Now Reading
8 Tarikan Utama di Underwater World Langkawi !

8 Tarikan Utama di Underwater World Langkawi !

underwater world langkawi

Underwater World Langkawi merupakan salah satu akuarium marin dan air tawar yang terbesar di Asia Tenggara. Wah, hebatnya!

Akuarium ini telah menjadi tumpuan pelancong sejak penubuhannya pada tahun 1995. Di sini anda boleh meneroka lebih 4000 hidupan akuatik daripada 500 spesis tanpa perlu basah sedikit pun. Ia terletak di Pantai Chenang, Langkawi Kedah.

Secara umumnya, tempat lawatan di Underwater World Langkawi terbahagi kepada beberapa zon. Setiap zon menyajikan anda pengunjung dengan keunikan pelbagai hidupan yang tinggal di situ.

Mengujakan bukan? Jom saya kongsikan kepada anda 8 tarikan utama yang berada di Underwater World Langkawi yang mesti anda kunjungi.

1. Zon Hutan Hujan Tropika (Tropical Rainforest Section)

Visit Malaysia: Underwater World, Langkawi - Kaki Jalans

Pengalaman melawat zon ini bagaikan anda sedang merentasi Sungai Amazon. Wah, jauh betul bunyinya!

Di sini anda dapat menyaksikan kepelbagaian habitat hutan hujan tropika seperti:

  • Burung Tropika: Swan, Flamingo dan Itik Mandarin
  • Ikan Tropika: Ikan Belida, Ikan Pacu, Ikan Temoleh, Ikan Kaloi Hitam dan beberapa spesis ikan Arowana.

Spesis burung udara mahupun darat, semuanya bebas bergerak di persekitaran yang hampir sama dengan habitat asal mereka.

Nak tahu apa yang lagi menarik?

Anda juga berpeluang untuk menyaksikan haiwan eksotik iaitu Anaconda Hijau yang beratnya mencecah 250 kg dan juga Capybara iaitu sejenis tikus yang terbesar di dunia! Wah, satu kesempatan yang tidak boleh dilepaskan ini!

2. Zon Iklim Sederhana (Temperate Section)

Underwater World Langkawi

Sampai di zon ini pula, anda boleh menyaksikan haiwan – haiwan yang tidak dapat kita temui di kawasan tropika ini.

Di sini, anda boleh menyaksikan gelagat comel anjing bulu selatan ketika waktu bermain dan makan mereka.  Anjing laut ini haiwan yang hebat tau! Mereka berkebolehan untuk menyelam sedalam 170 m selama 7 minit.

Semasa berehat di permukaan air pula, mereka banyak menghabiskan masa membersihkan diri. Kalau anda bertuah anda boleh melihat pelbagai gaya yang dibuat,anjing laut ini seperti melambaikan kedua- dua sirip belakang.

Tentu comel sekali kan!

Setelah puas melihat keletah lucu anjing laut, anda boleh berjalan – jalan melalui terowong bawah air sepanjang 8 meter untuk melihat Penguin Afrika pula.

Sambil berjalan, anda boleh menyaksikan gelagat spesis penguin ini di habitat natural mereka. Jika anda berada di sini sekitar 11 pagi dan 2:45 petang, anda berpeluang menyaksikan persembahan memberi makan kepada Penguin Afrika ini.

Tentu seronok!

3. Zon Sub – Antartik (Sub – Antartic Section)

Underwater World Langkawi

Selesai lawatan anda di Zon Iklim Sederhana (Temperate Section), anda akan berkunjung ke zon ini pula. Istimewa di zon ini, akan bertemu Penguin Rockhopper.

Penguin Rockhopper ini memiliki rupa yang ganjil dan merupakan spesis penguin jambul yang terkecil. Penguin ini melompat dari satu batu ke satu batu lain. Sesuailah dengan namanya kan, Rockhopper.

Anda juga boleh melihat gelagat mereka makan sekitar jam 11: 15 pagi dan 3 petang.

Seronokkan Underwater World Langkawi ini! Macam – macam hidupan yang kita jarang jumpa ada di sini.

4. Zon Ikan Air Tawar (Freshwater Section)

UNDERWATER WORLD LANGKAWI - FISHYOLOGY

Zon Ikan Air Tawar yang mempamerkan pelbagai ikan air tawar dan hidupan akuatik lain dari Asia Tenggara, Amazon, Afrika dan Australia. Antaranya seperti:

  • Jerung Bala
  • Pelbagai spesis Ikan Mas
  • Ikan Keli
  • Matamata
  • Ikan pari

Jika anda berkunjung ke sini, anda juga boleh menyaksikan koleksi penyu eksoti seperti Penyu Buaya, Penyu Albino dan Penyu Telinga Merah. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat Arapaima iaitu ikan air tawar yang terbesar dalam tangki pameran.

Bukan main eksotik lagi bukan? Dekat mana lagi anda boleh melihat spesis – spesis unik seperti ini kalau bukan di Underwater World Langkawi!

5. Zon Hidupan Marin (Marine Life Section)

Zon ini terdiri Tangki Heksagonal (Hexagonal Tank), Tangki Terowong (Tangki Terowong) dan banyak tangka kecil lain lagi yang menempatkan pelbagai spesis ikan, invertebrata dan krustasea.

