Murraya koenigii adalah nama saintifik bagi daun yang kita kenali sebagai daun kari yang datang dari pokok kari. Negara India adalah tempat asal pokok ini dan ia banyak digunakan untuk tujuan perubatan dan masakan. Aroma daripada daun kari sangat kuat serta memiliki rasa yang unik dengan not sitrus.
Mungkin ramai yang mengira bahawa daun kari dan serbuk kari adalah sama, namun hakikatnya ia berbeza. Daun kari dan serbuk kari memang sering dijadikan campuran rempah dan popular sebagai perasa tambahan makanan.
Daun kari memang terkenal sebagai ramuan kuliner serbaguna, namun ia juga menawarkan banyak manfaatkan kesihatan kerana mengandungi sebatian tumbuhan yang kuat di dalamnya.
9 KEBAIKAN DAN KEGUNAAN DAUN KARI
1. Kaya dengan sebatian tumbuhan yang kuat
Ramuan herba wangi ini kaya dengan zat tanaman pelindung seperti alkaloid, glikosida, dan sebatian fenolik, yang memberikan manfaat kesihatan.
Melalui penyelidikan, dapat ditunjukkan bahawa daun kari mengandungi banyak sebatian, termasuk linalool, alpha-terpinene, myrcene, mahanimbine, caryophyllene, murrayanol, dan alpha-pinene.
Fungsi sebilangan besar sebatian ini adalah sebagai antioksidan dalam badan anda. Antioksidan sangat penting kepada tubuh badan untuk memastikan badan bebas penyakit.
Kesan antioksidan yang kuat daripada ekstrak daun kari terbukti dalam beberapa kajian. Sebagai contoh, kajian terhadap tikus menunjukkan bahawa rawatan oral dengan ekstrak daun kari yang kaya dengan antioksidan menentang kerosakan perut yang disebabkan oleh ubat-ubatan dan penurunan tekanan oksidatif.
Ekstrak daun kari melalui kajian haiwan lain menunjukkan ia membantu melindungi daripada kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh sistem saraf, jantung, otak, dan ginjal.
2. Mengurangkan faktor risiko penyakit jantung
Faktor penyakit jantung seperti kadar kolesterol tinggi dan trigliserida boleh meningkatkan risiko anda menghidap penyakit tersebut. Penggunaan daun kari ke dalam makanan dapat membantu mengurangkan beberapa faktor risiko ini.
Pengambilan daun kari memalui penyelidikan menunjukkan bahawa ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan jantung dengan beberapa cara. Sebagai contoh, ekstrak daun kari melalui kajian haiwan mendapati bahawa ia dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dan trigliserida yang tinggi.
3. Mungkin mempunyai sifat neuroprotektif
Daun kari melalui beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa ia dapat membantu melindungi kesihatan sistem saraf anda, termasuk otak. Penyakit Alzheimer adalah penyakit otak progresif yang dicirikan oleh kehilangan neuron dan tanda-tanda tekanan oksidatif.
Daun kari melalui kajian telah dibuktikan bahawa ia mengandung zat yang dapat membantu melindungi terhadap keadaan neurodegeneratif seperti penyakit Alzheimer.
Jumlah kerosakan oksidatif pada sel otak, serta enzim yang berkaitan dengan perkembangan penyakit Alzheimer juga dapat dikurangkan dengan manfaat daripada ekstrak daun kari.
4. Mungkin mempunyai kesan anti-kanser
Sebatian yang mempunyai kesan anti kanser yang ketara juga terkandung di dalam daun kari. Kajian tabung uji yang melibatkan tiga sampel ekstrak kari dari daun kari yang tumbuh di lokasi yang berlainan di Malaysia mendapati bahawa kesemuanya menunjukkan kesan anti kanser yang kuat dan menghalang pertumbuhan sejenis barah payudara yang agresif.
Kebolehan ekstrak daun kari melalui kajian tabung uji lain mendapati bahawa ia dapat mengubah pertumbuhan dua jenis sel barah payudara, serta penurunan daya hidup sel. Ekstrak daun kari juga mampu membunuh sel barah payudara.
Sebatian alkaloid pada daun kari yang disebut girinimbine dalam kajian tabung uji menunjukkan bahawa ia mendorong kematian sel barah usus besar.
Sebagai tambahan kepada girinimbine, kesan anti kanser yang kuat ini dikaitkan oleh penyelidik kepada antioksidan pada daun kari, termasuk quercetin, catechin, rutin, dan asam empedu.
Walaupun jelas bahawa daun kari mengandung sebatian yang berpotensi untuk melawan sel-sel barah tertentu, penelitian mengenai keberkesanannya pada manusia sangat diperlukan.
5. Bermanfaat untuk kawalan gula dalam darah.
Ekstrak daun kari dibuktikan melalui penyelidikan haiwan bahawa ia dapat membantu mengurangkan kadar gula darah tinggi dan melindungi dari gejala yang berkaitan dengan diabetes, termasuk sakit saraf dan kerosakan ginjal.
6. Mungkin mempunyai sifat menghilangkan rasa sakit.
Kajian pada tikus menunjukkan bahawa pemberian ekstrak kari secara oral mengurangkan kesakitan.
7. Mempunyai kesan anti-radang.
Sebilangan besar sebatian anti-radang terkandung dalam daun kari, dan penyelidikan haiwan menunjukkan bahawa ekstrak daun kari dapat membantu mengurangkan gen dan protein yang berkaitan dengan keradangan.
8. Menawarkan sifat antibakteria.
Ekstrak daun kari melalui kajian tabung uji mendapati bahawa ia dapat menghalang pertumbuhan bakteria yang berpotensi bahaya, termasuk Corynebacterium tuberculosis dan Streptococcus pyogenes.
9. Mudah ditambahkan pada diet anda
Sejak zaman kuno lagi, daun kari telah digunakan dalam masakan tradisional India . Daun kari sering digambarkan dengan rasa uniknya yang membawa not sitrus yang halus dengan sedikit kekenyangan.
Kebanyakan hidangan makanan ditambahkan daun kari untuk menghasilkan rasa yang aromatik terutama dalam hidangan daging, kari, dan resipi tradisional India yang lain.
Itulah sembilan manfaat dan khasiat yang terdapat pada daun kari. Ia bukanlah digunakan dalam masakan sahaja, malah boleh digukankan untuk merawat dan mencegah pelbagai penyakit. Oleh itu, pengambilan daun kari dalam makanan adalah sangat baik dan disyorkan kepada semua masyarakat kerana ia dapat menyihatkan tubuh badan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Sumber: