Tempat menarik di Bandung adalah topik yang akan kami kongsikan pada artikel kali ini. Kenapa Bandung? Sebagai sebuah tempat perlancongan yang terkenal di peringkat antarabangsa, Bandung merupakan tempat pilihan yang terbaik bagi penggemar pengembara mahupun pelancong.
Bandung merupakan kawasan yang terkenal dengan pelbagai tempat bersejarah serta pemandangan yang menarik. Hanya perlu memandu beberapa jam dari Jakarta, Bandung sudah dapat kita kunjungi. Disebabkan berkat persekitaran yang cantik dan memukau, terdapat pelbagai perkara yang boleh dilakukan di Bandung.
- Muzium Geologi Bandung
Muzium geologi ini merupakan tempat yang menarik sekiranya anda merupakan seorang pelajar mahupun siswazah yang meminati sejarah. Namun, jika anda bukan peminat sejarah, muzium ini juga sesuai untuk dilawat kerana nilai estetikanya. Muzium geologi ini merupakan muzium terbesar dan paling menarik di Bandung.
Sedikit sorotan sejarah berkenaan muzium ini adalah bermula pada tahun 1850 ketika era pemerintahan Belanda. Pada masa itu, Belanda telah menubuhkan sebuah organisasi untuk melakukan kajian terhadap sumber mineral di Indonesia.
Sumber mineral tersebut bertujuan untuk menampung revolusi industri yang sedang giat berlaku di Eropah. Semasa kajian dilakukan, organisasi tersebut bukan sahaja menjumpai sumber mineral malah telah menjumpai fosil, peta bersejarah dan pelbagai sumber sejarah yang lain.
Pada permulaan anda melawat muzium ini, anda akan disapa oleh fosil Gajah Blora yag telah hidup 165,000 tahun dahulu. Fosil ini telah dijumpai di jalan Blora pada tahun 2009 dan menariknya, 85% tulang belulang fosil ini masih melekat dan dalam keadaan yang baik.
Muzium ini terdapat beberapa bahagian iaitu permulaan kejadian bumi, sejarah tentang kehidupan, sumber geologi bagi kegunaan manusia purba dan lain-lain. Pada bahagian pertama, terdapat pameran batu meteorit yang telah dijumpai di Timur Kepulauan Jawa pada 19 Mac 1884. Pada bahagian kedua pula terdapat pameran fosil binatang purba. Manakala, pada bahagian ketiga terdapat pameran sumber mineral yang menjadi kegunaan manusia purba.
2. Gedung Sate
Gedung Sate juga merupakan tempat yang menarik di Bandung. Ia merupakan bangunan yang telah dilakar oleh Arkitek Belanda bernama J. Gerber yang menggabungkan konsep neoklasik dan budaya tempatan Indonesia. Disebabkan perkara ini, bangunan ini sering menjadi tumpuan pelancong. Bangunan ini telah siap dibina pada tahun 1920.
Pada awalnya, bangunan ini digunakan oleh Syarikat Hindia Timur Belanda ketika Bandung dijadikan ibu kota. Kini, bangunan tersebut telah digunakan sebagai gedung pusat pemerintahan Jawa Barat. Pembinaan bangunan ini telah melibatkan 2000 tenaga kerja termasuk 150 pengukir batu dan kayu China.
Di sekitar bangunan tersebut terdapat taman-taman bunga yang sesuai dijadikan latar belakang gambar. Bagi sesiapa yang merupakan fotogenik, pasti akan menarik perhatian anda. Terdapat juga Muzium Gedung Sate yang terletak berdekatan dengan bangunan Gedung Sate. Di sana, anda akan dapat bermacam info berkenaan bangunan tersebut dan sejarah kerajaan Indonesia.
Hari paling bagus untuk anda melawat Gedung Sate adalah pada hari Ahad kerana terdapat pelbagai gerai yag menjual makanan dan minumam tempatan. Makanan paling popular dan mudah didapati di sana adalah satay kerana bersempenan nama tempat tersebut.
