Now Reading
9 Petua Sakit Gigi: Cuba di Rumah Untuk Kelegaan Cepat

9 Petua Sakit Gigi: Cuba di Rumah Untuk Kelegaan Cepat

9 Petua Wajib Anda Cuba Untuk Melegakan Sakit Gigi

Sakit Gigi adalah kesakitan di dalam gigi, di sekitar gigi dan rahang. Puncanya boleh terdiri daripada kerosakan gigi, jangkitan, gigi patah atau longgar, atau gusi yang rosak.

Ia terjadi apabila saraf pada akar gigi atau saraf mengelilingi gigi meradang. Jangkitan gigi, kerosakan, kecederaan, atau kehilangan gigi merupakan beberapa punca utama Sakit Gigi. Bukan itu sahaja, Sakit Gigi juga boleh berlaku selepas pembedahan gigi atau gigi dicabut.

Kebiasaannya kesakitan akan bermula di kawasan tertentu dan merebak sehingga ke kawasan rahang yang berhampiran. Kawasan tertentu tersebut termasuklah sendi rahang, telinga, hidung dan jantung.

Bakteria yang tumbuh dalam mulut anda pula boleh menyumbang kepada Penyakit Gusi dan Kerosakan Gigi. Kedua-duanya boleh menyebabkan kesakitan. Namun begitu, Penyakit Gusi selalunya jarang mengakibatkan kesakitan.

Majoriti masalah pergigian boleh dicegah melalui ‘floss’, memberus gigi dengan ubat gigi mengandungi florida dan melakukan rawatan pembersihan gigi secara berkala sebanyak 2 kali dalam setahun. Bagi kanak-kanak, doktor gigi akan mengesyorkan penggunaan ‘sealants’ dan florida.

Untuk membeli produk penjagaan gigi , sila layari healthmart.co, penaja kami yang menjual produk kesihatan yang bermutu and asli. Terima kasih atas sokongan anda.


Oral-B Essential Waxed Dental Floss 50m

RM 10.94

Oral B Essential Waxed Dental Floss adalah rawatan penjagaan mulut yang lengkap untuk melindungi gigi dan gusi daripada reput. Benang gigi berlilin adalah formula berkesan membersihkan plak dan bakteria dengan mudah dari ruang interdental. Penjagaan mulut berperisa pudina adalah lapisan lilin ringan yang mudah meluncur di antara garis gigi dan gusi. Kandungannya membersihkan sehingga sukar untuk mendapatkan plak dan membebaskan gigi dan gusi dari sebarang risiko reput.

Jika kesakitan berlangsung selama lebih daripada 1 atau 2 hari, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor gigi dengan segera untuk menjalani rawatan.

Sementara itu, anda juga boleh melakukan petua sakit gigi berikut yang disediakan dengan bahan-bahan biasa yang terdapat di rumah. Ia membantu memberi kelegaan sementara daripada ketidakselesaan Sakit Gigi.

1. Pek Ais

Jika Sakit Gigi anda masih berlangsung selama lebih dari 1 atau 2 hari, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi. Pek ais boleh membantu meringankan kesakitan gigi yang anda alami terutamanya jika Sakit Gigi disebabkan oleh kecederaan dan pembengkakan gusi.

Anda boleh meletakkan pek ais di bahagian luar pipi di atas gigi yang sakit selama beberapa minit pada satu masa.

Ais boleh membantu menahan saluran darah dengan memperlahankan aliran darah ke kawasan yang terjejas. Ia membantu mengurangkan rasa sakit, bengkak dan keradangan.

2. Kumur Air Garam

Membilas atau kumur mulut dengan air garam yang suam boleh membantu melonggarkan sisa yang tersekat dalam kaviti atau di celah-celah gigi anda. Ia juga boleh mengurangkan bengkak, menggalakkan penyembuhan dan melegakan Sakit Tekak.

Air garam boleh dibuat dengan melarutkan 1 sudu teh garam ke dalam segelas air suam dan kumur dalam mulut selama 30 saat sebelum meludahnya. Proses ini boleh diulangi seberapa kerap yang diperlukan.


MHP Miracle Sea Salt 200g

RM 5.90

Mineral dalam Garam Laut Miracle sangat penting bagi tubuh manusia, kerana natrium klorida diperlukan untuk pencernaan dan peluh, tetapi bukan pengeluaran natrium tubuh sendiri, kekurangannya, tubuh tidak dapat memindahkan nutrien atau oksigen, tidak dapat atau pergerakan denyut saraf Pengaliran otot, jantung tidak boleh berdegup. Pengambilan garam yang terlalu sedikit akan menyebabkan tahap natrium badan rendah, yang paling langsung menunjukkan hilangnya selera makan, kelemahan, dan pening dan sebagainya.