Antara ikan yang menghuni Tangki Heksagonal yang berkapasiti 70,000-liter ialah Ikan Jerung Black Tip dan Ikan Jerung White Tip.

Di zon ini anda boleh menelusuri lautan dalam melalui sebuah terowong yang panjangnya 15 meter. Anda pasti teruja apabila memperoleh pengalaman dikelilingi oleh jerung – jerung, Ikan Kerapu Gergasi dan Pari Manta.

Wah, tentu seronok kan! Seakan – akan kita di laut dalam berenang bersama – sama hidupan akuatik gergasi ini.

Tangki – tangki lain pula menempatkan hidupan seperti Naga Laut, Ikan Singa, Kima Gergasi, Anemon Laut, Umang – Umang, Ikan Buntal dan banyak lagi hidupan laut yang menarik.

Tak terkiralah spesis marin di Underwater World Langkawi ini kan.  Macam – macam ada! Semestinya pengalaman yang sangat berbaloi jika berkunjung ke sini.

6. Zon Terumbu Karang (Coral Reef Section)

langkawi-underwater-world-langkawi-04

Buat anda yang tidak meminati aktiviti selam, namun teringin sekali melihat warni – warna terumbu karang. Nah, zon ini tepat untuk anda.

Zon Terumbu Karang (Coral Reef Section) ialah taman laut yang dihiasi ledakan warna – warna menarik terumbu karang. Ia menjadi rumah buat hidupan laut seperti:

  • Kima Gergasi
  • Ikan Damsel
  • Ikan Wrasse
  • Ikan Badut

Zon ini juga mempamerkan kepada anda akan keindahan hubungan simbiotik antara hidupan laut dan terumbu karang.

Romantiknya! Hidupan laut pun saling memerlukan antara satu sama lain tau!

7. Kolam Ikan Koi (Koi Pond)

10 Jenis Ikan Koi Termahal dan Terpopuler | BukaReview

Di kawasan ini aka nada laluan yang akan membawa anda ke sinar mentari dan sekali lagi ke suasana hangat tropika.

Setelah melalui jambatan kayu kecil, anda akan disajikan dengan bunyi air terjun yang mengalir ke dalam kolam ikan. Sungguh menenangkan jiwa dan raga.

Dalam kolam ikan, anda akan dapat melihat beberapa spesis ikan koi seperti Japanese Carp, Sultan Fish dan Cichlids.

Cantik belaka semuanya!

Jika anda ingin memberi makan kepada ikan – ikan ini, anda boleh membeli makanan ikan di kaunter tiket. Jangan sebarang – sebarang beri makanan ya! Kasihan, takut mati pula ikan – ikan itu nanti.

8. Pusat Pendidikan

Buat golongan pengkaji,profesional Underwater World Langkawi bukan sahaja menyediakan peluang untuk anda melawat hidupan – hidupan di sini. Ada lagi bonus yang disediakan untuk anda!

Nak tahu apa?

Anda boleh mendapatkan banyak lagi info melalui servis Pendidikan Akuarium yang menawarkan pelbagai program untuk pendidikan tinggi dan pengembangan pengajaran profesional.

Terdapat juga pelbagai buku, majalah dan jurnal tersedia di perpustakaan Underwater World Langkawi untuk rujukan anda.

Di sini, ada juga program pendidikan yang sesuai untuk kanak – kanak tau! Kanak – kanak boleh berseronok sambil belajar dengan menonton tayangan dokumentari 3D dan juga berkunjung ke laman interaktif. Orang dewasa pun boleh turut serta tau!

Wah, ini baru dikatakan sambil menyelam minum air. Sambil – sambil melawat hidupan menarik di sini, boleh juga menambah ilmu pengetahuan.

Setelah penat berjalan – jalan menikmati pemandangan indah pelbagai hidupan di akuarium, anda boleh berehat seketika di Kafe Neptune. Kafe ini bukan sahaja menyajikan masakan Malaysia bahkan terdapat juga masakan Barat.

Kalau anda mahukan snek ringan pun ada dijual di kafe ini.

Sebelum pulang, anda boleh membawa pulang buah tangan yang dijual di kedai cenderamata di Underwater World Langkawi ini.

Selalunya, apabila sebut sahaja Langkawi mesti ingat coklat. Kali ini, anda boleh mencuba suatu pengalaman yang lain pula dengan melawat Underwater World Langkawi!

Sumber:

https://www.family.my/m/underwater-world-langkawi-kedah

https://gadsventure.com/underwater-world-langkawi-number-1-attraction/

https://www.wonderfulmalaysia.com/attractions/underwater-world-langkawi.htm

https://www.arrivalguides.com/en/Travelguide/Langkawi/doandsee/underwater-world-langkawi-124112

https://www.kakijalans.com/2016/11/15/visit-malaysia-underwater-world-langkawi/

http://www.fishyology.com/2015/03/underwater-world-langkawi.html

https://www.tempahhotel.com/langkawi-tarikan/underwater-world-langkawi.html

https://review.bukalapak.com/hobbies/jenis-ikan-koi-100003

http://thesmith-house.com/langkawi-attractions/underwater-world-cenang-beach/

https://medium.com/@sayharosli/what-to-do-with-kids-in-langkawi-276c6143fb6f

error: Content is protected !!