Pengenalan
Actifed adalah sejenis ubat kombinasi yang mengandungi antihistamin dan dekongestan nasal. Actifed berfungsi untuk memberi kelegaan sementara pada simptom-simptom yang disebabkan oleh selesema, demam biasa, alahan atau penyakit pernafasan lain.
Kegunaan Actifed
Actifed digunakan untuk melegakan:
- Hidung berair
- Simptom alahan
Langkah Berjaga-jaga dan Amaran Bagi Penggunaan Actifed
Sebelum mengambil produk ini, beritahu doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu sekiranya anda mempunyai alahan terhadap sebarang kandungannya. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif, yang boleh menyebabkan reaksi alahan atau masalah lain. Berundinglah dengan ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.
Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi tentang sejarah perubatan anda, terutamanya masalah pernafasan (Seperti asma, emphysema), kencing manis, glaukoma, masalah jantung, tekanan darah tinggi, masalah buah pinggang, penyakit hati, sawan, masalah perut atau usus (seperti ulser atau penyumbatan), tiroid yang terlebih aktif (hipertiroidisme), kesukaran membuang air kecil (akibat prostat yang membesar)
Ubat ini mungkin membuatkan anda pening atau mengantuk. Jangan memandu kenderaan, menggunakan mesin atau melakukan apa-apa yang memerlukan daya tumpuan. Hadkan pengambilan alkohol. Berundinglah dengan doktor jika anda menggunakan ganja.
Produk cecair, tablet kunyah atau tablet larut air/kepingan mungkin mengandungi gula atau aspartame. Bahkan, ia juga mungkin mengandungi alkohol. Berhati-hati ketika menggunakannya jika anda mempunyai kencing manis, kebergantungan pada alkohol, penyakit hati, fenilketonuria, atau keadaan lain yang memerlukan anda mengehadkn atau menghindari bahan-bahan ini dalam diet anda. Tanyalah doktor atau ahli farmasi tentang penggunaan selamat produk ini.
Sebelum menjalani pembedahan, beritahu doktor atau doktor gigi anda tentang semua produk yang anda gunakan (termasuklah ubat preskripsi, ubat bukan preskripsi dan produk herba.
Kanak-kanak mungkin lebih sensitif terhadap kesan sampingan produk ini, terutamanya keterujaan dan meragam.
Individu dewasa yang lebih tua pula mungkin lebih sensitif pada kesan sampingan produk ini seperti pening kepala, mengantuk, kekeliruan, degupan jantung semakin laju, kesukaran tidur, atau masalah membuang air kencing. Pening kepala, mengantuk, kesukaran tidur dan kekeliruan boleh meningkatkan risiko untuk jatuh.
Sewaktu hamil, ubat ini perlu digunakan hanya bila anda betul-betul memerlukannya. Berbincanglah dengan doktor anda tentang risiko dan kelebihannya terlebih dahulu.
Ubat ini boleh melalui susu ibu dan kesan kepada bayi yang disusukan masih tidak diketahui. Bertanyalah doktor anda sebelum menyusukan bayi.
Kesan Sampingan Actifed
- Jantung berdegup laju
- Kepala berasa ringan
- Pengsan
- Sawan
- Halusinasi
- Getaran
- Pedih ulu hati
- Loya
- Muntah
- Cirit-birit
- Hilang selera makan
Kontraindikasi Actifed
Hipersensitif terhadap tablet actifed merupakan satu kontraindikasi. Sebagai tambahan, tablet actifed tidak boleh digunakan sekiranya anda mempunyai keadaan berikut:
- Reaksi alahan
- Hipertensi
- Perencat Monoamine oxidase
- Phaeochromocytoma
- Hipersensitif
- Simptom saluran pernafasan bawah
- Bayi baru lahir atau pramatang
Interaksi Actifed
Tiada interaksi ubat yang ditentukan oleh pengilangnya. Walau bagaimanapun, anda perlu memberitahu doktor anda mengenai semua ubat yang anda ambil, termasuklah ubat preskripsi dan bukan preskripsi, vitamin, dan suplemen herba. Bukan semua interaksi ubat diketahui atau dilaporkan dan interaksi ubat baru sentiasa dilaporkan.
Dos Actifed
Ambil ubat ini seperti dipreskripsi oleh doktor anda. Ikuti arahan yang disediakan pada label preskripsi dengan berhati-hati.
Dos yang dicadangkan oleh doktor anda mungkin berdasarkan perkara berikut:
- Keadaan yang sedang dirawat
- Keadaan perubatan lain anda
- Ubat-ubatan lain yang anda ambil
- Bagaimana anda bertindak balas terhadap ubat-ubatan tersebut
- Berat abda
- Tinggi anda
- Umur anda
- Jantina anda
SUMBER
https://cashkaro.com/blog/actifed-uses-dosage-side-effects-price-composition-precautions-more/89258
https://www.rxwiki.com/pseudoephedrine#drug-dosage
https://www.webmd.com/drugs/2/drug-6355/actifed-oral/details
https://www.tabletwise.com/nigeria/actifed-tablet?#contraindications