Siapa tak kenal acar timun? Setiap kali kenduri menu sayuran yang wajib mestilah acar timun. Ia sesuai dimakan dengan berbagai jenis nasi seperti nasi minyak, nasi tomato dan lain lain lagi. Bahkan makan dengan nasi putih biasa pun boleh membangkitkan selera.
Tapi, yang selalu ada di kenduri itu ialah acar timun mentah. Oleh itu, kalini saya akan memberi resepi acar timun versi Sarawak yang sangat berbeza dari yang kita selalu makan. Kelainannya antara dua jenis acar ini ialah acar timun Sarawak enak dimakan dengan keropok. Selain itu, timun dan lobak haruslah diperap dahulu dengan cuka dan jemur di bawah matahari. Selepas itu, barulah kita boleh mengikut resepi yang akan saya berikan ini.
Bahan asas acar timun:
- Timun
- Lobak merah
- 2 sudu cili giling
- 1/3 sudu serbuk kunyit
- Minyak
- Garam
- Gula pasir
- Gula merah
- Cuka
- 1 sudu cili sos
- 1 biji cili merah
- Bijan
Bahan kisar acar timun:
- 7 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1 sudu udang kering
- 2 biji buah keras
- 5 biji cili padi
Cara penyediaan acar timun:
- Potong nipis secara memanjang dua bahan asas iaitu timun dan lobak merah.
- Kemudian, rendam dahulu udang kerimg.
- Kisar sehingga halus bawang merah, bawang putih, halia, udang kering, cili padi dan buah keras.
- Tumis cili giling, serbuk kunyik menggunakan minyak di atas api yang panas.
- Tumis bahan bahan itu sehingga garing.
- Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
- Tumis campuran ini sehingga masak dan pecah minyak.
- Selepas sudah pecah minyak, kecilkan api dan masukkan garam, gula pasir, gula merah, cuka, cili sos dan cili merah.
- Kacau sehingga sebati.
- Tambahkan gula dan garam mengikut citarasa anda.
- Akhir sekali, masukkan timun dan lobak merah yang sudah dihiris nipis tadi.
- Kacau sebati dan biarkan ianya masak.
- Apabila sudah masak, masukkan sedikit bijan dan kacau sehingga benar benar rata dan sebati.
- Goreng keropok dan hidangkan bersama acar timur ini.
Mudah bukan? Walaupun bahan bahannya kelihatan banyak tetapi ia sangat mudah dibuat. Oleh itu, cubalah resepi ini. Mana tahu, ia akan jadi kegemaran keluarga kamu. Untuk tahap kepedasan, kamu boleh letakkan cili mengikut citarasa kamu. Jika kamu seorang yang makan pedas, maka letaklah banyak cili kerana ia lagi melazatkan dan membangkitkan selera. Selamat mencuba!
Sumber:
https://salamisimon1.blogspot.com/2015/05/jom-cuba-resepi-acar-timun-sarawak.html
https://semaniskasturi.blogspot.com/2016/07/acar-timun-sarawak-sedap-diganding.html