Tempat percutian menarik di Malaysia banyak kerana sarat dengan kepelbagaian bahasa dan budaya. Setiap darinya ada keunikan yang tersendiri.
Malaysia juga kaya dengan binaan bangunan yang hebat dan tidak lupa juga keindahan alam semula jadi seperti pesisir pantai yang indah, pulau tropika dan terumbu karang yang disinari oleh cahaya matahari, hutan hujan lembap di Borneo dan daratan yang penuh dengan hidupan liar yang jarang ditemui dan dataran tinggi yang sejuk.
Keunikan Malaysia ini menjadikan Malaysia destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa. Di sini kami kongsikan 8 tempat percutian menarik di malaysia.
1. Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur
Binaan yang mengagumkan ini mempunyai 88 tingkat dengan 76 lif menjadikannya tempat percutian menarik. Dua menara Petronas saling terhubung antara satu sama lain dengan jambatan di tingkat 41 dan 42. Dari jambatan ini, para pengunjung boleh menikmati pemandangan waktu malam yang sangat mengagumkan termasuklah pemandangan KL dan Taman KLCC yang berkeluasan 6.9 hektar.
Petronas mempunyai ketinggian 1483 meter dan dibina menggunakan konkrit bertetulang, keluli, dan kaca. Kebanyakan tingkat di menara ini disewa oleh syarikat-syarikat seperti IBM, Microsoft, dan Huawei Technologies.
Salah satu pusat membeli-belah terbesar di Malaysia juga terletak di sini iaitu Suria KLCC. Pengunjung akan meluangkan beberapa jam di pusat membeli-belah ini untuk mengunjungi lebih dari 300 kedai, galeri seni, dan bahkan ruang untuk Philharmonic Hall, ruang niaga dan hiburan yang ada di sini.
2. Batu Caves, Selangor
Kompleks Batu Caves antara tempat percutian menarik yang terletak kurang dari satu jam di luar Kuala Lumpur ini terdiri daripada tiga gua utama yang ditambah dengan siri yang lebih kecil. Patung-patung dan dan kuil berusia 100 tahun yang dikhaskan untuk dewa-dewa Hindu diletakkan di dalam gua-gua tersebut.
Seterusnya, anda perlu menaiki 272 anak tangga untuk sampai ke puncak tangga berwarna-warni yang besar di mana terletaknya gua utama yang dikenali sebagai Gua Katedral. Di sini juga terdapat ruang yang dihiasi dengan patung, mezbah, dan lampu. Selain itu, patung emas Lord Murugan setinggi 43 meter menyambut pengunjung terletak di bahagian bawah tangga,.
Semasa perayaan Hindu Thaipusam pada bulan Januari, ribuan orang berbondong-bondong ke gua untuk perayaan tersebut. Pengunjung juga boleh menyertai lawatan berpandu atau meneroka gua sendiri untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gua.
3. Gunung Kinabalu, Sabah
Gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian lebih dari 4.000 meter. Gunung ini merupakan tempat percutian menarik yang terletak di salah satu taman nasional tertua di Malaysia dan Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Taman Kinabalu.
Gunung Kinabalu adalah rumah bagi pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan yang mengagumkan termasuklah Orang Utan yang terancam. Haiwan-haiwan ini boleh hidup di sini oleh kerana ekosistemnya yang unik yag mencampurkan padang rumput alpine, padang rumput, dan kawasan semak.
Pengunjung yang ingin mendaki puncak gunung ini mesti membuat tempahan penginapan dan menyewa pemandu gunung terlebih dahulu dan hanya 185 izin pendakian yang dikeluarkan setiap hari. Sekatan semasa pendakian tetap ada meskipun orang di bawah usia 16 tahun dibenarkan untuk menyertai kumpulan pendakian.
4. Pulau Perhentian
Selain menjadi sebahagian dari taman laut dan destinasi pelancongan utama di timur laut Malaysia, Pulau Perhentian juga pernah menjadi tempat persinggahan yang digunakan oleh pedagang yang berkeliling di Asia Tenggara.
Pulau Perhentian Besar memiliki lebih banyak pemandangan pendakian, sementara Pulau Perhentian Kecil lebih berkelas dan berorientasikan keluarga. Selain itu, sebahagian besar pulau dapat diakses dengan feri atau bot bermotor kecil.
Aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah jungle trekking sambil menikmati pemandangan air di sepanjang jalan, selam skuba, snorkeling, berkayak dan menjadi sukarelawan dalam program pemeliharaan penyu dan mendapatkan akses unik ke kawasan di mana penyu datang bertelur.
