Now Reading
9 Kebaikan Udang Kara Untuk Kesihatan

9 Kebaikan Udang Kara Untuk Kesihatan

9 Kebaikan Udang Kara Untuk Kesihatan
https://www.herworld.com/life/5-health-benefits-eating-more-lobsters-0/

Udang kara atau ‘lobster’ adalah sejenis hidupan laut bercangkerang yang biasanya disediakan dengan cara didih atau kukus. Hidupan yang penuh kebaikan ini boleh dimakan sebagai hidangan utama, dinikmati sebagai isi roti sandwic, atau ditambahkan ke hidangan lain seperti pasta, kentang tumbuk, dan telur Benedict.

Dalam dunia masakan, hanya terdapat sedikit makanan laut yang lebih berharga jika dibandingkan udang kara ini. Dagingnya yang padat namun lembut, kaya dengan rasa tersendiri, dan permintaan yang semakin tinggi menjadikan udang kara sebagai simbol kemewahan selama bertahun-tahun.

Dengan reputasi dalam masakan ‘gourmet’, manfaat kesihatan udang kara sering terlepas pandang dan bahkan tidak dapat dipertimbangkan, tetapi nilai pemakanan udang kara inilah yang akan membuatkan anda mempertimbangkan kembali bagaimana anda menikmatinya selepas ini.

Selain rasa yang sangat enak, ternyata ia juga bagus sebagai sebahagian daripada pemakanan sihat anda dan mempunyai pelbagai jenis kebaikan. Inilah antara sebabnya:

1. Meningkatkan daya otak anda

Siapa sangka bahawa pengambilan udang kara akan membantu mengekalkan fungsi kognitif? Kuantiti vitamin dan mineral sihat dalam hidangan laut ini memberi kesan positif pada kesihatan otak, kerana B12 adalah penyumbang utama bagi mendapatkan fungsi otak yang baik dan mengekalkan kekuatan saraf anda. Choline, iaitu nutrien lain yang banyak terdapat dalam udang kara juga terbukti dapat meningkatkan perkembangan ‘neurotransmitter’ dalam otak anda, mengekalkan tahap seperti penyakit neurodegeneratif Alzheimer, Demensia dan Parkinson pada tahap tidak serius, sambil meningkatkan produktiviti dan kecekapan otak anda. Selain itu, pengambilan udang kara secara berkala akan memberi manfaat bagi mental anda buat jangka masa panjang yang akan meningkatkan kualiti hidup anda di kemudian hari.

2. Menguatkan tulang anda

Kebaikan protein dalam udang kara membantu menyuburkan tulang agar kerangka anda tetap baik dan sihat. Walaupun ia biasanya tidak dianggap sebagai makanan yang membantu menghasilkan tulang yang kuat, daging udang kara sebenarnya mengandungi banyak mineral yang diperlukan untuk kesihatan tulang yang baik. Hidangan udang kara sebanyak 6-auns sahaja sudah mengandungi 274 miligram ‘phosphorus’ dan 140 miligram kalsium. Tahukah anda ini menyediakan lebih 39 peratus daripada keperluan fosforus harian anda dan 14 peratus daripada pengambilan kalsium harian yang disyorkan? Mineral ini justeru bekerjasama untuk membentuk komponen hydroxyapatite iaitu mineral kuat dan padat yang terdapat di tulang anda.

3. Membekalkan tenaga untuk badan

Dengan kandungan khasiat 28gram protein setiap cawan, udang jenis ini adalah antara hidangan ideal bagi mana-mana individu yang ingin makan secara sihat dan berminat dengan makanan berprotein tinggi. Protein tambahan ini disimpan di dalam badan sebagai tenaga, jadi sedikit udang kara dalam diet anda pastinya membantu anda sentiasa bertenaga sepanjang hari.

4. Mengurangkan keradangan

Kandungan lemak baik dalam udang kara bersama protein dapat membantu mengurangkan keradangan di dalam badan. Asid lemak omega-3 yang terdapat dalam makanan bercangkerang mengekalkan keseimbangan kadar kolesterol dan membantu meningkatkan sebatian yang melindungi tubuh, iaitu prostaglandins. Lipid ini meningkatkan aliran darah dan membantu memanggil sel darah putih, justeru membantu dalam penyakit seperti artritis dan meningkatkan peredaran darah secara keseluruhan.

5. Menggalakkan jantung yang sihat

Asid lemak omega-3 dan omega-6 yang tinggi  membantu mengimbangkan tahap kolesterol dan ini boleh dijumpai dalam udang kara. Begitu juga dengan DHA dan EPA yang diperlukan untuk fungsi jantung yang penting, dan lebihan udang kara dapat membantu mencegah strok dan penyakit kardiovaskular lain apabila dimakan secara sederhana. Meletakkan udang kara sebagai antara menu biasa harian anda akan memastikan darah mengalir ke jantung secara sihat, di samping boleh mengenyangkan perut anda.

6. Menjadi sumber protein yang baik

Udang kara sangat kaya dengan khasiat protein. Ia berfungsi sebagai sumber protein tanpa lemak yang sangat baik, dengan hidangan 6 auns sahaja sudah boleh menyediakan 28 gram protein dengan hanya 1.2 gram lemak. Protein ini juga menyediakan asid amino iaitu sebatian kecil yang dapat disatukan oleh sel menjadi protein baru yang diperlukan untuk mengekalkan tisu yang sihat. Selain itu, protein adalah penting kerana ia menyuburkan tulang dan tulang rawan untuk memastikan kerangka anda tetap kuat dan darah anda mengalir dengan baik.

7. Membantu dalam penyakit anemia

Anemia berlaku apabila anda tidak mempunyai sel darah merah yang mencukupi atau sel darah merah tidak berfungsi dengan baik. Ia juga boleh menjadi gejala kekurangan kuprum atau ‘copper’. Mengambil ‘copper’ yang mencukupi akan memberi manfaat kepada individu dengan semua bentuk anemia. Ia mempunyai kebaikan kandungan kuprum tertinggi berbanding makanan lain. Dengan kadar kuprum yang tinggi dalam udang kara, individu terjejas dapat menyembuhkan penyakit anemia mereka, atau setidaknya mengurangkan gejala penyakit tersebut serta meningkatkan kadar zat besi mereka.

8. Menggalakkan tiroid yang sihat

Selenium yang terdapat dalam udang kara diketahui dapat membantu mengatasi tiroid. Tiroid yang sihat boleh dihasilkan dengan memakan lebih banyak udang kara. Bahan ini bertindak sebagai antioksida dan membantu tiroid menyerap apa yang diperlukan untuk berfungsi dengan cekap sambil menjaga sel-sel buruk agar tidak membahayakan. Analisis meta menunjukkan bahawa mereka yang menghidap penyakit tiroid kerana kekurangan selenium mencatat kesan positif apabila meningkatkan pengambilan selenium mereka, termasuklah peningkatan kesejahteraan umum, peningkatan emosi dan peningkatan fungsi tiroid.

9. Membantu dalam penurunan berat badan

Udang kara tidak mengandungi terlalu banyak kalori seperti beberapa pilihan makanan lain. Dengan jumlah kalori yang kurang jika diambil dalam hidangan tertentu, bersama dengan kandungan asid lemak omega-3 yang terdapat dalamnya, udang jenis ini sangat sesuai untuk membantu dengan penurunan berat badan. Individu yang ingin menurunkan berat badan harus beralih kepada pengambilan lebih banyak ikan berbanding jenis daging lain. Elakkan mengambil udang kara anda bersama mentega biasa yang banyak disajikan di banyak restoran makanan laut. Sebaliknya, sediakan makanan anda sendiri di rumah dengan memilih mentega berkualiti tinggi untuk menjadikan hidangan udang kara yang enak. Perah sedikit  lemon di atasnya untuk meningkatkan rasanya.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/303332

https://globalseafoods.com/blogs/news/health-benefits-of-lobster

https://csfbvi.com/news/3-surprising-health-benefits-of-lobster/

https://www.thejoint.com/nevada/henderson/pebble-marketplace-36008/259210-6-health-benefits-eating-lobster

error: Content is protected !!