A Famosa Resort Melaka ialah salah satu lokasi pelancongan menarik di Melaka. Ia adalah sebuah resort yang mempunyai berbagai tarikan selain dari penginapan yang selesa. Disini pengunjung boleh menikmati percutian riang-ria bersama keluarga di taman tema air, Animal Safari dan juga Cowboy Town. Selain itu terdapat pelbagai jenis permainan outdoor dan aktiviti sukan serta riadah yang boleh dilakukan sepanjang percutian disana.
Taman Tema A Famosa Melaka
Tarikan utama A Famosa Resort Melaka ialah taman tema yang ada disini. Terdapat tiga taman tema menarik iaitu:
- Animal World Safari.
- Taman Tema Water World
- Cowboy Town.
Safari Wonderland
Safari Wonderland (dahulu dikenali sebagai Animal World Safari) mempunyai berbagai spesis haiwan liar dan juga jinak. Dibuka setiap hari dari 9.00am–5.00pm. Berbagai tarikan ada disini seperti:
- Safari Adventure – Pengunjung akan menaiki trak melalui kawasan binatang-binatang liar seperti harimau, singa, girafah, unta, gajah, kuda belang dan lain-lain.
- Monkey Island – Pulau monyet yang terletak di tengah tasik ini mempunyai berbagai jenis monyet dari seluruh dunia. Pengunjung perlu menaiki tongkang yang akan membawa mereka ke Monkey Island.
- Walk-Thru Area – Kawasan lanskap menarik dimana pengunjung akan melalui kawasan ini dan memberi makan pada haiwan jinak yang ada di sini. Antara haiwan yang ada ialah flamingo, itik, raccoon, unta, burung merak dan lain-lain.
- Farm House – Kawasan ternakan yang mempunyai berbagai jenis ayam dan arnab. Pengunjung pasti teruja melihat berbagai spesis dari luar negara yang jarang ditemui.
Berbagai aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di A Famosa Melaka Safari Wonderland seperti:
- Melihat pertunjukan binatang – Pertunjukan persembahan gajah, pertunjukan berbagai binatang dan pertunjukan persembahan burung.
- Pertunjukan persembahan Wild Wild West.
- Menunggang binatang.
Terdapat beberapa restoran dan cafe di A Famosa Melaka Safari Wonderland untuk pengunjung menjamu selera seperti:
- Lake view restaurant.
- Medan selera makanan tempatan.
- Bamboo Steak House.
Water Theme Park
A Famosa Water Theme Park (dahulu dikenali sebagai Water World) ialah taman tema air terbesar di Malaysia. Ia mempunyai berbagai permainan air yang menarik untuk orang dewasa dan juga permainan yang sesuai untuk kanak-kanak. Dibuka setiap hari dari 11.00am-7.00pm pada hari Isnin hingga Jumaat. Pada hari Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah dibuka dari 9.00am – 7.00pm. Antara permainan menarik yang ada di sini ialah:
- Sandy Beach – Kawasan berpasir putih bagaikan di tepi pantai.
- Wave Pool – Kolam yang berombak besar apabila siren berbunyi.
- Lazy River – Pengunjung boleh menaiki pelampung menyusuri Lazy River sambil melihat kawasan Water Theme Park.
- Inner Tube Slides – Pengunjung menaiki pelampung dan menggelongsor dalam tiub yang gelap, bengkang-bengkok sebelum berakhir didalam kolam.
- Family Raft Ride – Menaiki rakit beramai-ramai dan menyusuri tiub yang besar dan menggelongsor laju.
- High Speed Slides – Permainan air paling mencabar dan menyeronokkan di A Famosa Water Theme Park. Pengunjung akan meluncur laju di atas gelongsor yang setinggi tujuh tingkat.
- Body Slides – Salah satu dari permainan air menarik yang ada di sini. Pengunjung akan menaiki pelampung dan menggelongsor laju diatas tiub yang mencabar.
- Splash Aqua Challenge – Permainan air dimana pengunjung perlu mengatasi halangan yang memerlukan mereka melompat, memanjat, berlari, berayun dan lain-lain.
- Arabian Village – Kawasan permainan air untuk kanak-kanak.
- Kids Adventure Play Pool – Kawasan kolam permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak.