5. Pulau Sipadan
Selain menjadi salah satu habitat laut terkaya di dunia, tempat bagi penyu terung terancam, hiu paus, kadal monitor, dan ratusan spesies karang, Pulau Sipadan juga menjadi salah satu destinasi menyelam terbaik di dunia dan sangat dilindungi dimana anda perlukan keizinan terlebih dahulu dan hanya 120 izin diberikan setiap hari.
Selain itu, anda tidak boleh tinggal di pulau ini kerana undang-undang perlindungan alam sekitar dan mesti meninggalkan pulau selewat-lewatnya jam 3 petang.
Di sini, anda dapat menjalajahi pulau ini dengan mudah dengan berjalan kaki dan menikmati pantai-pantai dan kawasan terumbu yang terletak beberapa minit sahaja antara satu sama lain. Selain itu, pengunjung biasanya datang ke sini pada awal pagi sebagai sebahagian daripada lawatan snorkeling dan menyelam.
6. Taman Nasional Gunung Mulu, Sarawak
Taman Nasional Gunung Mulu tidak benar-benar diterokai sehingga tahun 1970-an dan mempunyai beberapa kawasan yang sukar untuk dilalui disebabkan oleh hutan hujan lebat yang meliputi sebahagian besar taman. Tambahan pula, gua di sini amatlah besar hinggakan ia diiktiraf memiliki laluan terbesar dan ruang bawah tanah terbesar di dunia.
Pengunjung boleh berjalan kaki ke Dewan Sarawak dan Air Terjun Paku atau mencuba pendakian di The Pinnacles Summit Trek, yang memakan waktu tiga hari dengan bantuan tali, tangga, dan perjalanan kaki yang sukar melalui hutan.
Yang paling unik ialah Gua Rusa. Gua rusa mempunyai siling setinggi lebih dari 122 meter, air terjun mengalir melalui batu-batu, dan bukaan lubang yang lebarnya lebih dari satu kilometer.
7. Puncak Bukit Penang
Selain menempatkan pusat pemeliharaan alam semula jadi The Habitat Penang Hill, Puncak Bukit Penang juga menawarkan pemandangan hijau yang indah. Di sini, anda boleh menikmati jejak alam sejauh 1.6 kilometer yang menembusi hutan hujan dan sebilangan taman tropika, jalan berkanopi sejauh 40 meter di langit, dan the Skyway yang menawarkan tiga geladak tontonan dan pemandangan 360 darjah ke teluk dan pulau.
Untuk sampai ke puncak bukit ini, anda perlu melakukan pendakian menggunakan kereta api kabel yang selesa dan berhawa dingin di sepanjang 2,007 meter dalam lima hingga 10 minit.
Terdapat perhentian di pertengahan stesen pangkalan dan titik tertinggi. Namun, ia kebanyakannya hanya digunakan oleh penduduk yang tinggal di perhentian tersebut.
8. Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan
Didirikan pada tahun 1964, Pusat Pemulihan Orang Utan mempunyai matlamat utama untuk membantu orang Utan ini belajar cara untuk bertahan hidup di alam liar sehingga akhirnya mereka dapat dibebaskan ke Hutan Simpan Kabili-Sepilok yang dilindungi dan terbentang seluas 4,300 hektar di sekitar pusat penyelamatan. Lebih 80 orang utan kini tinggal di hutan simpan tersebut.
Orang Utan yang masih berada di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok adalah yang diselamatkan dari pemerdagangan haiwan peliharaan atau pemburuan haram.
Aktiviti yang para pengunjung boleh lakukan di sini termasuklah mengetahui lebih lanjut mengenai Orang Utan dan cabaran yang mereka hadapi hari ini, melihat tapak semaian dan kawasan pendakian melalui tingkap kaca dan melihat Orang Utan diberi makan dari platform sebanyak dua kali sehari.
Namun, pengunjung tidak dapat berinteraksi dengan Orang Utan atau mendekatinya.
Akhir sekali,
Kita patut bangga dengan tempat percutian menarik di Malaysia ini kaya dengan pulau-pulau yang indah, pantai, kota-kota kuno, tempat-tempat warisan, dan tempat-tempat pengembaraan hingga mengangkat Malaysia menjadi salah satu destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.
Sumber:
https://www.roadaffair.com/best-places-to-visit-in-malaysia
https://www.planetware.com/malaysia/top-rated-tourist-attractions-in-malaysia-mal-1-3.htm
https://traveltriangle.com/blog/malaysia-tourist-attractions/