Now Reading
8 Tempat Makan Kambing Bakar Yang Best di Lembah Klang

8 Tempat Makan Kambing Bakar Yang Best di Lembah Klang

kambing bakar

Kambing bakar memang sangat sedap dan digemari ramai. Dengan rasa rempah yang cukup dan daging yang lembut serta berjus, siapalah yang tak sukakannya.

Kambing bakar cukup dikenali di negara kita ini. Pergilah ke mana sahaja pasti anda akan jumpa menu kambing bakar yang sangat sedap ini.

Sekiranya anda berada di kawasan Lembah Klang, anda mesti nak cuba kambing bakar di tempat-tempat yang best kan. Masih tidak tahukah anda tempat makan kambing bakar di Lembah Klang yang patut dituju?

Jangan risau, berikut kami senaraikan 8 tempat jual kambing bakar di Lembah Klang yang berdekatan dengan harga yang berpatutan untuk rujukan semua.

1. Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar

Ini merupakan salah satu tempat makan di Shah Alam yang cukup terkenal – Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar.

Semestinya hidangan yang signature di sini ialah kambing bakar iaitu Kambing Bakar Sahara dengan isinya yang lembut, aroma yang harum serta kuah yang pedas membuatkan ramai pelanggan terpikat dan berkunjung berkali-kali untuk menu kambing bakar ini. 

Saiz hidangan juga besar dan jumlah daging juga banyak. Harganya sekitar RM 17 sahaja, sangat berpatutan!

Alamat: Persiaran Setia Utama, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 10 am – 11 pm

2. Kambing Bakar Kontena

Anda berada sekitar kawasan Setia Alam dan mengidamkan kambing bakar? Singgah sahaja di restoran Kambing Bakar Kontena.

Kambing Bakar yang berharga RM 16.90 ini bukan sahaja menyelerakan, malah saiz hidangan juga besar. Isi yang berjus menambahkan lagi keenakkannya dan kesegarannya dagingnya dapat dirasai. 

Restoran ini bukan sahaja mempunyai cawangan di Shah Alam, malah ianya juga mempunyai cawangan lain di Kampung Baru, KL.

Servis yang baik dari para pekerja serta ruang parking yang luas yang ditawarkan oleh pihak restoran ini juga turut dipuji ramai.

Alamat: No.1-GF, Seria 88 Business Centre, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 am – 11 pm

3. House Of Kambing MAEPS Ecofarm

Jika anda mengunjungi MAEPS, anda patut singgah menjamu selera di House of Kambing ini. Aroma kambing yang dibakar bukan sahaja sudah cukup untuk membuat anda terliur.

Saiz hidangan yang besar pasti menjanjikan kekenyangan buat anda. Menu yang diperap dengan begitu baik sekali, jadi semestinya kambing bakar di sini padu.

Restoran ini juga mempunyai pemandangan ladang yang cantik, memang menenangkan untuk menjamu selera anda di sini.

Alamat: Jalan MAEPS 4/1, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 11 am – 6.30 pm

4. Warong Saudagar Kambing Bakar

Saudagar Kambing, Jalan Kebun

Terbayang-bayangkan hidangan dengan cheese yang meleleh-leleh ini. Keterujaan di saat melihat keju yang ditarik Panjang. Inilah tempat yang dapat anda rasai ketika menikmati hidangan di Warong Saudagar Kambing Bakar.

Dengan pelbagai menu panas yang boleh anda cuba kalau datang ke sini antaranya adalah kambing bakar cheese leleh, chicken chop cheese leleh, beef cheezy fries, wings chicken cheezy dan banyak lagi.

Tempat yang besar and luas mampu menampung sehingga 400 pelanggan pada satu-satu masa. Tiada masalah untuk mencari meja kosong, tapi kalau nak lebih selamat, booking terlebih dahulu ya.

Alamat: Kampung Jln Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 2 – 10 pm

5. D’Boss Kambing Bakar Berapi @ Taman Meru

Port' Kambing Bakar Terbaik Sekitar Lembah Klang

Mendirikan gerai mereka bersebelahan Restoran Niarasa, ramai pelanggan mengunjung ke sini untuk memuaskan keinginan kambing bakar mereka.

Kambing Bakar di sini diperap dengan adunan bumbu dan rempah-ratus yang membuatkan rasa kambing bakar mereka cukup flavourful dan padu sangat.

Anda pasti akan kagum dengan kambing bakar yang sangat berjus dan menyelerakan dan ingin order lagi.

Alamat: D’BOSS Kambing Bakar Berapi, lot 2120, Jalan Meru, Taman Meru, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 8 pagi – 12 tengah malam (tutup setiap Isnin)

6. Nasi Kukus Sotong Besar @ Shah Alam

NASI KUKUS SOTONG BESAR | The Secrets I Keep U'll Never Know

Bagi peminat Nasi Kerabu dan daging kambing bakar, bolehlah berkunjung ke sini untuk merasa hidangan specialty mereka iaitu Nasi Kerabu Daging Kambing Bakar!

Hidangan ini lengkap dengan budu, sambal belacan dan kambing bakar black pepper yang lembut dan berjus.

Selain itu, anda juga boleh mencuba hidangan-hidangan lain seperti nasi kukus sotong besar, char kuey teow, bihun celup dan banyak lagi dengan harga yang amat berbaloi.

Alamat: Nasi Kukus Sotong Besar, no.1, Jalan Kemuning Prima G33/G, Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 12 tengah hari – 11 malam

7. Restoran Seri Keningau @ Shah Alam

Bagi mereka yang amat sukai masakan Indonesia dan juga masakan Thai, bolehlah kunjungi ke restoran ini! Menu yang semestinya anda wajib mencuba pasti ialah Nasi Kambing Bakar London mereka.

Ia dihidangkan dengan nasi serai mewangi, sambal kicap air asam dan juga salad segar, hidangan ini memang cukup padu dan sedap.

Selain itu, anda juga boleh mencuba nasi kapal karam mereka, yang merupakan nasi kerabu biru yang ditaburi banyak dengan pelbagai seafood segar seperti udang, ikan, ketam, lala dan lain-lain dengan harga yang menarik juga.

Alamat: Restoran Seri Keningau, no 28-A, Selangor, Jalan Pinang D 18/D, Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 8.00pagi- 10.30malam

8. AA Super Grill @ Shah Alam

FoodReview | Kambing Grill sedap Subang Bestari | Mimin Adam

Kalau anda ada yang on budget, tapi sedang mengidam kambing bakar, anda haruslah kunjungi ke restoran ini! AA Super Grill merupakan salah satu port Kambing Bakar yang paling popular dalam list ini yang sangat murah.

Mereka turut menghidangkan Daging Bakar mereka dengan roti, dan dilimpahi dengan sos merecik homemade black pepper.

Selain itu, jangan lupa cuba hidangan lain mereka juga seperti buttermilk olio, burger grill dan macam-macam lagi!

Alamat: Restoran Ideaa Station, Jalan Bazar U8/100, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 6 petang – 11 malam

Ada banyak lagi tempat port kambing bakar di sekitar Lembah Klang yang popular dengan daging berjusnya dan harga yang berpatutan dengan hidangan saiz yang besar, sesuai untuk hidangan seisi keluarga dan rakan-rakan anda. Selamat menjamu selera!

Source :

https://www.teamtravel.my/tempat-makan-best-di-langkawi-2/

https://saji.my/tempat-makan-best-menarik-di-langkawi/

error: Content is protected !!