Now Reading
9 Bangunan Terkenal dan Bersejarah di Malaysia

9 Bangunan Terkenal dan Bersejarah di Malaysia

bangunan

Bangunan besar yang mendominasi latar langit Malaysia ada yang sehingga mencecah awan banyak dibangunkan dari segi sejarah mahupun pemodenan.

Kalini kita bawakan bangunan-bangunan terkenal dan bersejarah di Malaysia, yang terdapat di serata negeri. Siap sedia untuk berasa kagum dengan bangunan yang telah dibina bertahun dan berdiri megah sehingga kini.

Menara Maybank, Kuala Lumpur bangunan

Menara Maybank yang mengagumkan ini merupakan sebuah pencakar langit 50 tingkat yang dibina di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Pejabat-pebajat Maybank telahpun tapak bersejarah ini sejak tahun 1988 dan merupakan salah sebuah tarikan pelancong paling terkenal.

Terdapat koleksi duit kertas dan syiling yang menarik di Muzium Numismatik Maybank. Oh menara ini juga adalah bangunan kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Berkembar Petronas tahu.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam

bangunan

Merupakan sebuah lokasi dan destinasi terkenal buat para pelancong bukan sahaja di Malaysia, malah Asia Tenggara. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz terletak di Jalan Persiaran Masjid, Selangor.  

Juga adalah masjid terbesar di dalam negara dan kedua terbesar selepas masjid yang berada di Jakarta, Indonesia dalam Asia Tenggara. Pasangan yang sedang berbulan madu atau pencinta seni dari serata dunia suka datang ke seni bina yang menakjubkan.

Kubah kaca berwarna biru dengan hiasan dalaman yang boleh dilihat dari jauh.

Kuil Kek Lok Si, Penang

Kuil Kek Lok Si adalah kuil bangsa Budha terbesar di negara, juga merupakan mercu tanda bersejarah juga tarikan pelancong yang terkenal di Pulau Pinang.

Kuil ini juga dikenali sebagai Kuil Supreme of Bliss yang menempatkan semua penganut agam dari seluruh Asia Tenggara. Laluan masuk cantik, ukiran hiasan dalaman dan mural pun menakjubkan. Siap ada kolam penyu lagi.

Istana Kellie, Perak bangunan

Khabar angin mengatakan bahawa bangunan ini dibina sebagai hadiah kepada keluarga bagi arkitek asalnya iaitu William Kellie-Smith. Bertapak di Batu Gajah, daerah Kinta.

Sebuah destinasi wajib buat pasangan berbulan madu dek kerana kemahiran arkitek dalam menggabungkan elemen romantis, tragedi dan juga misteri. Walaupun istana tidak siap dibina dah runtuh, anda masih boleh berkunjung ke koridor bawah tanah ladang getah lama.

Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur

Pelancong yang datang ke Malaysia kan dah ada satu gambaran khusus dalam fikiran; pemandangan Menara Berkembar Petronas yang tersergam indah. Gabungan dua bangunan yang merupakan bangunan tertinggi di dunia sebelum Burj Khalifa di Dubai siap dibina.

Strukturnya yang unik dan menggabungkan dua bangunan dan dikenali sebagai bangunan dua buah berjambatan tertinggi di dunia. Kedai cenderahati dan pusat komersial lain-lain boleh didapati di menara ini.

Leong San Tong Khoo Kongsi bangunan

bangunan

Pernah tak rasa terpesona dan kagum dengan budaya masyarakat Cina? Kuil mercu tanda yang berada di Cannon Square George Town Malaysia ini dapat mengajar para pengunjung sedikit sebanyak tentang sejarah, budaya, tradisi masyarakat Cina dan maacam-macaam lagi.

Struktur Leong San Tong Khoo Kongsi pula adalah tempat perlindungaan klan Cina yang terkenal, dari situlah tempat ini mendapat namanya. Waktu malam dihiasi dengan lampu-lampu untuk pertunjukan budaya.

Kuil ini menerap unsur-unsur yang menarik dalam pembinaannya, dengan mural yang cantik dan koleksi ukiran yang menarik pandangan mata.

Istana Kesultanan Melaka

Terokai Istana Kesulatanan Melaka yang menempatkan artifak-artifak bersejarah dan diorama yang menghidupkan sejarah wilayah dan budaya kesultanan. Muzium ini ditempatkan di model istana lama.

Dibina berdasarkan maklumat dan data dari Sejarah Melayu, sebuah sejarah kesultanan yang romatis diaanggap sebagai salah sebuah karya sastera Melayu terbaik. Anda akan jumpa senjata antic, barang kemas dan karya seni serta perabot dan kostum antik yang cantik-cantik.

Masjid Zahir, Kedah bangunan

Masjid Zahir ialah masjid negeri Kedah dan terletak di Alor Setar, Kota Setar, Kedah Malaysia. Masjid ini dibina pada tahun 1912 dan merupakan masjid tertua dan terbesar di Malaysia. Ia juga ditabalkan di dalam anugerah sepuluh masjid tercantik dunia.

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar telah mengawasi bandar Johor Bharu bertahun lamanya. Masjid gaya Victoria ini telah wujud antara tahun 1892 dan 1900. Bangunan beribadah yang cantik ini mewakili gabungan seni bina yang bagus berserta dengan konsep barat.

Bangunan ini dibina sebagai penghormatan kepada seni bina menara Inggeris. Yang menariknya, masjid ini boleh memuatkan seramai 2,000 orang dalam satu masa dan terbuka buat orang Islam dan bukan Islam. Etika berpakaian jelah kena jaga sikit, kalau tak tidak boleh masuk nanti.

Stesen Keretapi Kuala Lumpur Sentral bangunan

bangunan

Stesen Keretapi Kuala Lumpur Sentral ialah sebuah hab transit utama yang menggarap reka bentuk moden dan kawasan perumahan hotel, pejabat, flat dan pusat membeli-belah. Setiap tahun, lebih kurang 30 juta penumpag menjejakkan kaki ke stesen bersejarah ini.

Keretapi ekspres disini boleh bawa anda terus ke lapangan terbang, keretapi transit antara bandar, bas antara negeri dan perkhidmatan monorel ke pusat membeli-belah utama di bandar-bandar bila anda berkunjung ke bangunan berkonsepkan transit ini.

Walaaupun kesemua tempat di atas hanyalah sebuah bangunan, namun setiap darinya memegang sejarah tersendiri. Cara yang berbeza untuk membuatkan perjalanan atau percutian anda lebih menarik. Dari cari tempat makan dan tempat viral je kan, apa kata kita melawat bangunan pula?

Sajikan mata anda dengan pengetahuan baru. Bunyi pun dah seronok. Selamat berjalan-jalan.

Sumber:

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/what-are-tallest-buildings-malaysia-16198

https://trip101.com/article/famous-buildings-in-malaysia

https://www.inspirock.com/architectural-buildings-in-malaysia

error: Content is protected !!