang satu jam berjalan kaki dan trekking.
Oleh itu, anda tak boleh takut nanti basah tau. Kena bersedia dengan jiwa pengembaraan gitu.
Sungai ini ialah bahagian dari Mahseer Fish Sanctuary yang diuruskan oleh Jabatan Perikanan Selangor dan Jabatan Perhutanan Selangor.
Sungai Chiling mempunyai tiga tingkat air terjun namun, hanya tingkat 1 sahaja yang dibenarkan masuk manakala dua tingkat lagi ialah kawasan larangan.
2. Sungai Pisang
Air terjun ini terletak di sepanjang Lebuhraya Karak. Untuk ke sini anda mesti memulakan trekking dari Jungle Lodge . Perjalanan akan mengambil masa sekitar satu jam.
Perjalanannya cukup mencabar dan tentu seronok buat penggemar alam. Anda akan menyeberangi beberapa sungai, melalui terowong yang terletak betul-betul di bawah Lebuhraya Karak serta akan mendaki melalui hutan yang berusia 100 tahun.
Lebih menarik lagi, anda juga boleh menikmati spa ikan. Spa ikan, apa tu?
Ini ketika melalui sungai, ikan-ikan di akan menggigit kulit mati anda dari telapak kaki anda.
3. Sungai Tekala
Sungai Tekala juga merupakan salah satu air terjun di Selangor yang menakjubkan. Ia terletak kira-kira 14km dari Semenyih, Hulu Langat.
Sungai ini ialah tempat percutian yang ideal untuk berkhemah dan bersantai bersama – sama keluarga atau rakan anda. Anda perlu berjalan kira – kira 10 minit sahaja dari pintu masuk untuk ke air terjun.
Bayaran masuk pun murah sahaja!
Hanya RM 2 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak. Tempat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang baik. Antaranya:
- gerai makan
- ruang solat
- bilik mandi
- gazebo.
Jika anda merancang untuk bermalam, anda boleh menyewa chalet atau tapak perkhemahan untuk mendirikan khemah anda.
4. Sungai Gabai
Sungai Gabai mempunyai suasana hijau yang menenangkan dan menyegarkan anda. Ia terletak di Taman Negeri Selangor dan merupakan kawasan yang popular dalangan kalangan penduduk tempatan untuk berehat sebentar dari kebingitan bandar.
Untuk ke puncak air terjun Sungai Gabai anda perlu berjalan di sepanjang jambatan kayu dan konkrit yang dibina di atas sungai. Kemudian, anda perlu menaiki tangga simen yang berdekatan dengan air terjun.
Di sini anda perlu bersedia untuk menikmati panorama puncak yang indah.
Anda takut ke puncak? Jangan risau.
Anda juga boleh ke kolam renang di kaki air terjun atau berjalan lebih jauh melewati hujung tangga untuk lebih banyak lagi kolam untuk anda mandi – manda .
5. Sungai Tua
Sungai ini merupakan kawasan air terjun yang terdiri daripada kolam untuk berjalan-jalan dan berenang, jeram, lata, dan air terjun yang hampir menegak,
Lokasi ini sangat sesuai untuk pelbagai jenis aktiviti seperti:
- berkelah
- mandi – manda
- barbeku
- berkhemah
Lokasi ini ditemui di Hutan Simpan Rekreasi Sungai Tua, yang seterusnya merupakan sebahagian dari Taman Negeri Selangor.
Lokasi bersantai semulajadi ini sangat digemari oleh penduduk tempatan kerana perjalanan menuju ke sini merupakan suatu pengembaraan yang indah dengan pemandangan hutan hujan dan Takungan Batu Dam yang indah.
6. Sungai Serendah
Air Terjun Sungai Serendah atau nama lainnya Templer Kai terletak 3 kilometer dari perkampungan orang asli yang dikenali sebagai “Perkampungan Orang Asli Serendah
Meskipun air terjunnya kelihatan kecil dan dangkal, namun air yang mengalir sangat sejuk dan menyegarkan untuk penduduk di situ.
