Makanan Ramadan yang bertenaga penting diambil ketika bersahur agar anda tidak cepat lapar dan letih ketika melaksanakan tugas masing-masing. Ia merupakan amalan sunnah dan penting untuk mengekalkan tenaga anda sepanjang hari. Sesetengah makanan yang disenaraikan dalam artikel ini melepaskan tenaga dalam badan anda secara perlahan-lahan bagi mengekalkan rasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Jadi, ia amat sesuai untuk dijamah sewaktu sahur
1. Telur
Telur adalah makanan Ramadan yang bertenaga yang paling baik untuk sahur. Ia merupakan salah satu makanan berkhasiat di muka bumi dan sangat tinggi dengan kandungan protein. Memakan telur adalah satu cara untuk kekal kenyang buat masa yang lama dan malah, ia juga lazat.
2. Avokado
Buah yang kaya dengan nutrien ini perlu dimasukkan dalam menu makanan Ramadan yang bertenaga untuk sahur anda. Ia juga menambah tekstur dan perasa kepada sebarang hidangan. Avokado tinggi dengan serat. Serat adalah bahan daripada tumbuhan yang tidak boleh dihadam yang boleh menyumbang kepada penurunan berat badan dan pengurangan lonjakan gula darah. Kelebihan lain avokado adalah ia boleh membuatkan anda kenyang dalam jangka yang lama, jadi pelepasan tenaga dilakukan secara perlahan sepanjang hari.
3. Mufin bran
Bran kaya dengan serat dan merupakan bijirin yang versatil. Ia memudahkan bahan-bahan bergerak dalam badan anda dan menyumbang kepada diet yang sihat dan menyeluruh sebagai makanan Ramadan yang bertenaga yang boleh mengawal kelaparan sewaktu bepuasa di bulan Ramadan.
Mufin bran adalah bagus kerana ia boleh dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan boleh dimakan beberapa kali dalam seminggu. Malah, anda juga boleh menyimpan di dalam peti ais adunannya untuk digunakan di kemudian hari.
4. Mentega badam
Mentega badam adalah mentega kacang yang baru. Diperkaya dengan vitamin E, ia membantu menurunkan kolesterol, meningkatkan kesihatan jantung, penuh nutrien dan mempunyai rasa yang lazat. Universiti Sekolah Perubatan Massachusetts mengesyorkan badam sebagai salah satu kacang yang perlu dimasukkan dalam diet anda secara berkala kerana ia menyumbang sebagai salah satu makanan Ramadan yang bertenaga.
5. Kacang Fava / Pool
Majoriti masyarakat Arab mungkin agak biasa dengan kacang fava, yang turut dikenali sebagai kacang pool di Malaysia. Ia adalah sejenis kacang kecil yang berwarna hijau, dan bertukar menjadi perang apabila dimasak. Kacang ini agak terkenal di negara-negara Arab kerana anda boleh membelinya dalam tin dari mana-mana pasaraya. Kacang yang kaya dengan nutrien ini tinggi dengan protein dan serat. Selain itu, ia juga rendah lemak dan merupakan sumber makanan yang baik bagi pelbagai nutrien penting untuk kesihatan manusia. Makanan Ramadan yang membekalkan bertenaga ini juga lazat apabila diperisakan dan boleh dimakan bersama telur goreng, keju atau roti.
6. Yogurt Greek
Yogurt Greek memiliki keistimewaannya tersendiri. Makanan Ramadan bertenaga yang berkrim dan lazat ini adalah cara yang terbaik bagi persediaan untuk berpuasa. Yogurt Greek juga dipenuhi dengan probiotik dan kuantiti protein yang berganda berbanding yogurt biasa. Protein tambahan di dalamnya boleh membuatkan anda kenyang. Selain itu, yogurt Greek rendah karbohidrat dan turut membantu membendung kehausan.
7. Salmon salai
Ikan berwarna oren ini telah menjadi sebahagian nutrien penting dalam pemakanan manusia sejak zaman batu lagi. Salmon adalah salah satu makanan Ramadan bertenaga yang dikhususkan dalam diet paleo, kerana ia merupakan sumber protein, vitamin dan mineral yang terbaik. Malah, salmon juga dikenali dengan asid lemak omega-3, iaitu asid lemak penting kerana badan tidak boleh menghasilkannya sebaliknya, ia perlu didapati melalui makanan atau sumber luar yang lain. Omega-3 berfungsi untuk memelihara kesihatan fungsi otak.
8. Quinoa
Quinoa adalah antara makanan Ramadan yang sihat yang paling digemari semua individu di serata dunia kerana ia bebas gluten, kaya dengan protein dan mengandungi semua asid amino penting. Selain itu, ia juga biasanya ditanam secara organik. Ia boleh dimakan bersama makanan-makanan lain, jadi anda boleh mengambilnya pada bila-bila masa sahaja. Apa yang penting ialah, ia boleh membuatkan anda berasa kenyang sepanjang hari.
9. Mentega kacang
Walaupun ia cenderung dikaitkan dengan roti, mentega kacang adalah bahan berkrim yang tinggi protein dan boleh mengekalkan rasa kenyang. Mentega versatil ini juga sangat bagus sebagai makanan Ramadan dan untuk kesihatan anda. Minyak sihat dalam mentega kacang boleh membantu proses penurunan berat badan dan kencing manis. Bukan itu sahaja, mentega kacang juga dipenuhi dengan lemak monounsaturated yang baik untuk jantung.