3. The Lodge Maribaya
Bagi pembaca yang meminati aktiviti fizikal dan outdoor tempat ini sangat sesuai dengan jiwa anda. Pada awalnya, tempat ini hanya menyediakan aktiviti dan tempat berkhemah sahaja dan mula beroperasi pada tahun 2005. Namun, pada 2016, pelbagai fasiliti menarik telah dibangunkan.
Anda boleh menaiki valley swing, zip bike dan belon udara panas di sana. Bagi yang suka mencabar diri dengan melakukan aktiviti jungle tracking, pakejnya juga disediakan. Malah, dibekalkan alatan keselamatan semasa melakukan aktiviti tersebut, air mineral, penjaga atau penunjuk jalan. Aktiviti tersebut akan memakan jarak sejauh 4 kilometer. Malah, terdapat beberapa pakej lain yang pasti menjanjikan The lodge Maribaya merupakan tempat menarik di Bandung yang patut anda kunjungi.
Bagi yang hanya ingin menikmati alam sekitar tanpa melakukan aktiviti lasak, jangan risau kerana terdapat fasiliti yang memenuhi citarasa anda. Antara tempat yang boleh dikunjungi adalah Omah Bamboo Restaurant. Salah satu asas pembinan restoran ini adalah buluh yang kukuh. Anda boleh memilih sama ada ingin menjamu selera di dalam mahupun di luar restoran
4. Kawah Putih
Kawah Putih juga antara tempat menarik di Bandung yang merupakan tasik gunung berapi di Cidiwey iaitu anggaran 47 kilometer di selatan Bandung. Tempat ini merupakan tempat yang sama popular seperti Tangkuban Perahu di Lembang. Tetapi, tempat ini lebih cantik berbanding Tangkuban Perahu.
Pemandangan indah di Kawah Putih merupakan campuran warna putih dan kehijauan tasik, warna putih pantai berpasir sehinggalah batu-batuan kapur. Disebabkan Kawah Putih terletak di bawah air, bau sulfur tidak terlalu kuat dan pelancong masih boleh bersiar-siar berdekatan dengan tasik tersebut.
Pelancong boleh menuruni tangga ke tasik dan berjalan di atas pantai berpasir di sekitar tasik tersebut. Tetapi perlu diingatkan jangan bermain di dalam air kerana sangat berbahaya. Jika musim kering, aras air tasik akan semakin berkurang jadi ketika itu kita boleh berjalan lebih jauh ke tengah tasik.
5. Kilang Pakaian Bandung
Bandung Factory Outlet terkenal dengan kilang penghasilan tekstil di Indonesia. Produk yang dihasilkan dijual di peringkat domestic atau tempatan dan antarabangsa. Disebabkan itu kita akan jumpai jenama yang terkenal dengan harga yang berpatutan di sini.
Di Bandung, terdapat 3 Factory Outlet terkenal iaitu di Jalan Riau, Jalan Setiabudi dan Jalan Buah Batu. Ketiga-tiga Factory Outlet tersebut menjual pelbagai jenis pakaian dan makanan.
Di Jalan Riau, anda boleh mendapatinya di sebuah bangunan besar berwarna putih. Di sana, terdapat pelbagai pakaian wanita, lelaki, remaja dan kanak-kanak. Malah, sekiranya para suami yang penat menemani isteri anda membeli-belah, anda boleh berehat di restoran sepanjang Jalan Riau dan Jalan Dago yang berdekatan. Terdapak snek seperto Kartika Sari dan Prima Rasa.
Di Jalan Setiabudi, bangunannya dikenali sebagai Rumah Mode. Tempat tersebut bukan hanya sekadar kedai pakaian namun bangunannya besar dan kompleks. Terdapat pelbagai gerai dan restoran di sana. Di sini, selain pakaian, anda boleh menjumpai beg tangan, tali pinggang dan kasut.
Di Jalan Batu Buah, bangunannya adalah Paberik Badjoe. Bangunan pertama digunakan sebagai gudang simpanan barangan Adidas. Jadi, bagi penggemar Adidas, di sana terdpaat pelbagai pakaian dan kasut yang boleh dijumpai. Malah, gerai makanannya berkonsepkan taman. Mungkin mengambil semangat nama jalannya.
