Now Reading
8 Tempat Menarik Di Kuala Kangsar, Perak.

8 Tempat Menarik Di Kuala Kangsar, Perak.

tempat menarik di kuala kangsar

Kuala Kangsar terletak di Negeri Perak. Jika ke negeri Perak jalan-jalanlah di tempat menarik di Kuala Kangsar. Kalau berkesempatan nanti boleh la terokai tempat-tempat yang menarik yang bakal kami kongsikan nanti.

Memang seronok kalau berjalan-jalan bersama keluarga melawat pelbagai tempat terutama tempat yang jarang atau tidak pernah kita kunjungi. Mengambil gambar, cipta memori, umpama memenuhkan tangki kasih sayang antara keluarga. Pstinya akan menjadi kenangan manis.

Antara tempat menarik di kuala kangsar, Perak.:

  1. Masjid Ubudiyah

 Masjid Ubudiyah paling cantik dan unik terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina dan disempurnakan di bawah pemerintahan Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887 – 1916) sebagai bukti agama rasmi sultan sebagai agama Islam.

Kemudian, kerajaan negeri Perak mengarahkan Kolonel Huxley dari pejabat perkhidmatan awam kuala lumpur untuk merancang pembinaan masjid tersebut. Tanggungjawab pembinaan masjid tersebut dipikul oleh Hubbeclk, seorang arkitek awam, dan caulfield yang merupakan ketua jurutera perak pada masa itu.

Sultan Idris Murshidul Azam Shah, meletakkan batu asas untuk masjid pada hari Jumaat bertarikh 26 September 1913. Namun ,pembinaan tersebut berlaku penangguhan apabila berlaku kerosakan pada  batu ‘Marble’ oleh dua gajah milik Sultan Idris dan Raja Chulan. Penghantaran batu ‘Marble’ dari Itali tidak dapat dilakukan akibat daripada perang dunia .

tempat menarik di kuala kangsar

Secara rasmi, masjid telah siap dibina dan secara rasmi dibuka pada tahun 1917 oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah, yang menggantikan Sultan Idris yang meninggal pada tahun 1916. Secara keseluruhan, kos untuk pembinaan masjid tersebut dianggarkan berjumlah RM 200,000.

  1. Victoria Bridge

Victoria Bridge atau lebih dikenali sebagai Jambatan Enggor atau jambatan kereta api lama terletak di Karai, sebuah kampung kecil dari pekan kuala kangsar.

Ia merupakan jambatan kereta api tertua di Malaysia dan ia juga salah satu aset yang paling mengagumkan di Malaysia. Ia juga terkenal sebagai jambatan terbesar di Asia, di luar India. Pembinaan jambatan dimulakan pada tahun 1897.

Walaupun ketika pembinaan dilanda banjir, namun jambatan diberi nama bersempena Permaisuri Victoria sempena tahun permata jubli telah rasmi dibuka pada tahun 1900 dalam upacara yang dihadiri oleh Sultan Idris Shah dari Perak dan Residen Jeneral Inggeris, Sir Frank Swettenham.

Untuk pengetahuan, ini adalah tempat paling sesuai jika anda seorang fotogenik terutama bagi yang menyukakan suasana nostalgia dan memori lama.

tempat menarik di kuala kangsar
  1. Labu Sayong

Labu Sayong adalah simbol Kuala Kangsar. Pada awal kemunculannya adalah digunakan sebagai kendi untuk menyimpan air yang dibina menggunakan tanah liat.Hasil kraf tangan ini telah bertahan selama lebih daripada 300 tahun.

Masyarakat tempatan mempercayai bahawa minuman dalam Labu Sayong mempunyai banyak kelebihan terutama kesihatan. Apa yang menarik jika anda berkunjung ke bengkel Labu Sayong, anda berpeluang untuk melihat dan merasai pengalaman bagaimana cara untuk menghasilkan labu sendiri.

  1. Rumah rehat Labu Kubong

Rumah rehat Labu Kubong adalah tempat bagi yang ingin cuba untuk menikmati suasana kampung. Ia juga dikenali sebagai kampung lat. Anda boleh bersiar-siar di kebun, dan merasai sedikit cabaran seperti berkayak atau menonton burung, anda juga akan belajar cara bertani seperti industri pondok, dan menoreh getah.

 Bukan itu sahaja, anda juga akan disajikan dengan persembahan budaya.

  1. Galeri Sultan Azlan Shah

Galeri Sultan Azlan Shah adalah tempat sejarah kisah keluarga diraja negeri perak. Ia memaparkan sejarah dan kehidupan baginda Sultan Azlan Shah.

Dengan berkunjung ke galeri ini ,anda pasti akan belajar banyak tentang kehidupan Sultan Azlan Shah daripada segi kerjaya dan hobinya. Hoki dan pengumpulan duit syiling, wang kertas dan jam tangan adalah hobi baginda yang dipamerkan dalam galeri ini.

Selain itu, pakaian dan pedang Sultan Azlan Shah juga dipamerkan. Dengan berkunjung ke sini, anda pasti akan rasa lebih dekat dengan baginda.

  1. Pavilion Tower

Pavilion Tower  dikenali sebagai ‘Pagoda Malaysia’ dan ia terletak berhadapan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Bangunan ini mempunyai tiga tingkat dan dimiliki oleh keluarga diraja pada tahun 1930 .tempat ini juga adalah tempat keluarga beraja bersantai dan menonton perlawanan polo.

Kemudian, bangunan ini dijadikan pusat rekreasi untuk orang atasan daripada mahkamah. Setelah tempat tersebut diubahsuai, maka ia dijadikan sebagai pusat rekreasi awam sehingga kini atas arahan Sultan Iskandar Shah.

  1. Istana kenangan

Istana kenangan adalah bekas kediaman diraja dan sekarang dikenali sebagai Muzium  Diraja Perak.

Sekiranya anda ingin melihat hasil pertukangan paling cermat ,anda harus melawat istana ini. Bangunan ini telah diukur dengan ukiran halus di atap dan dinding dengan warna kuning dan putih yang berbeza.

tempat menarik di Kuala Kangsar

Muzium diraja ini adalah hasil seni bina tradisional melayu. Ia dibuka untuk orang ramai dan pelancong tempatan setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang. Perkara yang paling mengagumkan di istana ini adalah ia direka tanpa cetak biru dan tiada penggunaan paku dalam pembinaan.

  1. Baitul Anor

Baitul Anor adalah rumah besar keluarga Raja Kechil Sulong Harun Al Rashid iaitu putera perak. Rumah ini terletak tidak jauh daripada Masjid Ubudiyah. Rumah ini dibina untuk isteri ketiga.

Antara ciri-ciri menarik yang terdapat di rumah tersebut adalah balkon kuning yang dipisahkan. Sekiranya anda datang melawat rumah besar ini, anda akan dapati gambar dan kisah lama keluarga diraja.

Secara konklusi, anda wajib datang dan melawat kesemua lapan tempat menarik di kuala kangsar, perak. Ianya buka hanya sekadar bandar diraja tetapi juga bandar yang dekat dijiwa rakyat.

Melihat sendiri keindahan dan persekitaran kuala kangsar menyebabkan anda berat hati untuk pulang ke bandar metropolitan yang bising dengan bunyi bingit kenderaan.

SUMBER:

https://traveltriangle.com/blog/kuala-kangsar-attractions/

https://goingplaces.malaysiaairlines.com/labu-sayong-pottery-perak

https://www.thestar.com.my/lifestyle/travel/2018/01/09/labu-kubong-kampung-homestay-experience

error: Content is protected !!