Ramai individu mungkin tidak menyedari betapa bahayanya wabak coronavirus yang semakin tular setiap hari. Dengan ketiadaan penawar sehingga sekarang, setiap individu seharusnya lebih berhati-hati akan keadaan sekarang.
Memandangkan negara kita dilawati oleh ramai pelancong tiap hari, ada kemungkinan bahawa mereka membawa virus itu dan anda sudah terkena jangkitannya. Wabak ini tidak memerlukan sebuah medium untuk berjangkit dan ini adalah lebih membahayakan.
Di China, sebuah kedai minuman ‘bubble tea’ memerlukan pelanggannya untuk berdiri sejauh 1.5meter dari satu sama lain. Malah, suhu mereka juga akan diperiksa sebelum mereka dibolehkan untuk membeli minuman itu.
Jika dilihat daripada satu sudut, mengapa mereka sanggup membahayakan nyawa berjumpa orang ramai memandangkan negara mereka adalah yang pertama dalam senarai kematian paling ramai akibat coronavirus ini? Namun, itu bukanlah persoalan yang boleh kita jawab.
Apa yang boleh kita contohi adalah bagaimana langkah-langkah pencegahan ini sewajarnya dilakukan demi kebaikan semua orang.
Mari pelajari tentang coronavirus yang anda mungkin tidak ketahui
- Coronavirus boleh dijangkiti melalui titisan air yang keluar apabila individu yang dijangkiti batuk atau bersin.
- Anda mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom walaupun sudah dijangkiti.
- Barangan yang dibeli dari China mungkin mempunyai virus ini tetapi ia mungkin tidak berbahaya lagi setelah sampai kepada kita dalam beberapa hari.
- Individu yang berjanggut dinasihatkan untuk bercukur kerana ia boleh mengurangkan keberkesanan penggunaan topeng muka.
- Coronavirus yang digelar sebagai ‘COVID-19’ diambil daripada CO bagi ‘corona’, VI bagi ‘virus’, D bagi ‘disease’ dan 19 bersempena tahun 2019.
Bolehkah coronavirus menjangkiti haiwan peliharaan anda?
Sehingga kini, tiada bukti mengatakan bahawa wabak ini boleh menjangkiti haiwan kesayangan anda. Tetapi, jika anda berasa ragu-ragu, sentiasalah cuci tangan anda dengan sabun dan air setelah bermain dengannya. Haiwan peliharaan mungkin terlindung daripada jangkitan COVID-19 ini buat masa sekarang, tetapi apa pun boleh berlaku di kemudian hari.
Mengambil langkah-langkah berjaga adalah tanggungjawab bersama
Memandangkan kes coronavirus di Malaysia semakin meningkat dengan kadar kematian yang minima, namun itu tidak bermakna kita semua secara pastinya selamat. Penyakit tanpa simptom yang ketara ini adalah lebih susah untuk dikenal pasti berbanding penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejalanya tersendiri.
Justeru itu, semua pihak haruslah mengambil langkah yang sepatutnya seperti disarankan oleh pakar kesihatan kita. Seperti slogan kesihatan yang anda biasa dengari, “Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”.
SUMBER
- https://www.worldofbuzz.com/bubble-tea-shop-in-china-reopens-customers-have-to-queue-1-5m-apart-get-temperature-checked/
- https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/faq.html
- https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-public/myth-busters