Jika anda seorang yang berminat untuk membeli-belah ini merupakan tempat menarik di Bandung yang sesuai untuk anda lawati. Bukan sahaja boleh bershopping untuk diri anda sendiri bahkan untuk kenalan rapat anda.
6. Situ Patenggang
Situ Patenggang adalah sebuah tempat yang menarik di Bandung, ia merupakan salah satu tasik yang perlu dilawat apabila melawat ke Bandung. Terletak 1,600 meter daripada aras laut menjadikan suasana di sekitarnya sejuk dan sesuai untuk penanaman teh.
Tanaman teh kelihatan seperti karpet hijau yang menyelimuti keseluruhan tepian tasik lebih memukau pemandangan. Ditambah pula dengan pokok pinus yang warna kehijauan tasik lebih menenangkan mata yang melihatnya.
Terdapat lagenda di kawasan ini. Kisahnya bermula apabila 2 dewa bercinta namun dipisahkan dengan kejam. Apabila tahun berganti, mereka bertemu semula di Batu Cinta iaitu di Situ Patenggang. Mungkin jika ke sana dengan pasangan anda, hubungan akan lebih akrab.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan, anda boleh menyewa bot kayuh untuk mengelilingi tasik tersebut. Terdapat Pulau Asmara di tengah-tengah tasik yang boleh dikunjungi. Malah, anda boleh menyewa tapak untuk berkelah dan bermalam di kawasan tersebut.
7. Taman Rama-rama Cihanjuang
Taman rama-rama ini bukanlah yang paling terbesar namun pasti akan menjadi tempat menarik di Bandung atau tempat menarik yang pernah anda kunjungi. Hal ini kerana, disebabkan keluasan yang minima, anda akan dapat perhatikan rama-rama terbang bebas di sekitar taman tersebut dengan lebih mudah dan kerap.
Malah, anda juga dapat mempelajari kitaran hidup rama-rama. Bagi yang mempunyai kanak-kanak di peringkat tadika dan sekolah rendah pasti bermanfaat untuk mereka. Apabila anda memasuki pintu pagar, anda akan dapati kafe dan kedai rama-rama.
Di sana dijual pelbagai barangan berkaitan rama-rama. Anda juga boleh menjumpai buku berkaitan rama-rama yang unik. Tiket yang dijual pula boleh digunakan untuk memasuki dua tempat iaitu taman rama-rama dan pusat jagaan ulat beluncas.
Seusai memasuki taman tersebut, anda digalakkan memakai topi berwarna-warni untuk menarik perhatian rama-rama. Mesti akan lebih cantik jika dapat bergambar dengannya. Terdapat satu bahagian di dalam taman tersebut yang anda dapat pelajari nama dan jenis setiap rama-rama.
8. Taman Bunga Begonia
Tarikan utama di taman ini adalah bunga yang telah berkembang mekar. Sebabnya, tidak setiap hari dan setiap masa bunga di sana akan berkembang mekar. Adakalanya, bunga tersebut memerlukan suhu tertentu dan keadaan tertentu sahaja untuk berkembang mekar.
Jadi, jika anda salah seorang yang bertuah untuk melihat bunga berkembang mekar, jangan lepaskan peluang untuk bergambar. Ianya pasti mampu menjadi antara tempat menarik di Bandung yang mampu memberi memori yang indah kepada anda. Tetapi, anda akan dikenakan cas tambahan untuk membawa masuk kamera dan telefon pintar.
Jangan risau, apalah sangat kenangan dan gambar berharga jika dibandingkan dengan cas tambahan tersebut. Terdapat pelbagai jenis bunga di sana. Sudah semestinya, bunga Begonia adalah tarikan utama di sana. Tetapi terdapat juga bunga Ros, Hydrangea dan pelbagai bunga lain.
SUMBER:
https://www.exploresunda.com/visit-bandung-indonesia.html
https://discoveryourindonesia.com/things-to-do-bandung/
https://traveltriangle.com//blog/places-to-visit-in-bandung/