Simptom penyakit jantung atau kardiovaskular selalunya berlainan pada lelaki dan wanita. Misalnya, bagi lelaki, simptom yang sering dihadapi adalah sakit dada; manakala perempuan pula mengalami simptom berbeza apabila terdapat rasa ketidakselesaan di bahagian dada, seperti Sesak nafas, rasa loya dan keletihan melampau.
Simptom-simptom lain yang mungkin dirasai termasuk:
- Sakit dada, ketegangan di dada, tekanan di dada dan ketidakselesaan di dada (angina)
- Sukar bernafas
- Sakit, kebas, lemah dan sejuk pada bahagian kaki dan lengan apabila saluran darah di bahagian-bahagian tersebut menjadi sempit
- Sakit di leher, rahang, tekak, abdomen atas dan belakang badan
Anda mungkin tidak didiagnosis dengan penyakit jantung sehingga anda diserang penyakit jantung, angina, strok atau kegagalan jantung. Amat penting untuk mengawasi simptom-simptom kehadiran penyakit jantung jika anda ada mengalaminya dan segera berjumpa doktor untuk memastikannya. Penyakit jantung boleh dikesan dengan lebih awal jika anda sering melakukan penilaian kesihatan di hospital.
Simptom penyakit jantung disebabkan degupan jantung tidak sekata (heart arrhythmias)
Heart arrhythmia adalah degupan jantung yang tidak sekata atau tidak normal. Jantung akan berdegup pada kadar terlalu cepat, terlalu perlahan atau tidak sekata. Simptom arrhythmia jantung boleh termasuk:
- Getaran di dada
- Degupan jantung terlalu laju (tachycardia)
- Degupan jantung yang terlalu perlahan (bradycardia)
- Sakit dada atau rasa tidak selesa di dada
- Sesak nafas
- Pening kepala
- Rasa pitam
- Pengsan (syncope) atau hampir pengsan
Simptom penyakit jantung disebabkan kecacatan pada jantung
Kecacatan jantung kongenital (kecacatan yang memang ada sejak dilahirkan) yang serius biasanya akan timbul selepas kelahiran. Kesan kecacatan pada kanak-kanak termasuk:
- kulit kelabu pucat atau berwarna biru (cyanosis)
- bengkak di bahagian kaki, abdomen atau kawasan sekitar mata
- pada bayi, kesannya adalah sukar bernafas sewaktu menyusu, menyebabkan kehilangan berat badan
Kecacatan jantung kongenital yang kurang serius biasanya tidak dikesan pada waktu kecil dan hanya dikesan di peringkat kanak-kanak atau apabila meningkat dewasa. Simptom-simptom kecacatan jantung kongenital ini biasanya tidak membawa kepada kematian mengejut dan kesan-kesannya termasuk:
- Mudah sesak nafas sewaktu bersenam atau menjalani aktiviti
- Mudah berasa penat sewaktu bersenam atau menjalani aktiviti
- Bengkak pada bahagian tangan, buku lali atau kaki
Simptom penyakit jantung disebabkan otot jantung yang lemah (dilated cardiomyopathy)
Pada peringkat awal Kardiomiopati, anda mungkin tidak merasa sebarang simptom. Namun, apabila keadaan penyakit semakin teruk, simptom-simptom yang dialami termasuk:
- Tercungap-cungap melakukan senaman atau ketika berehat
- Bengkak pada bahagian kaki, buku lali dan kaki
- Mudah letih
- Degupan jantung yang tidak sekata sama ada dari segi kelajuan, degup atau getaran
- Pitam, pening kepala dan pengsan
Simptom penyakit jantung disebabkan jangkitan
Endokarditis( Endocarditis) adalah jangkitan yang memberi kesan pada membran dalaman yang memisahkan kebuk jantung dengan injap jantung Endokardium (Endocardium). Simptom jangkitan penyakit ini termasuk:
- Demam
- Sesak nafas
- Lemah atau keletihan
- Bengkak pada kaki atau badan
- Perubahan pada kadar rentak jantung
- Batuk kering atau batuk yang kerap
- Ruam atau tanda-tanda asing pada kulit
Simptom penyakit jantung disebabkan jangkitan injap jantung
Jantung terdiri daripada empat injap – aortic, mitral, pulmonary dan tricuspid yang terbuka dan tertutup untuk mengalirkan peredaran darah melalui jantung. Injap mudah terjejas disebabkan oleh pelbagai keadaan yang mengakibatkan ia menjadi sempit (stenosis), bocor atau penutupan injap yang tidak sempurna (prolapse)
Bergantung kepada injap yang mana tidak berfungsi dengan betul, simptom penyakit injap jantung biasanya termasuk:
- Keletihan
- Sesak nafas
- Adar degupan jantung yang tidak sekata
- Bengkak pada kaki atau buku lali
- Sakit dada
- Pengsan (syncope)
Bila waktu terbaik untuk berjumpa doktor?
Dapatkan rawatan kecemasan jika anda mengalami simptom-simptom penyakit jantung seperti di bawah:
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Pengsan
Penyakit jantung dapat dirawat dengan segera jika ia dapat dikesan awal, jadi buat konsultasi dengan doktor jika anda mempunyai persoalan mengenai tahap kesihatan jantung anda. Jika anda bimbang terdedah kepada kemungkinan mengidap penyakit jantung, bincang dengan doktor untuk mengetahui langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko penyakit ini. Ia amat penting dilakukan lebih-lebih lagi jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit jantung.
Sekiranya anda mempunyai potensi menghidap penyakit jantung, memandangkan anda mempunyai simptom-simptom seperti di atas, segera berjumpa doktor.
SUMBER
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-failure/symptoms-causes/syc-20373142
https://www.webmd.com/heart-disease/guide/heart-disease-symptoms#1
https://www.webmd.com/heart-disease/features/never-ignore-symptoms#1