Now Reading
8 Tempat Menarik di Seremban, Negeri Sembilan!

8 Tempat Menarik di Seremban, Negeri Sembilan!

tempat menarik di Seremban

Adakah anda tahu banyak tempat menarik di Seremban yang anda boleh kunjungi? Anda mesti mengenali Negeri Sembilan kerana disitu terletaknya Port Dickson.

Tidak dapat dinafikan, Port Dickson memang merupakan destinasi pelancongan paling popular di Negeri Sembilan dan bahkan di Malaysia. Walau bagaimanapun, hanya 40 minit dari Port Dickson, terletak Seremban iaitu ibu negeri Negeri Sembilan.

Seremban sering tidak dianggap sebagai destinasi pelancongan, bahkan untuk penduduk tempatan. Namun, tanpa disedari oleh kebanyakan orang, sebenarnya ada banyak yang dapat dilihat, dialami, dan dimakan di sana!

Gunung Angsi

Gunung Angsi adalah puncak gunung tertinggi di seluruh Negeri Sembilan. Ia terletak di Hutan Bulu Hulu Bendol dan tingginya lebih dari 800 meter.

Gunung Angsi adalah tempat mendaki paling mudah di kalangan penduduk tempatan di Negeri Sembilan dan juga negeri-negeri jiran iaitu Selangor dan Melaka.

Jaraknya yang hanya 20 minit perjalanan dari pusat bandar Seremban, tempat ini merupakan tempat kegemaran bagi mereka yang gemar mengembara.

Semasa anda menuju ke puncak gunung, anda juga akan merentasi gunung-gunung lain seperti Gunung Tampin dan Gunung Berembun. Walaupun perjalanan ke puncak amat memenatkan, namun pemandangan menarik yang menanti anda di puncak akan menghilangkan rasa penat itu.

Oleh itu, Gunung Angsi merupakan salah satu tempat menarik di Seremban.

Kompleks Budaya Seremban

Jika anda ingi melihat keindahan seni bina Minagkabau, Kompleks Budaya Seremban patut masuk dalam senarai tempat menarik di Seremban yang wajib anda kunjungi.

Muzium ini mempunyai warisan budaya Negeri Sembilan dan bumbungnya sangat indah dan menjadi tarikan utama. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui tentang sejarah tempat dan terutama bumbung, anda boleh datang ke sini.

Kompleks ini mempunyai tiga bangunan iaitu Rumah Negeri Sembilan, Muzium Negeri dan Istana Ampang Tinggi. Anda boleh mengambil gambar, melihat perak diraja, artifak dan banyak lagi perkara menarik di muzium yang sesuai untuk pencinta sejarah Malaysia.

Kuil Lipan

Kuil Sze Koon atau lebih dikenali sebagai Kuil Lipan merupakan kompleks Buddha yang terletak jauh di atas bukit. Anda perlu mendaki 260 tanggah untuk sampai ke sana.

Tetapi jangan bimbang, ini bukan pendakian yang membosankan. Semasa anda memulakan perjalanan, anda akan menemui banyak patung yang menarik di sepanjang jalan.

Untuk pengetahun anda, penduduk tempatan memberikan kuil itu nama panggilan Kuil Lipan kerana pelbagai jenis lipan yang terdapat di luar kuil. Sebenarnya, pintu masuk kompleks ini ditandai dengan patung lipan raksasa. Tapi jangan risau, ia tidak akan gigit anda!

Dari puncak bukit, anda dapat menikmati pemandangan Seremban yang indah. Sekiranya anda meminati fotografi, ini akan menjadi tempat yang baik untuk mengambil gambar pada hari itu. Oleh itu, sila lah kunjung ke Kuil Lipan yang merupakan antara tempat menarik di Seremban.

 Ladang Burung Unta Jelita

Ladang Burung Unta Jelita merupakan salah satu tempat menarik di Seremban. Pengunjung akan dibimbing oleh pemandu pelancong untuk mengelilingi kawasan ini.

Pengunjung juga akan berpeluang merasai cara pengambilan telur burung unta yang betul. Malah, pengunjung juga akan diberi peluang untuk berdiri di atas telur burung unta tersebut. Namun, anda tidak perlu bimbang kerana telur burung unta amat kuat dan tidak akan pecah.

