Tanda kolestrol tinggi dalam badan merupakan sesuatu yang perlu dibimbangi oleh semua orang. Tidak mengira umur dan saiz badan, kolestrol dalam badan mampu menjadi tinggi.
Kolestrol adalah bahan yang diproses oleh hati. Kolestrol merupakan bahan yang sangat penting untuk membentuk sel membrane, vitamin D dan sesetengah hormon.
Kolestrol adalah tidak larut air, maka tidak boleh dibekalkan ke seluruh badan. terdapat partikel yang dikenali seagai lipoprotein yang membantu kolestrol dibekalkan ke seluruh badan melalui saluran darah.
Terdapat 2 jenis lipoprotein iaitu Low-density lipoprotein (LDL) atau dikenali sebagai kolestrol jahat. Kolestrol jahat boleh terbentuk di dalam arteri yang menyebabkan masalah kesihatan seperti serangan jantung atau strok.
High-density lipoprotein (HDL) atau dikenali sebagai kolestrol baik akan membantu mengembalikan LDL kolestrol ke hati untuk dinyahkan.
Makan makanan yang terlalu banyak lemak akan meningkatkan LDL di dalam darah. Ini juga dikenali sebagai tinggi kolestrol atau hyperkolestrolemia atau hyperlipidemia.
Jika kadar LDL terlalu tinggi atau kadar HDL terlalu rendah, lemak akan terbentuk di dalam saluran darah. Keadaan ini akan menyukarkan pengaliran darah melalui arteri dan menyebabkan masalah kesihatan kepada hati, otak dan kemungkinan menyebabkan kematian.
Punca dan petanda tanda kolestrol tinggi
- Tekanan darah tinggi
Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, anda boleh mengalami kepenatan, kesukaran bernafas, pening kepala, masalah penglihatan, dengupan jantung yang tidak tetap dan sakit dada.
- Xanthomas
Lemak akan terkumpul dan membentuk ketulan di bahagian mata atau di bahagian bawah mata. Terdapat juga beberapa bahagian di tangan, siku dan lutut yang akan lebam.
- Bulatan kelabu-keputihan di sekeliling kornea
Menurut Institut Jantung, Hati dan Darah Kebangsaan Amerika Syarikat (NHLBI), sekiranya seseorang yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi akan terbentuk bulatan kelabu-keputihan di kornea.
- Angina
Agina adalah sakit dada yang menyebaban aliran darah semakin berkurang ke hati. Hal ini menyebabkan oksigen semakin berkurangan. Kesakitan akan memberi kesan kepada aktiviti fizikal dan emosi.
- Nausea
Nausea adalah ketidakselesaan di bahagian perut dan berasa ingin muntah. Nausea boleh menjadi permulaan untuk muntahkan kembali isi perut.
- Kebas atau kesejukan di hujung kaki
Kebas atau kesejukan boleh berlaku di beberapa bahagian tubuh badan. Kebas atau kesejukan juga boleh berlaku du satu bahagian badan sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan berasa sakit seperti dicucuk jarum halus.
- Kesukaran bernafas
Kesukaran bernafas menyebabkan ketidakselesaan ketika bernafas. Keadaan ini boleh berlaku secara tiba-tiba. Kesukaran bernafas sama ada nafas menjadi pendek boleh menjadi punca beberapa masalah kesihatan yang serius seperti kolestrol tinggi.
- Mudah penat
Kepenatan disebabkan kadar kolestrol yang tinggi sangat berbeza dengan kepenatan selepas bersukan. Hal ini kerana, oksigen dapat disalurkan ke seluruh badan menyebabkan lemah dan tidak bertenaga. Malah, kekurangan nutrisi juga menjadi punca mudah penat.
Berikut dikongsikan simptom atau tanda-tanda kolestrol tinggi. Apa-apa pun anda hendaklah pergi berjumpa dan merujuk doktor anda. Ini semuanya hanya input untuk memberi idea kepada anda semua. Semoga bermanfaat!
SUMBER:
https://www.healthline.com/health/high-cholesterol-symptoms#cad
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/symptoms-causes/syc-20350800
https://www.webmd.com/cholesterol-management/guide/understanding-cholesterol-problems-symptoms