Now Reading
9 Fon Kepala Kalis Air Untuk Senaman

9 Fon Kepala Kalis Air Untuk Senaman

Fon kepala kalis air

Jadi pemilihan fon kepala kalis air untuk aktiviti mencabar yang mengeluarkan banyak peluh seperti menunggang basikal adalah penting.

 

Kini, rata-rata fon kepala kalis-air terdiri daripada fon kepala tanpa wayar, maksudnya tiada kehadiran wayar yang bersambung di antara fon kepala dengan telefon pintar mahupun iPod. Ketiadaan wayar ini memudahkan untuk membuat apa jua gerakan (juga perlu disebutkan, tiada wayar yang melantun seiring dengan setiap pergerakan yang anda lakukan).

Kebanyakan fon kepala seperti ini juga datang dengan ciri-ciri tambahan seperti corresponding app, mikrofon dalaman dan juga penjejakkan GPS. Ia juga datang dalam pelbagai jenis penggayaan, ukuran dan warna, sesuai dengan citarasa setiap individu.

Maka disini disenaraikan sembilan fon kepala kalis air yang amat sesuai untuk apa jua aktiviti mencabar yang anda ingin lakukan.

 

1. Fon kepala kalis air tanpa wayar Jaybird RUN True

Salah satu faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah kesesuaiannya pada ukuran telinga dan kepala-memandangkan tiada siapa mahu adanya sebarang ganggguan sewaktu sedang beraksi seperti mencari earbud yang tertanggal – Tetapi fon kepala jenama Jaybird ini datang dengan ukuran tip getah yang berbeza-beza mengikut keserasian apa jua ukuran telinga si pemakai. Malah ia menawarkan aplikasi yang mengesan kehilangan earbud dengan ketahanan bateri sehingga hingga empat jam lamanya.

 

2. Fon Kepala Tanpa Wayar Bragi 

Ia boleh digunakan sehingga enam jam secara berterusan, namun bukan itu sahaja. Mod “audio transparency” membolehkan bunyi diluar ‘masuk’sekaligus menjadikan anda peka pada persekitaran di sekeliling tanpa mengurangkan bunyi muzik yang sedang anda dengar – satu ciri yang bagus untuk mereka yang terlibat dalam aktiviti berlari.

 

3. Fon Kepala Sony Extra Bass Bluetooth

Mampu dimiliki dan dilengkapi dengan pelbagai ciri yang bagus termasuk penyambungan kepada Bluetooth dan mikrofon pasang-siap. Ia fon kepala kalis air, jadi anda tidak perlu bimbang jika memakainya dalam cuaca buruk. Bonus: baterinya tahan lama sehingga 8.5 jam.

 

4. Fon Kepala Tanpa Wayar JBL Under Armour

Meskipun reka bentuknya agak besar, namun ia direka sebegitu untuk mengekalkan kedudukannya sewaktu diletakkan pada telinga. Maka ia akan kekal terletak pada apa jua ukuran telinga pemakai tanpa perlu risau ia akan terjatuh atau longgar sewaktu melakukan aktiviti yang mencabar dan mengeluarkan peluh yang banyak. Terbaik untuk fon kepala kalis air.

 

5. Sennheiser PMX 686i Sports Earbud

Jika anda tidak mahu tertekan apabila memikirkan ketahanan penggunaan bateri, atau suka melakukan aktiviti secara spontan dan tidak suka menunggu lama apabila menukar earbud, maka ini sesuai untuk anda. Fon kepala ini direka dengan kalis-kelembapan dan mengguna material anti-bakteria. Rekaan ergonomik pula sesuai dengan telinga dan belakang kepala, mengurangkan kebarangkalian untuk jatuh mahupun tertanggal sewaktu menggunakannya.

 

6. Beats by Dr. Dre Powerbeats

Jika ia dicaj penuh, maka penggunaan fon kepala kalis peluh dan kalis-air ini mampu tahan lama sehingga 12 jam. Menariknya jika anda terkurang lima  minit mengecajnya, ia masih memberi ketahanan sehingga satu jam, jadi anda tidak perlu bimbang masalah kehabisan bateri menggangu sesi senaman anda.

 

7. Samsung SM-R140NZKAKAR Gear IconX

Storan memori dalaman 4GB bermaksud ia boleh menyimpan sehingga 1,000 lagu. Butang sisi yang peka sentuhan membolehkan anda membuat kawalan tanpa perlu menggangu earbud sewaktu anda menekan butang kawalan. Ia juga boleh digandingkan bersama aplikasi Samsung S—Health untuk mengesan kelajuan, jarak dan pengambilan kalori.

 

8. Fon Kepala Tanpa Wayar Fitbit Flyer

Ringan dan sporty, terima kasih pada salutan tahan-percikan dapat melindungi fon kepala ini daripada peluh dan air hujan. Ia juga boleh disesuaikan mengikut sebarang ukuran telinga dan juga mempunyai mod pendengaran yang berbeza-beza.

 

9. Fon Kepala Bose SoundSport Free Truly Wireless Sport

Bose sememangnya terkenal kerana kualiti suaranya, jadi fon kepala jenama ini juga mempunyai kualiti yang sama. Dengan penggunaan bateri sehingga lima jam, bersama penambahan dua pencaj pada beg mudah alih, maka lebih banyak aktiviti boleh dilakukan. Menariknya ia juga datang dengan tiga pasang StayHear+ dan sport tip earbud yang kalis-peluh dan kalis-air.

SUMBER

https://www.rtings.com/headphones/reviews/best/wireless-bluetooth-earbuds-running

https://www.forbes.com/sites/forbes-personal-shopper/2019/04/29/the-5-best-workout-headphones-of-2018/#65f4fcb2447b

https://www.mirror.co.uk/tech/best-gym-headphones-for-2019-13808358

https://www.soundguys.com/best-running-headphones-5090/

error: Content is protected !!