Now Reading
9 Epilator Untuk Kulit Licin Berseri

9 Epilator Untuk Kulit Licin Berseri

epilator

Jika sebelum ini anda sentiasa bercukur, ‘wax’ atau membuat rawatan tersendiri untuk membuang bulu di bahagian badan tertentu, apa kata kali ini anda cuba epilator pula? Alat ini sememangnya direka untuk membuang bulu betul-betul dari akarnya jadi bulu tidak dapat tumbuh dengan begitu cepat.

Malah, ada yang boleh digunakan tanpa atau dengan air, serta ia tidak begitu menyakitkan berbanding kaedah mencabut bulu yang lain. Tapi, harganya sememangnya adalah jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan pencukur biasa anda. Namun, dengan kelebihan yang diberikan, apa salahnya anda gunakan sedikit wang untuk alat yang tahan lama dengan kesan yang efektif ini?

Jadi, jom lihat 9 epilator yang anda boleh dapatkan di pasaran sekarang.

1. Panasonic Epilator ES-2082

RM 130.00

Panasonic sememangnya terkenal dengan produk-produk yang berkualiti, dan salah satunya adalah epilator ini. Dengan bantuan bateri AAA, anda boleh mencabut bulu dengan lebih senang dan lembut agar ia tidak menyebabkan luka pada bahagian tersebut. Malah, ia juga selesa untuk dipegang pada tangan jadi anda tidaklah lenguh setelah menggunakannya buat seketika.

2. Philips Epilator BRE632

RM 308.00

Alat ini didatangkan dengan 5 fungsi berasingan termasuklah ‘trimmer’ untuk mencabut bulu anda dengan bersih. Ia juga boleh digunakan dengan atau tanpa air serta mempunyai lampu belakang agar anda tidak terlepas bulu di bahagian-bahagian tertentu. Dengan rekaan yang langsing dan mudah dipegang, ini pastinya disukai oleh ramai wanita.

3. Braun Silk Epilator 9

RM 763.00

Alat ini tidak menggunakan wayar jadi ini memudahkan anda untuk menggunakannya di mana sahaja. Malah, kepalanya yang fleksibel juga boleh diselaraskan mengikut bahagian badan anda bagi tujuan keselamatan serta membolehkan proses tersebut berjalan dengan lancar. Selain itu, dengan sistem ‘Smart Light’, ia boleh menjadi petunjuk anda sambil mencukur bahagian tertentu. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai ‘gentle exfoliator’ yang menyental kulit anda pada masa sama.

4. Prado Rechargeable Epilator

RM 28.90

Jika anda perasan, ini adalah satu-satunya alat pencabut bulu dengan harga yang agak murah namun, ia masih melakukan tugasnya seperti alat yang lain. Anda boleh menggunakannya pada muka, bawah lengan dan bahagian badan lain yang anda mahukan. Selain itu, set epilator ini juga didatangkan dengan pemberus cuci serta ‘travel pouch’ bagi memudahkan anda membawa ia ke mana sahaja.

5. Keda Epilator KD-189

RM 229.00

Walaupun saiznya adalah lebih lebar berbanding epilator berbiasa, namun ia masih terasa selesa untuk dipegang. Dengan ciri pencabut bulu yang cepat dan efisien dalam membuang bulu dari akar, anda pasti tertarik untuk mendapatkannya. Malah, ia juga mempunyai fungsi dengan dua kawalan kelajuan, jadi anda boleh mengubah kelajuannya mengikut keselesaan dan keperluan anda.

6. Remington Epilator EP7300

RM 600.00

Alat ini boleh digunakan dengan atau tanpa air dan sesuai bagi membuang bulu di muka dan badan anda. Malah, ia dereka dengan kapasiti mencabut yang hebat di mana ia boleh mencabut lebih banyak bulu dengan satu penggunaan. Di samping itu, ia juga mengandungi pelindung bahagian atas dengan alor vera bagi melegakan kulit terutama jika anda mempunyai kulit yang agak sensitif. Dengan ini, bahagian yang terjejas tidaklah meradang seperti kaedah mencabut bulu biasa.

7. Philips Satinelle Essential Epilator

RM 169.00

Bagi mendapatkan kulit kaki yang bersih tanpa bulu, apa kata anda cuba alat ini yang sememangnya direka khas untuk membuang bulu di bahagian kaki. Ia dengan lembut membuang bulu walaupun sependek 0.5mm dari akarnya. Walaupun menggunakan wayar, namun ia sangatlah senang untuk digunakan serta bahagian kepalanya juga boleh dibasuh bagi tujuan kebersihan yang optimum. Jadi, selepas ini anda tidak perlu risau lagi dengan bulu di kaki anda!

8. Braun Silk Epilator 7

RM 777.00

Alat ini dikatakan merupakan epilator terbaik tanpa menyebabkan rasa sakit bagi mencabut bulu di bahagian bawah lengan, kaki dan bulu kemaluan. Ia mempunyai banyak bahagian kepala yang boleh diubah mengikut keperluan anda serta memberikan kesan yang halus pada kulit. Selain itu, ia juga adalah ‘waterproof’ jadi anda boleh menggunakannya tanpa rasa bimbang walaupun ketika sedang mandi.

9. Braun Face Mini Epilator

RM 795.00

Jika anda mencari epilator yang khas bagi bahagian wajah, ini adalah alat yang anda harus cuba! Ia dikatakan merupakan epilator terbaik bagi membuang bulu di bahagian atas bibir serta wajah anda. Dengan bahagian kepala yang lebih kecil berbanding kebiasaan, ini memudahkan anda untuk membuang bulu dengan lebih berkesan. Selain itu, ia juga mempunyai fungsi ‘exfoliator’ untuk menyental kulit serta membuang solekan pada muka anda juga.

error: Content is protected !!