Indonesia sangat terkenal dengan tempat menarik di Bali. Ini kerana Bali merupakan salah satu pulau pelancongan yang popular di seluruh kepulauan Indonesia.
Kacang tanah di gerai pinggir jalan, persembahan di tepi jalan yang sibuk dan permainan muzik gamelan tradisional merupakan antara keunikan Bali.
Walaupun terdapat kekacauan di kawasan pelancongan utama, namun pulau ini kaya dengan keindahan alam, dengan tarikan untuk setiap jenis pelancong.
Oleh itu, ayuh kita lihat 8 tempat menarik di Bali yang anda boleh kunjungi.
Gunung Batur
Setiap hari dalam kegelapan di Bali, beratus-ratus pengunjung memulakan perjalanan ke puncak Gunung Batur sejauh 1.700 meter untuk menyaksikan matahari terbit di atas pergunungan yang diliputi kabus tebal.
Laluan di Gunung Batur ini ditandai dengan baik malah agak mudah dan biasanya memakan masa lebih kurang dua hingga tiga jam sahaja untuk sampai ke puncak.
Pada hari yang cerah, pemandangannya sangat menakjubkan kerana mempunyai tasik yang indah di sekitar kawasan pergunungan yang menjadikan ia salah satu tempat menarik di Bali.
Kuil Tanah Lot
Kuil Tanah Lot merupakan antara salah satu mercu tanda terpenting di Bali, yang terkenal dengan persekitaran luar pesisir yang unik dan latar matahari terbenam.
Disini terletak sebuah kuil Hindu kuno yang menjadi ikon iaitu Pura Tanah Lot yang terletak di atas singkapan di tengah ombak yang terus menerus hancur.
Tapak darat di kompleks kuil Tanah Lot dihiasi dengan kuil-kuil yang lebih kecil bersama dengan kemudahan rekreasi pengunjung seperti restoran, kedai dan taman budaya di mana persembahan tarian biasa dilakukan di sini.
Oleh itu, jangan lupa singgah disini sekiranya anda melawat Bali.
Pusat Membeli Belah Seminyak
Bali sangat terkenal dengan pusat membeli-belah yang hebat yang mempunyai pelbagai rekaan pelbagai barang yang menarik.
Fesyen pereka canggih, pakaian renang, perhiasan, perabot, dan perkakas rumah adalah beberapa barang yang boleh anda beli di kedai-kedai dan gerai pasar yang sentiasa sibuk di sini.
Butik-butik yang terkenal disni seperti Biasa, Magali Pascal dan Bamboo Blonde menjual barang seni dan barangan rumah yang berwarna-warni serta unik. Manakala, Sea Gypsy adalah kegemaran pengunjung untuk membeli perhiasan.
Untuk makkuman anda, dua pusat membeli-belah utama adalah Seminyak Square dan Seminyak Village, tetapi anda mungkin akan mendapat tawaran yang lebih baik di kedai-kedai kecil yang terletak di jalanan.
Selain itu, Seminyak juga terkenal dan penuh dengan restoran dan galeri seni terbaik di Bali. Jika anda sudah siap membeli belah, jangan lupa untuk berhenti makan disini!
Tegallalang Rice Terraces
Tegallalang Rice Terraces menawarkan salah satu pemandangan terbaik yang boleh anda nikmati semasa berada di Ubud. Perkampungan Tegallalang terletak di utara dari pusat Ubud utama.
Di sepanjang jalan utama Jalan Raya Tegallalang, terdapat gerai-gerai di tepi jalan dan kedai-kedai seni yang menawarkan pelbagai jenis barang serta restoran-restoran kecil yang menawarkan makan tengah hari atau makan malam dengan pemandangan Ubud yang indah.
Ubud mempunyai sawah Tegallalang yang tersebar di bawah dan ke seberang lembah. Selain menikmati pemandangan dari atas, anda juga dapat menuruni jalan menyusuri sawah untuk melihat petani dan menikmati sawah dari jarak dekat.
Air Terjun Sekumpul
Air Terjun Sekumpul merupakan air terjun paling indah di Bali. Perjalanan pulang pergi selama tiga hingga empat jam melewati sawah dan kampung-kampung tempatan yang dipenuhi dengan pohon rambutan dan durian, dan terus melalui hutan tropis yang lebat.
Ia mungkin berbahaya di beberapa tempat kerana anda perlu menuruni tangga yang licin dan melewati sungai, tetapi setelah anda tiba, anda dapat menyejukkan badan dengan berenang dasar air terjun yang sangat menyegarkaan.
Ini merupakan tempat yang sesuai untuk pencinta alam yang menginginkan rasa Bali yang tenang.
Hutan Monyet Ubud
Hutan Monyet Ubud adalah tempat perlindungan hutan semula jadi yang merupakan rumah bagi sekumpulan monyet ekor panjang bewarna kelabu.
Tempat ini merupakan salah salah satu tarikan Ubud yang paling popular. Tempat ini juga terpelihara dengan baik berkat pengurusan berasaskan komuniti.
Selain memerhatikan monyet yang suka bermain di habitat semula jadi mereka, berayun di kanopi, bermalas-malasan di sepanjang jalan atau makan pisang, anda boleh mengambil angin di sepanjang jalan berturap melalui hutan pala yang berdaun.
Waterbom Bali
Waterbom Bali adalah taman air yang terletak di tengah-tengah Kuta. Ia menjadi destinasi ramai orang termasuk kanak kanak.
Kanak-kanak boleh bermain di kolam renang atau bermain salah satu daripada banyak gelongsor dan luncuran air seperti Python, Green Viper, dan Super Bowl.
Manakala, para ibu bapa boleh berehat dengan sesi refleksologi, manicure and padicure, atau terapi spa ikan.
Restoran dan kafe juga terdapat disini dengan halamannya dihiasi dengan pohon-pohon besar yang rendang dan taman tropika yang indah.
Taman Safari dan Laut Bali
Taman Safari dan Laut Bali adalah taman tema haiwan terbesar di Bali, yang menempatkan lebih dari 60 spesies yang berkeliaran di dalam kawasan yang lebih kurang habitat semula jadi mereka.
Ia menyediakan bas yang membawa pengunjung untuk membuat menyaksikan haiwan dari pelbagai benua. Terdapat juga pertunjukan bakat haiwan yang diadakan secara teratur dalam pentas terbuka.
Safari ini bukan sahaja mempunyai zoo untuk habitat luar malah ia juga mempunyai taman air bersebelahan dan taman hiburan yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung.
Oleh itu, tempat ini merupakan salah satu tempat menarik di Bali yang patut dikunjungi ramai.
Konklusinya Bali adalah destinasi pelancongan yang sempurna yang dipenuhi dengan pelbagai tempat yang menarik.
Sebenarnya, mustahil untuk anda pergi ke semua yang menarik di Bali dalam satu perjalanan! Oleh itu, pilih lah tempat yang menarik minda anda dan bergembiralah di sana!
SUMBER:
https://www.planetware.com/tourist-attractions-/bali-ina-b-b.htm