Ambil garam laut Miracle 15 gram, dengan 200 ml air sehingga cair sepenuhnya, dan kemudian dengan air garam laut, bilas 10 saat di kerongkong, kemudian ludahkan tindakan yang sama tiga kali; dan minum, ini cara lain untuk menyembuhkan radang amandel dengan berkesan. Pada tiroid juga baik, kerana iodine garam laut yang lebih tinggi mendasari sebabnya. Oleh itu, rawatan kesihatan terbaik: Setiap pagi dan petang untuk minum air garam berkumur dan minum satu, boleh menghilangkan panas, membersihkan mulut, membunuh bakteria, cara yang berkesan untuk mencegah penyakit. Kaedah ini digunakan selama ribuan tahun, dan sekarang sama seperti berkesan.

3. Ubat Tahan Sakit

Ubat Tahan Sakit seperti acetaminophen dan ibuprofen boleh memberikaan kelegaan kesakitan sementara untuk Sakit Gigi.


Now Foods, Castor Oil, 650 mg, 120 Softgels

RM 5.00

Digunakan untuk melegakan sakit gigi, bengkak akibat sakit gigi dan sakit kepala.

MAL10053706TC

Walau bagaimanapun, aspirin tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 16 tahun.

4. Bawang putih

Bawang putih telah digunakan secara meluas untuk tujuan perubatan sepanjang sejarah. Ia mengandungi bahan yang digelar allicin yang menyumbang kepada sifat antibakterianya yang kuat.

Caranya mudah sahaja, ambil seulas bawang putih yang segar dan hancurkannya terlebih dahulu. Kemudian campurkannya dengan sedikit garam. Letakkan campuran tersebut pada gigi yang terjejas selama beberapa minit.


Blackmores Garlic Capsule 90s

RM 19.90

Minyak Bawang Putih Blackmores memberikan kelebihan bawang putih dalam bentuk minyak pekat. Minyak Bawang Putih Blackmores mengandungi setara dengan 3g Bawang Putih setiap kapsul. Bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang tertumpu dalam mentol.

Sebatian sulfur ini merangkumi alliin, asid amino yang mengandungi sulfur. Alliin bertanggungjawab untuk banyak tindakan bermanfaat bawang putih. Alliin ditukar oleh enzim yang terdapat secara semula jadi dalam bawang putih menjadi allicin sebatian aktif, apabila bawang putih dipotong, dihancurkan atau dikunyah. Allicin bertanggungjawab untuk ciri bau bawang putih, dan aktiviti biologi bawang putih terletak pada kemampuannya menghasilkan allicin.

Dewasa – Ambil 1 kapsul 3 kali sehari dengan makanan.

MAL19961924T

5. Teh Pudina

Teh pudina boleh membantu melegakan sakit gigi kerana sifat-sifat ‘kebasnya’.


BOH Peppermint Herb Bags

RM 11.88

BOH Peppermint Infusion dengan rasa penyejuknya, menjadikan ubat penenang untuk membersihkan minda dan menyegarkan semangat. Infusi kami juga membuat minuman selepas makan yang menyegarkan.

Infus Herba
Selama berabad-abad infus ramuan telah diminum kerana kualiti hidup mereka. Tidak seperti teh wangi, mereka terbuat dari ramuan dan tumbuhan tulen. Dari aroma yang memikat hingga pelbagai sifat yang menenangkan dan menyegarkan, mereka adalah alternatif yang menyegarkan daripada minuman tradisional.

Seperti cengkih, pudina mempunyai sifat-sifat kebas yang boleh melegakan Sakit Gigi. Tambahan lagi, kandungan menthol di dalamnya yang memberikan rasa dan bau berangin (minty) juga terkenal dengan sifat antibakteria.

Masukkan satu sudu teh daun pudina kering ke dalam secawan air mendidih dan rebus selama 20 minit. Setelah sejuk, ia boleh dikumur di dalam mulut kemudian diludah atau diminum.

Uncang teh yang suam dan basah juga boleh digunakan dan diletakkan pada gigi yang sakit selama beberapa minit sehingga rasa sakit berkurang.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menitikkan beberapa titisan minyak pudina pada bola kapas dan meletakkannya pada gigi yang terjejas sebagai ubat sementara.

6. Thyme

Thyme dikenali dengan penggunaannya dalam perubatan tradisional dan merupakan ubat yang berkesan untuk jangkitan bahagian dada, seperti Bronkitis atau Batuk Kokol. Thymol, yang merupakan komponen utama minyak pati thyme, mempunyai sifat antiseptik dan antikulat.