Lokasi ini bukan sahaja indah malahan juga bersih. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk aktiviti berkelah ataupun berenang.
Uniknya di sini ialah mengenai kisah Perigi Tujuh. Lokasinya terletak tepat di persimpangan masuk air terjun. Ia merupakan tempat yang terkenal dan pasti menarik perhatian pengunjung kerana terdapat kisah tersendiri di sebalik tempat ini.
7. Sungai Kemensah
Air Terjun Sungai Kemensah atau lebih terkenal dengan nama Air Terjun Batu Asah terletak di Kampung Kemansah, Hulu Klang Selangor.
Destinasi ini sangat popular buat keluarga kerana menyediakan kemudahan untuk berkhemah seperti tapak perkhemahan dan lubang barbeku. Terdapat juga sebuah chalet yang bernama “Jeram Teratak Angah” yang sangat bagus untuk aktiviti berkelah.
Anak – anak anda sudah tentu akan merasai pengalaman yang cukup berbeza jika beraktiviti di sini.
Untuk anda yang meminati sukan lasak, di sini terdapat kenderaan All-Terrain Vehicle (ATV) yang sangat seronok dan mencabar untuk dibawa menjelajahi hutan tropika yang indah.
8. Sungai Kanching
Hutan Hujan Kanching atau dahulunya dikenali dengan nama Kanching Recreational Forest terletak di antara Rawang dan Kuala Lumpur. Di sini tempatnya Sungai Kanching ini mengalir.
Lokasi ini cukup popular pada hujung minggu dengan aktiviti seperti perkhemahan, berkelah, berenang dan trekking hutan. Hal ini disebabkan lokasinya yang ideal kerana terletak sangat dekat dengan bandar.
Hutan ini dikendalikan oleh Tourism Selangor, dan merupakan Kawasan bagi tujuh air terjun yang panoramanya sangat indah.
Lokasi ini juga sesuai untuk pemula aktiviti trekking hutan. Terdapat juga banyak spesies tumbuhan yang jarang ditemui di sepanjang laluan. Sepanjang perjalanan , anda juga mungkin akan menemui sekumpulan monyet yang sedang makan dan berayun dari pokok ke pokok.di habitat semula jadi mereka,
Bayaran masuk di sini juga sangat murah.
Hanyalah RM 1 seorang dan RM 2 lagi dikenakan untuk bayaran tempat letak kereta.
Wah, terbayang sudah betapa indahnya suasana hijau dan bunyi air yang mengalir di sungai – sungai ini.
Siapa – siapa yang tinggal di Selangor jangan lepaskan peluang ya untuk meneroka keindahan sungai – sungai di sini. Anda tentu berasa nyaman dengan suasana hijau semulajadi sungai sambil pula bersantai bersama – sama keluarga atau rakan – rakan.
Sumber:
https://selangor.travel/top-5-fascinating-waterfalls-in-selangor/
https://www.havehalalwilltravel.com/10-amazing-waterfalls-in-kl-selangor-for-a-refreshing-getaway
https://www.gayatravel.com.my/7-waterfalls-in-selangor-that-travellers-must-experience/
https://gokelah.com/2018/11/07/sungai-chiling-fish-sanctuary-kuala-kubu-bharu-selangor/
https://foursquare.com/v/sg-pisang-waterfall/4cdf4c76aba88cfad15148d7
https://www.malaysia-traveller.com/sungai-tekala.html
https://lurvealoevera.blogspot.com/2018/08/air-terjun-sungai-tua-ulu-yam.html
https://www.sueizza.com/2014/10/lepak-hari-minggu-sungai-kemensah.html
http://www.wom.my/gaya-hidup/hutan-lipur-kanching/
https://www.lagendapress.com/nikmati-udara-sejuk-di-air-terjun-serendah/
http://www.yanty.my/2015/05/dari-air-terjun-sungai-gabai-ke-pantai.html