Negeri Kedah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana terdapat banyak tempat menarik yang di sini selain terkenal dengan sawah padi yang luas dan menghijau. Majlis Bandaraya Alor Setar, pentadbiran yang mentadbir ibu negeri Kedah dan mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik lagi bersejarah.
Dengan penduduknya dalam kira-kira 400,000 orang, ia antara bandar tertua rantau ini. Ramai yang mencari tempat menarik di sini khususnya tempat makan di sekitar Alor Setar.
Antara tempat-tempat menarik di sini adalah seperti Balai Besar, Alor Setar, Balai Nobat, Alor Setar, Balai Seni Negeri, Alor Setar, Galeri Sultan Abdul Halim, Kota Kuala Kedah, Masjid Zahir, Menara Alor Setar, Muzium Negeri, Muzium Padi, Alor Setar dan Rumah Kelahiran Tun Mahathir. Mari kita tinjau apa lagi tempat menarik yang patut anda terokai semasa bercuti di sini.
1. Keriang Hill Resort
Keriang Hill Resort ini yang terletak di kaki bukit Gunung Keriang dikelilingi sawah padi, bukit dan sungai dengan pemandangan yang menakjubkan. Jaraknya dari bandar Alor Setar lebih kurang 10km bersamaan 20 minit. Keriang Hill Resort adalah resort berkonsepkan suasana ala kampung.
Reka bentuk ala rumah tradisional kampung memang sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Terdapat 17 jenis rumah kayu didirikan mengikut setiap mukim di Kedah. Setiap rumah mempunyai reka bentuk yang berbeza tetapi memang lengkap dengan ruang tamu, verandah, bilik dan tandas. Pemandangan di sini memang menakjubkan dengan suasana gunung di sekeliling.
2. Muzium Padi
Muzium Padi merupakan muzium yang pertama dibina di Malaysia, dan muzium keempat dibuka di dunia selepas negara Jepun, Jerman dan Filipina. Seni bina unik Muzium Padi mewakili tangkai beras yang dituai. Motif beras diulang menerusi ukiran bangunan, pemegang tangga, pintu pagar muzium dan pagar.
Muzium ini ada mempamerkan proses penanaman padi di Malaysia dan pelbagai peralatan yang telah digunakan selama ini. Sejarah penanaman padi di Malaysia dapat disaksikan melalui lukisan mural yang dihasilkan oleh 60 orang pelukis dari Korea Utara.
Anda juga boleh cuba naik ke platform beputar yang memaparkan mural sawah berketinggian 8 meter dan berkepanjangan 103 meter. Sebelum melangkah pulang pula, anda boleh singgah ke kedai cenderamata untuk membeli pelbagai kraftangan yang dihasilkan daripada benih padi.
3. Menara Alor Setar
Menara Alor Setar adalah salah satu mercu tanda bandar Alor Setar dan ia merupakan menara telekomunikasi setinggi 165.5 m. Lokasinya yang strategik di mana ia bersebelahan dengan pusat membeli belah Aman Central yang besar di sekitar Alor Setar.
Seni binaannya dikatakan diinspirasikan daripada gelaran yang diberi kepada negeri Kedah sendiri iaitu, ‘Negeri Jelapang Padi.’ Kalau anda perasan, struktur menara ini kelihatan seolah-olah serumpun padi yang tegak berdiri. Selain berperanan sebagai menara telekomunikasi, ia juga berfungsi sebagai destinasi pelancongan di bandar ini. Menara ini juga menempatkan beberapa restoran dan kedai cenderamata. Menara ini sesuai dikunjungi oleh pelajar sekolah dan juga seisi keluarga.
4. Pekan Rabu
Dari dahulu lagi Kompleks Pekan Rabu ini sememangnya menjadi tarikan utama pelancong ke Kedah. Kalau anda ingin membeli souvenir, di sini boleh beli pelbagai jenis barang jualan seperti makanan, kuih dan pakaian tradisional, tukang jahit, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab, majalah serta produk industri kecil dan sederhana.
5. Kedah Royal Museum
Muzium Diraja Kedah ini terletak di dalam sebuah istana klasik yang pada suatu masa dulu pernah diberi nama sebagai Istana Kota Setar, Istana Pelamin, Rumah Pelamin dan juga Istana Mak Wan Besar.
Istana ini dibina sewaktu pembukaan Alor Setar sebagai pusat pentadbiran Kedah pada tahun 1735 oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II (1710-1778). Selain pernah didiami oleh beberapa orang Sultan Kedah, istana ini juga pernah menjadi tempat tinggal tentera Jepun sewaktu zaman pencerobohan Jepun ke Tanah Melayu. Setelah bertahun lamanya, struktur klasik ini mula dibaikpulih dan dijadikan muzium yang padat dengan info, foto dan koleksi artifak keluarga diraja.
6. Gua Gunung Keriang
Bagi penggemar yang ingin memanjakan mata dengan keindahan alam semula jadi, inilah salah satu destinasi yang tidak rugi untuk dieskploitasi. Sekiranya anda berstamina tinggi, bolehlah mendaki sehingga ke puncak gunung untuk sebuah ganjaran pemandangan hamparan sawah padi yang mustahil untuk dilupakan.
Selain pendakian, anda juga boleh melawat gua-gua batu kapur yang ada di gunung ini di mana di dalamnya terdapat pembentukan batuan kristal yang mengujakan. Tak larat nak mendaki? Jangan risau, kemudahan lif setinggi 7 tingkat telah disediakan untuk kemudahan anda. Jangan lupa untuk membawa pulang batuan kristal yang dijual di sini untuk dijadikan kenangan ya?
7. Masjid Zahir Alor Setar
Lawatilah Masjid Zahir Alor Setar untuk mendapatkan ketenangan yang sebenar sambil menunaikan ibadah. Ia terletak betul-betul di tengah-tengah pusat bandar, cukup mudah untuk anda sampai ke masjid ini yang mengagumkan. Setibanya di sini nanti, anda bakal disambut oleh sebuah struktur indah dan unik ini. Keseronokan menyaksikan masjid ini makin bertambah bila mengetahui usianya yang sudah pun mencecah lebih 100 tahun. Ia memiliki 5 buah kubah hitam sebagai simbol kepada rukun Islam, masjid ini dikategorikan antara masjid yang tercantik di dunia.
8. Uptown Stadium Darul Aman
Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan adalah bershopping di Uptown Stadium Darul Aman pada waktu malam. Di sini, terdapat lebih daripada 100 buah gerai dengan jualan barangan seperti pakaian, kosmetik, kasut, jersey, merch dan macam-macam lagi. Tapi tarikan sebenar di sini adalah kerana betapa banyaknya pilihan makanan yang ada, dapat menyenyangkan perut anda dengan mudah.
Terdapat pelbagai lagi tempat-tempat menarik dibawah naungan Majlis Bandaraya Alor Setar ini yang tidak dapat anda habiskan masa berkunjung cuma sekali. Anda perlulah merancang beberapa lawatan anda untuk menghabiskan masa lawatan untuk tempat-tempat menarik di sini. Selamat berkunjung di bandar yang serba menarik dan serba bersejarah ini.
SUMBER:
https://mukhrizmahathirfc.blogspot.com/2016/01/lokasi-menarik-bandaraya-alor-setar.html
https://www.liahasty.com/2020/02/14-tempat-menarik-di-alor-setar-kedah.html