Setitik minyak pati thyme boleh ditambah ke dalam segelas air untuk menghasilkan cecair kumuran mulut.

Kaedah lain adalah menitikkan beberapa titisan minyak pati thyme dan air ke bola kapas. Selepas menambah air, tekan bola kapas tersebut pada gigi yang sakit.

7. Gel Lidah Buaya

Gel Lidah Buaya boleh didapati di dalam sejenis tumbuhan yang berair yang dikenali sebagai Daun Lidah Buaya. Ia telah lama digunakan untuk menyembuhkan luka terbakar dan luka kecil. Sesetengah individu kini menggunakan gel ini untuk membersihkan dan melegakan gusi.

Kajian telah menunjukkan bahawa lidah buaya mempunyai sifat antibakteria semula jadi dan boleh memusnahkan kuman yang menyebabkan kerosakan gigi.

Gel hendaklah digunakan di kawasan mulut yang sakit dan diurut dengan perlahan-lahan. Anda juga boleh dapatkan gel perubatan di farmasi yang membantu melegakan masalah gigi anda.


Oral Aid Gel Strawberry 15G

RM 10.50

Mengurangkan keradangan dan membantu melawan jangkitan pada gigi, ulser mulut, sakit gigi palsu dan luka sejuk.

8. Bilasan Hidrogen Peroksida

Bilasan larutan hidrogen peroksida merupakan ubat kumur antibakteria yang berkesan, terutamanya jika Sakit Gigi yang anda alami berpunca dari jangkitan.

Sedikit peringatan, hidrogen peroksida adalah berbahaya jika ditelan begitu banyak dan anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila membilas mulut anda dengannya.

3% larutan hidrogen peroksida dan air harus dicampur secara sama rata dan kumur selama 30 saat dalam mulut anda. Selepas meludahnya, mulut anda perlu dibilas beberapa kali dengan air kosong.


Polylab Hydrogen Peroxide 6% 100ml

RM 6.00

Hidrogen peroksida untuk luka kecil, ulser dan lecet

Hidrogen peroksida tidak boleh ditelan dan ubat ini tidak disyorkan untuk kanak-kanak.

9. Cengkih

Cengkih mempunyai tahap pH anti-radang dan antibakteria. Ia merupakan sejenis rempah yang berasal dari Kepulauan Maluku di Indonesia. Cengkih mengandungi eugenol iaitu sebatian kimia yang bertindak sebagai anestetik semula jadi.

Tambahan lagi, Cengkih juga mempunyai sifat anti-radang dan antibakteria semulajadi yang boleh membantu melawan jangkitan gigi dan gusi.

Anda boleh meletakkan bola kapas kecil ke dalam minyak Cengkih dan letakkan di kawasan yang terjejas.

Cengkih kering juga boleh digunakan. Anda hanya perlu mengunyahnya dengan perlahan-lahan sehingga mengeluarkan minyak dan gigit pada gigi yang terjejas selama 30 minit.

Bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor gigi?

Petua rawatan di rumah ini bertujuan untuk memberikan bantuan sementara sahaja. Adalah penting untuk mendapatkan rawatan segera daripada doktor gigi jika Sakit Gigi telah berlanjutan selama lebih daripada 1 atau 2 hari.

Jika sakit gigi tidak dirawat dengan segera, ia mungkin boleh membawa kepada masalah yang lebih serius, seperti penyakit gusi atau abses gigi. Abses terjadi apabila bakteria telah menjangkiti bahagian paling dalam pada gigi yang dipanggil pulpa gigi.

Sebagai tambahan,

Cara terbaik untuk mengelakkan Sakit Gigi atau Abses Gigi adalah dengan menjaga kebersihan gigi dan gusi sebaik mungkin. Perkara ini boleh dilakukan dengan langkah-langkah berikut:

  • Memberus gigi dengan ubat gigi mengandungi fluorida dua kali sehari, sekurang-kurangnya selama 2 minit
  • Menghindari makanan dan minuman manis
  • ‘Floss’ atau menggunakan berus interdental secara berkala untuk membersihkan gigi dan di bawah garis gusi
  • Jangan merokok kerana merokok boleh menyebabkan masalah pergigian lebih teruk
  • Lakukan pemeriksaan gigi secara berkala
  • Jika seseorang mengalami Sakit Gigi yang berlanjutan lebih lama daripada beberapa hari, anda harus berjumpa dengan doktor gigi untuk nasihat dan rawatan.
error: Content is protected !!