Selain itu, anda juga boleh menunggang burung unta. Disini juga ada disediakan kedai cenderamata yang mana anda boleh membeli untuk anda bawa pulang.

Selain itu, anda juga boleh menikmati makanan istimewa yang diperbuat menggunakan daging burung unta. Jadi, jangan lepaskan peluang dan berkunjunglah ke Ladang Burung Unta Jelita!

Taman Eko Hutan Jeram Toi

Selain Gunung Angsi, hutan rekreasi lain yang mesti dikunjungi di Seremban ialah Taman Eko Hutan Jeram Toi. Ia terletak kira-kira 28km dari Seremban.

Taman eko yang indah dan hijau ini akan membuat anda begitu dekat denagan alam sekitar yang sejuk dan selesa. Selain terdapat pelbagai flora yang menarik, disini terletak juga Lata Kijang yang mempunyai air terjunsetinggi 80 meter!

Anda juga boleh menikmati aktiviti seperti trekking dan berenang. Namun, perlu diingat bahawa pada hujung minggu dan cuti umum, kawasan ini agak sesak dengan pengunjung. Oleh itu, jika anda mahukan ketenangan, sila datang pada hari bekerja.

Taman Tasik Seremban

Terletak kira-kira 44.2 km dari Lexis Hibiscus Port Dickson, Taman Tasik Seremban adalah jantung hijau di tengah-tengah Daerah Bandar Seremban, Negeri Sembilan.

Taman landskap yang terkenal ini telah wujud selama beberapa dekad dan sebenarnya merupakan salah satu taman tasik semula jadi tertua di negara ini.

Ini adalah taman yang luar biasa dengan kemudahan yang dapat dinikmati oleh para pengunjung. Tempat ini juga ada menyediakan trek joging di sekitar taman.

Tetapi daya tarikan sebenar tempat ini adalah pemandangan dan persekitaran yang menakjubkan. Oleh itu, sila berkunjung ke sini kerana ia merupakan antara tempat menarik di Seremban yang wajib anda kunjungi.

 Seremban Gateaway

Seremban Gateway merupakan pusat membeli-belah yang dibuka 24 jam setiap hari. Ia mempunyai pelbagai kemudahan dan kedai yang menarik yang akan menggembirakan para pengunjung.

Walaupun ia bukan pusat membeli-belah terbesar di negeri ini, ia mempunyai daya tarikan tersendiri. Ia mempunyai segala yang anda inginkan dari pakaian, kasut, cenderahati, makanan dan bermacam lagi.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk singgah ke sini sebelum anda pulang ke tempat asal anda.

 Galeri Diraja Tuanku Ja’afar

Klang bukan satu-satunya bandar yang mempunyai galeri negeri kerana di Seremban ada juga! Galeri Diraja Tuanku Ja’afar adalah tempat yang patut anda kunjungi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah kerajaan negeri.

Anda boleh memilih untuk pergi lawatan berpandu atau melawat muzium sendiri. Untuk nilai terbaik untuk lawatan anda, kami mengesyorkan anda mengikuti lawatan berpandu, jadi pastikan anda membuat tempahan lebih awal!

Di dalam galeri, anda dapat melihat lebih dekat pelbagai artifak kerajaan yang dipamerkan. Tengoklah sejarah Negeri Sembilan dan Tuanku Ja’afar, bekas Yang di-Pertuan Besar negeri ini.

Seremban paling terkenal dengan makanannya, terutama makanan laut segar yang terdapat di pesisir barat Semenanjung Malaysia.

Selain menjadi syurga makanan, terdapat juga banyak pusat membeli-belah dan tapak warisan di Seremban.

Sekiranya anda ingin mengagumi seni bina Minangkabau yang unik dengan mata anda sendiri, Seremban adalah tempat yang sesuai.

Oleh itu, sila lah berkunjung ke Seremban kerana terdapat pelbagai tempat yang menarik di Seremban!

SUMBER:

http://negerisembilan.attractionsinmalaysia.com/Ostrich-Farm.php

https://traveltriangle.com/blog/places-to-visit-in-seremban-malaysia-bdp/

https://www.tripzilla.com/malaysia-seremban-negeri-sembilan-attractions/73145

https://www.lexishibiscuspd.com/places-of-interests/seremban-lake-garden

error: Content is protected !!