Jika anda penat dan lapar, terdapat banyak restoran dan cafe di A Famosa Melaka Water Theme Park yang boleh dikunjungi seperti:
- Side Walk Café.
- Fast Food Pavilions.
- Medan selera.
- Bistro.
Lain-lain yang ada di Water Theme Park ini ialah:
- Kedai pakaian renang.
- Kedai barangan cenderamata.
- Kemudahan – Bilik persalinan dan surau.
- Sewaan – Locker, pelampung, cabana.
Cowboy Town
Kawasan “Pekan Cowboy” dimana terdapat kedai, restoran, persembahan, permainan dan bermacam-macam lagi. Semuanya bertemakan cowboy. Cowboy Town dibuka dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam. Antara yang menarik disini ialah:
- Red Indian Show.
- Fireworks.
- Carnival.
Disini juga terdapat beberapa aktiviti dan permainan menarik untuk pengunjung seperti:
- 4D Theater.
- Bowling.
- Children Theme Park.
- Fun fair.
Terdapat beberapa restoran dan cafe di A Famosa Melaka Cowboy Town yang boleh dikunjungi iaitu:
- The Ranch Steak House.
- Huang Di Restaurant.
- Kopitiam.
- Aktiviti sukan dan rekreasi
Selain keseronokan di taman tema, terdapat berbagai aktiviti sukan dan rekreasi yang disediakan di A Famosa Melaka. Antaranya ialah:
Aktiviti rekreasi dan riadah:
- Memanah.
- Menunggang kuda.
- Permainan Paintball.
- Rock Climbing.
- Go Kart.
- Paddle Boat.
- Pony Ride.
- Menaiki kereta kuda.
- Target Shooting.
- Memancing.
Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti sukan seperti:
- Basketball.
- Jogging.
- Berbasikal.
Penginapan di A Famosa Resort Melaka
Terdapat beberapa jenis penginapan menarik di A Famosa Resort Melaka yang boleh anda pilih sebagai tempat penginapan percutian seperti:
Resort Hotel
Resort Hotel adalah bilik penginapan menarik yang sesuai untuk dua orang atau lebih. Terdapat tiga jenis bilik yang boleh dipilih iaitu Standard, Superior atau Suites. Fasiliti yang disediakan ialah:
- Bilik berhawa dingin.
- Television.
- Katil bayi.
- Balkoni.
- Permainan Carrom.
- Permainan Chess.
- Permainan Mahjong.
- Basikal.
- Ironing Board.
- Wifi percuma di kawasan lobi.
Condotel dan Apartment
Terdapat beberapa jenis Condotel yang boleh dipilih. Family Studio adalah bilik penginapan menarik yang sesuai untuk dua orang atau lebih. Pengunjung juga boleh memilih Condotel dua bilik atau tiga bilik mengikut kesesuaian masing-masing. Harga bermula dari RM266.00 untuk semalam. Fasiliti yang disediakan ialah:
- Bilik berhawa dingin.
- Ruang tamu dengan sofa.
- Meja.
- Television.
- Katil bayi.
- Permainan Carrom.
- Permainan Chess.
- Permainan Mahjong.
- Basikal.
- Ironing Board.
- Wifi percuma di kawasan lobi.
Villa
Villa pula sesuai untuk kumpulan atau keluarga yang besar. Ia adalah penginapan menarik tiga atau empat bilik tidur dengan kemudahan kolam mandi dan lain-lain. Bagi Standard Room, harga bermula dari RM569.00 untuk semalam. Manakala Superior Room pula, harga bermula dari RM686.00 untuk satu malam. Fasiliti yang disediakan ialah:
- Bilik berhawa dingin.
- Katil bayi.
- Television.
- Ruang tamu dengan sofa.
- Dapur.
- Meja.
- Balkoni.
- Permainan Carrom.
- Permainan Chess.
- Permainan Mahjong.
- Basikal.
- Ironing Board.
- Wifi percuma di kawasan lobi.
Percutian ke A Famosa Resort Melaka adalah idaman sesiapa sahaja. Selamat bercuti!
Sumber:
https://www.percutianbajet.com/melaka/bercuti-di-famosa-melaka
http://www.wawaashiharaa.com/2018/03/percutian-4-dalam-1-di-famosa-resort.html
https://www.jomjalan.com.my/listing/taman-tema-a-famosa-resort/