Now Reading
8 Tips Memilih Cincin Kahwin

8 Tips Memilih Cincin Kahwin

cincin kahwin

Apabila anda ingin berkahwin, antara perkara yang mengujakan selain mencuba kek dan memilih baju pengantin adalah memilih cincin kahwin.

Cincin kahwin merupakan keutamaan dan perlu ada ketika acara pembatalan air sembahyang. Pada saat itu, mata lensa dan semua para tetamu akan tertumpu kepada cincin yang disarungkan di jari.

Jadi, sekiranya anda pikirkan ia tidak penting, sebenarnya ia penting! Ini kerana sebuah cincin itu melambangkan segalanya dan mencerminkan citarasa si pemakai.

Oleh itu, sebelum tersalah langkah, kami kongsikan 8 tips untuk memilih cincin kahwin yang betul supaya anda tidak susah payah mencari!

Jom baca panduan ini membantu anda untuk memilih cincin perkahwinan dengan tepat.

1. Senarai pendek pilihan cincin idaman anda

Tips Memilih Cincin Perkahwinan ~ Tips Persiapan Majlis Perkahwinan

Tidak salah untuk anda rancang dari awal dengan menyenaraikan bagaimana cincin idaman anda.

Salah satunya adalah anda boleh dapatkan sedikit inspirasi dari Pinterest dan platform medial sosial lain yang menjual barang kemas.

Dari situ anda mungkin boleh mengikuti trend semasa.

“Adakah pilihan anda  cincin berlian, batu permata, platinum atau emas?”

“Adakah anda ingin cincin kahwin yang minimalis atau cincin yang boleh dipadankan dengan cincin tunang?”

Selesaikan dulu satu persatu persoalan anda, kemudian barulah boleh berbelanja.

2. Jangan beli cincin pada akhir waktu

Buat Pilihan Tepat Semasa Beli Cincin Kahwin - Pesona Pengantin

Sebaik sahaja anda mempunyai senarai mengenai jenis cincin yang anda mahukan, perkara pertama yang anda boleh lakukan ialah pergi ke kedai ke kedai untuk mencuba cincin.

Seelok-eloknya tetapkan 2 atau 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan untuk survey kedai emas yang berdekatan dengan anda!

Inilah waktunya yang mana anda boleh melihat-lihat, meneliti harga dan melihat semula cincin yang menarik perhatian anda.

Sekiranya anda menginginkan cincin custom made, lagi banyak masa yang diperlukan untuk siap. Seperti ukiran contohnya, ia boleh memakan masa hingga 1 bulan.

Jika itu yang anda inginkan, lakukan sekarang!  

3. Tetapkan Bajet

Nak Travel, Tapi Takde Duit? Nah..Cuba 5 Cara Pasti Jadi Ni..

Bahagikan setiap perbelanjaan mengikut yang anda rancang sebelum majlis perkahwinan.

Seboleh-bolehnya belanja lebih kurang 3 peratus dari jumlah anggaran perkahwinan anda untuk membeli cincin.

Jika di Malaysia, kebanyakan staf kedai emas akan terus tanya kepada pasangan berapa bajet untuk sebentuk cincin.

Jangan malu untuk memberitahu kerana proses ini akan memudahkan kedua-dua belah pihak.

Mereka akan mengesyorkan koleksi cincin kahwin yang sesuai dengan bajet anda dan anda juga jimat masa kerana tidak perlu memilih terlalu lama.

4. Sesuaikan mengikut lifestyle anda

Lelaki Tidak Memakai Cincin Selepas Berkahwin,” Jom Ketahui Sebabnya.

Berbalik semula kepada pilihan cincin anda, penting untuk anda memikirkan jenis cincin macam mana yang sesuai untuk digayakan mengikut gaya hidup anda.

Sekiranya anda jenis yang lasak, pastikan cincin yang anda pilih tidak terlalu halus kerana bimbang akan terputus dan tidak tahan lama.

Dan, jika anda selalu melakukan kerja-kerja luar pastikan cincin yang anda pilih tidak terlalu besar dan padu kerana akan menjejaskan pergerakan.

Elakkan memilih batu pertama yang mudah tertanggal dan pilih yang tahan lasak.

Pastikan anda betul-betul mencuba semua jenis cincin yang ada ciri-ciri anda nak supaya anda boleh tahu tahap keselesaan ketika memakainya.

5. Cuba Sesuatu Yang Lain

10 Jenis Cincin Nikah yang Unik dan Elegan

Anda mungkin menyukai idea cincin emas mawar atau gelang berlian yang kekal, tetapi sebaik sahaja anda sampai ke kedai cubalah beberapa cincin yang tidak terdapat dalam senarai anda.

Cuba berbual dengan staf kedai emas dan biarkan mereka membuat cadangan berdasarkan perkara yang anda suka.

Sama seperti gaun pengantin, anda mungkin akan menyukai sesuatu yang tidak pernah anda sangka.

Cuba menaip dan menggunakan telefon untuk anda rasa sama ada selesa atau tidak.

Ini sekiranya anda seorang yang berani mencuba sesuatu yang lain.

6. Pertimbangkan Maintenance

10 Cara Membersihkan Perhiasan Emas agar Kembali Berkilau

Jika anda seorang yang mementingkan kebersihan dan kecantikan, anda boleh memilih cincin emas atau platinum yang simple.

Ia dapat memudahkan proses untuk mencuci dan merendam cincin yang mempunyai batu supaya kembali bersih dan berkilau.

Anda juga hanya boleh menggunakan air suam untuk mencuci dan lap cincin dengan berhati-hati.

Jadi, sebelum anda membeli cincin pastikan anda tidak terlepas pandang tentang hal ini.

7. Pilih Saiz Yang Betul

5 Cara Mudah Mengukur Cincin Pria dan Wanita. Bisa Dilakukan Sendiri!

Sebelum membeli cincin, pastikan anda buat research terlebih dahulu. Anda boleh mengukur sendiri jari anda menggunakan benang atau pergi sahaja ke kedai emas, mereka akan ukurkan.

Tetapi, pastikan saiz yang anda pilih tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

Sekiranya anda memilih yang ketat, bimbang jika berat badan bertambah, cincin mulai ketat.

Jadi , pilihlah saiz cincin kahwin yang mudah untuk disarung dan dikeluarkan tanpa rasa sakit atau menyebabkan jari melecet.

8. Cari Yang Berkualiti

Tiffany & Co. will now reveal exactly where its diamonds come from

Bukan sekadar cantik semata-mata, anda juga perlu memilih cincin yang benar-benar berkualiti.

Terlampau banyak pilihan di pasaran sehinggakan ada yang menjual emas palsu.

Pastikan anda sentiasa follow up dengan perubahan harga emas dan kira secara manual berapa kos upah yang mereka ambil.

Kebanyakan pasangan di Malaysia akan memilih emas 916 kerana emas yang padu, tahan lama dan lasak serta boleh dilaburkan pada masa akan datang.

Sekiranya anda telah mempertimbangkan kelapan-lapan tips tersebut, anda sudah dapat mengetahui apa yang anda mahukan.

Jadi, segera berbincang dengan pasangan dan pastikan anda mempunyai kesemua tips ini agar anda tidak salah pilih cincin.

Beli ikut kemampuan anda kerana selepas berkahwin, ada banyak perkara yang memerlukan duit. Rancang perbelanjaan dengan sebaiknya.

Sumber:

https://www.costerdiamonds.com/blog/the-ultimate-guide-on-how-to-choose-your-wedding-rings/

https://www.theknot.com/content/rules-for-choosing-your-wedding-bands

error: Content is protected !!